Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, July 29, 2011

Usah Sedih, Dengan Kekurangan Diri

Usah Sedih, Dengan Kekurangan Diri



Usah Sedih, Dengan Kekurangan Diri. Usah sedih, pabila dengan kekurangan fizikal yang dimiliki, manusia menghindar diri. Usah sedih, dengan kekurangan pada diri, kerna meratapi nasib diri, hanya mengundang duka lara. Duka lara hanya mengundang syaitan menghasut jiwa.

Sedangkan seorang Muslim itu, setiap apa yang berlaku kepada dirinya, samaada ketakutan, kekurangan harta benda, kebimbangan jiwa, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang, dibuang kerja, diturunkan pangkat, tiada pekerjaan, kekurangan harta, semua itu, terkandung padanya hikmah.

Sebenarnya inilah yang dikatakan musibah ditentukan Allah SWT semata-mata untuk menguji hamba-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."
(Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah SWT menjelaskan mengenai orang yang sabar itu dalam firman yang bermaksud: 
"(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali."
(Surah al-Baqarah, ayat 156)

Allah SWT menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah SWT dalam apa juga keadaan.

OKU, Tidak mudah, tetapi hidup mesti diteruskan

Bagi golongan OKU misalnya, Walaupun tidak mudah  untuk menghadapi situasi sebagai OKU. Samada penyesuaian diri dengan persekitaran, keadaan semasa, kerjaya, laluan atau kemudahan untuk OKU, stigma terhadap OKU dan sikap OKU sendiri.

Ya, walaupun tidak mudah, tetapi percayalah, Allah sentiasa membantu hambaNYA. Ketika satu pintu tertup, Allah bukakan pintu yang lain untuk kita. Hitungaknlah nikmat dan rahmat yang kita perolehi, yang tidak terhitung banyaknya, anugerah ALLAH sejak kita lahir  lagi hinggalah ke detik ini. Bukannya menghitung kesukaran dan kepedihan yang kita tanggung. 

Biar pun ada insan yang tidak mahu berkawan dengan kita, disebabkan kita OKU, kita harus teruskan kehidupan ini. Selagi nyawa dikandung badan, kita tetap khalifah Allah di muka bumi, inshaALLAH.

Apabila ditimpa musibah...

Ibn Kathir membawakan hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: 

"Umm Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah SWT ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud):
"Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik."

Umm Salamah berkata: "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri."

Umm Salamah berkata: "Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Baltaah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Umm Salamah berkata lagi: Aku sudah mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu."

Jawab Baginda: "Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah SWT cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah SWT hilangkan rasa cemburunya itu."

Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah SWT atas kesabaran Umm Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.

Doa Apabila Ditimpa Musibah


“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa”

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” 
(HR Muslim 2/632).


Doa ini disebut doa istirja' yang artinya: mengucapkan "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun." Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. 

Doa istirja' ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: 

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik"
(HR Muslim 2/632).

Salah satu hikmah musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, adalah sebagai penghapus dosa-dosa -selain dosa syirik-, supaya kelak ia menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.

Semoga, hari ini lebih baik dari semalam... Hari ini, Hari Jumaat penguhulu segala hari, yang telah meninggalkan momen indah dalam hidupku ini.

Thursday, July 28, 2011

Dhuha, seindah waktu pagi

SOLAT SUNAT DHUHA



Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? 
 
Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. 
 
Kalau dengar radio IKIM.fm waktu pagi, biasnaya DJ yang bertugas kan memberitahu waktu Solat Hari Ini, Biasanya 20 minit selepas waktu Syuruk.
 
Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
 
Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. 
 
Rasulullah SAW menjelaskan:  
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

 Cara Melaksanakan Solat Sunat Dhuha

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat:


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Bicara Hati Ibu,
Solat Dhuha seharusnya dilakukan kerana Allah SWT bukan kerana mahukan rezeki yang melimpah ruah. Tetapi biarlah hanya kerana Allah SWT. 

Harap selepas ini ada pula DOA QUNUT dibacakan oleh kumpulan nasyid. Al maklumlah, sekarang ini ramai pelajar sekolah yang tak tahu nak membaca DOA QUNUT. Pembelajaran sambil dengan alat media seperti yang dilakukan oleh kumpulan UNIC; DOA DHUHA, ada kebaikannya juga. 

Wednesday, July 27, 2011

Ting Tong, Pukul 3 Pagi, Siapa Tu?

Ting Tong, Pukul 3 Pagi, Siapa Tu?


