(Renungan untuk bekas anak-anak didikku samada
berstatus normal dan Orang Kelainan Upaya)
dia,
tak pernah kenal erti putus asa
tak pernah kenal erti kegagalan
tak pernah kenal erti kekalahan
tak pernah mencipta alasan.
dia
tak pernah anggap diri punya kekurangan
tak pernah anggap diri bebanan
tak meratap menangisi takdir diri.
dia
punya semangat yang kental
punya jatidiri mapan
semangat yang jitu
semangat yang berkobar-kobar
semangat yang mahu maju ke depan
dan bukannnya menoleh ke belakang
cekal menongkah arus.
dia
adalah insan yang kental
berjiwa waja
ikon kepada insan lain
yang mahu memahami...
bahawa hidup ini
adalah terlalu indah untuk ditangisi
terlalu sebentar untuk cuma berpeluk tubuh
selagi hayat dikandung badan
menabur budi menebar jasa
Orang Kelainan Upaya adalah
Orang Kuat Usaha!
(dedikasi untuk Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah. takziah untuk keluarganya dan Al Fatihah untuk Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh)
7 comments:
perkongsian biasa sj kak..akak lg bnyk ilmu....
al-fatihah buat arwah...
kagum dengan perjuangannya..
Salam ukhuwah.
Masuk blog terus baca sajak :)
Istiqamah dalam perjuangan ...
salam ummu.. sy mmg bangga ngan arwah sbg idola pada OKU.. Al Fatihah
N.A.Y,
akak pun insan biasa je.terima aksih atas perkongsian saudari ya.
Abang Long;
salam ukhuwah kembali.
hi hi mesti best gaya Abang long baca sajak kan.
Maiyah;
ya,saya pun bangga dengan Allahyarham sebagai ikon OKU.semangatnya yang ingin saya contohi.
assalamualaikum,...
salam kenal n ziarah kembali...blog yang bagus...byk info yg ble dkongsi...:)...izin change link..ye...
waalaikumussalam,
syukran sudi ziarah ke teratak saya ini dan sudi link blog.
salam Ramadhan.
Post a Comment