Ting Tong, ting tong. Pukul 3 Pagi. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Telinga ini diamati sungguh-sungguh. Terasa sayup kedengaran. Ketidak pastian bersarang di hatiku. Adakah itu loceng di rumah jiran sebelah? Atau rumahku sendiri?

Betul kah yang kudengar ini? Anakku yang paling kecil pula, sedang merengek dahagakan air.

Ting, tong, ting tong.

Eh, bunyi lagi. Lalu, suami menuju ke pintu. Anakku yang merengek minta air susu, pun turut mengekori ayahnya.

"Encik, encik, ada kecemasan encik. Tolong kami, encik," kedengaran suara seorang wanita dari luar, setelah memberi salam.

"Kenapa tu, kakak?" tanya encik suami.

Lalu, wanita itu menceritakan serba sedikit. Serta tujuan dia dan kawannya datang ke rumah kami pada dinihari itu, "Fellow minta tolong ustaz,"

"Oh, saya bukan ustaz kakak. Kakak, rumah ustaz bukan di sini. Rumah ustaz di sebelah sana," ujar suami, lalu menunjukkan rumah yang dicari oleh kakak guard.

Rupa-rupanya, histeria berlaku. Alhamdulillah, situasi kembali stabil.....

"Mungkin ini latihan awal untuk kita menghadapi bulan ramadhan<" cetus saya.

"Maksudnya?" tanya suami.

"Bangun awal untuk sahur," jawab saya.

Dan syukur alhamdulillah, keadaan kembali terkawal.

Tuesday, July 26, 2011

Puasa Dulu, Baru Raya

Puasa Dulu, Baru Raya

Di sana sini, kelihatan ramai orang membua persiapan untuk Hari Raya. Gedung beli belah di Temerloh ni, contohnya, Tunas Manja siap dah pasang ucapan Selamat Hari Raya di tiang lampu. Tak sempat nak ambil gambar. Kereta belakang dah bungi, 'pon, pon".


Yang paling sibuk tentulah golongan wanita. Mana kain untuk pakaian hari raya, langsir lagi, kuih muih lagi.

Dalam kemeriahan nak sambut syawal, semoga kita dapat mempersiapkan mental, jasmani dan rohani kita ke arah mengimarahkan Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Bak kata raihan dalam Nasyid mereka, Puasa dulu, baru raya.

Sekian, wassalam,


Monday, July 25, 2011

Pagi Isnin yang Indah

Pagi Isnin yang Indah



Alhamdulillah. Pagi Isnin yang indah. Cuaca di sini, sejuk, nyaman dan segar. Kehijauan pepohon, suara kicau burung, nyanyian unggas rimba dan kabus tebal menyeliputi bumi. 

Alhamdulillhirabbilalamin, Ya Allah. Terlalu banyak nikmat dan rahmatMu, yang ku terlupa untuk syukuri.

Mungkin pandangan sesetengah orang, bahawa kehijauan pepohon dan suasana yang segar dan bersih sangat membantu perubahan positif bagi sesiapa yang sedang tidak sihat, pandangan itu ada benarnya, bagi saya, berdasarkan pengalaman diri sendiri.

Gambar Gunung di Langkawi ini adalah sebagai hiasan semata. Kehijauan di persekitaran saya ini, bagi saya suatu Rahmat Ilahi yang sangat besar.


Saya berharap, kawan-kawan di luar sana pun bahagia jua di pagi isnin ni.

Oh iya, Isnin juga sering dikaitkan dnegan sindrom Monday Blues.

Sebagai perkongsian bersama, jom kita tinjau artikel bagaimana menangani  Monday Blues Sindrome. Motivasi Pagi, untuk renungan kita bersama.  Terima kasih kepada Ros Illiyun.

Tips Tangani Monday Blues:
 

-Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu.

-Lakukan persiapan untuk esok hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin).

-Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar anda diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan harian.

-Bersenam setiap pagi

-Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal utuk mengelakkan diri daripada terperangkap ke tempat kerja, terutama pada hari Isnin. Ia mungkin boleh menjejaskan emosi anda.

-Jangan lupa berniat kerana Allah sebelum keluar ke tempat kerja. Mulakan dengan lafaz basmalah.

-Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati. Cuba fikirkan…bukankah sifat negatif itu sifat syaitan? Mahukah diri kita dibelenggu dengan perasaan itu? Sebagai insane yang beriman, insyaAllah anda akan mampu menepis mood yang negatif itu.

-Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Bagaimana? Apabila anda melangkah ke luar rumah, cuba perhatikan langit, cahaya matahari dan pohon-pohon sekitar anda. Hirup udara nan segar di pagi hari dan bersyukurlah anda masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.

-Mulakan sarapan anda di pagi Isnin dengan secawan kopi panas. Walaupun minuman berkafein kurang digalakkan dari segi kesihatan, tetapi jika ia diambil secara sederhana, ia tidaklah memudharatkan. Pasti mengantuk anda hilang selepas itu.

-Pastikan pada hari Jumaat, sebelum anda pulang kerja, kemaskan ruang kerja anda terlebih dulu. Cara ini menjadikan minda kita tidak berserabut untuk memulakan kerja pada hari Isnin. Untuk aroma harum, titiskan minyak aroma terapi pada potpouri di atas meja anda.

-Bayangkan perkara-perkara positif pada malam Ahad. Jika anda ada masalah yang perlu diselesaikan esok. Jangan cuba lari daripada masalah, kerana makin dilari, kita makin dikejar.

-Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh anda aplikasi di tempat kerja esok hari. Catat apa jua idea anda dan cuba laksanakan satu persatu. Sudah tentu membahagiakan jika idea tersebut memberi faedah kepada diri dan semua yang lain

-Dari segi penampilan diri, anda boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.Kata orang warna mampu merangsang mood yang ceria dan bersemangat.

-Amalkan gaya hidup yan sihat iaitu pemakanan atau diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif. Dengan cara ini anda mampu menagani apa jua situasi di samping terus berdoa kepada Allah.

-Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. Jangan lokek juga memuji orang lain kerana melihat orang lain bahagia akan turut membahagiakan diri anda.

Artikel kat atas ini, saya salin kembali dari blog seorang followers blog saya, iaitu Cik , blog beliau di sini, http://bicarailliyyuun.blogspot.com/.

Alhamdulillah, lega rasanya....

Alhamdulillah, lega rasanya....bila majikan dah selesai dipantau.






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini dapatlah menjenguk ke blog ini. Blog Bicara Hati Ibu, catatan seorang ibu, isteri dan perantau.

Alhamdulillah, lega rasa hati ini bila majikan saya dah habis selamat dipantau. Selama 3 minggu lebih ini, persiapan ISO perlu dilakukan di tempat kerja ibu. Oleh sebab saya sedang dalam proses situasi menyesuaikan diri dengan suasana baru dengan keadaan diri yang baru, :), jemari yang kian lemah, saya tak dapat mengemaskini blog ini. Begitu juga untuk meninggalkan komen di blog teman-teman. Terima kasih banyak2 atas sokongan rakan-rakan followers terhadap blog biasa saya ini.

Walaupun saya berada di perjawatan  yang berbeza dengan orang lain, dan selalunya dilabelkan sebagai tak perlu buat kerja apa-apa, duduk saja-saja,  tapi disebabkan saya jenis tak boleh duduk diam, saya ada juga melakukan aktiviti supaya saya tak duduk diam.

saya bersyukur kepada Ilahi. Sebab, saya dianugerahkan oleh Allah majikan yang prihatin.

Majikan saya ada mengamanahkan kepada saya tugas-tugas berkaitan tugas hakiki saya dan berkaitan ICT. Beliau tidak memandang kepada fizikal saya.

Manakala selepas tamat dipantau, majikan saya mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau sangat gembira kerana dokumentasi yang sistematik tersebut. Sebelum saya diletakkan dalam jawatan sekarang, saya sangat menitik beratkan kekemasan dalam dokumentasi dan rekod.

Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerna Kau menganugerahkan insan sebaiknya.Beliau rupa-rupanya mengetahui latar belakang pendidikan saya yang bersekolah di sekolah agama dan juga di boarding scholl agama.

Saya doakan yang yang baik-baik saja untuk majikan saya ini. Mungkin kerana beliau pernah menjaga isteri yang terlantar sakit (bed ridden seperti saya 2 tahun lalu), dia agak cakna dengan kebajikan saya. Harapan saya, semoga apabila beliau berada di lebih atas lagi, beliau tetap seperti yang saya kenal sekarang ini. 


 
Kepada sahabat blogger yang sedang diuji dengan pelbagai ujian, semoga tabah selalu. Mungkin jika saya diizinanNya, ingin saya kongsikan pengalaman di medical board. Ini kerana saya perhatikan ada di kalangan followers blog saya yang sedang diuji kesihatan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design