Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, January 27, 2011

Award Untuk Followers Bicara Hati Ibu

Award Untuk Followers Bicara Hati Ibu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan followers Myukhuwwah; Bicara Hati Ibu? Semoga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu.

Pada petang yang mendung ini, myukhuwwah ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan followers Bicara hati ibu ini.

Di kesempatan ini, myukhuwwah ingin memberikan Anugerah 300 Followers blog myukhuwwah kepada semua followers blog ibu ini. 

Sejambak bunga kuning sebagai hadiah sebuah persahabatan maya. Gambar matahri tersenyum ialah, kehadiran teman-teman followers telah menceriakan waktu-waktu myukhuwwah. Corak motif dedaunan berbiku hijau di sebelah kiri sebagai tanda kehadiran teman-teman followers myuukhuwwah telah menceriakan teratak ibu yang sangat jarang dapat dikemaskinikan ini.

Lambang luv pula sebagai tanda keprihatinan teman-teman followers terhadap entry-entry Bicara Hati Ibu, yang kadang kala bercampur pelbagai rasa,  yang myukhuwwah tidak dapat menterjemahkan sepenuhnya dengan kata-kata di penulisan maya ini. Lambang ini beerti teman-teman followers prihatin. Ia seiringan jua maksudnya dengan gambar kartun wanita berkerusi roda. Dan kartun wanita berkerusi roda itu sebagai lambang keadaan myukhuwwah. :)

Semua followers teratak Bicara Hati Ibu ini, yang sekarang ini sudah seramai 306 orang, sudi-sudikanlah menerimanya ya.

Sekian, wassalam.

Sunday, January 23, 2011

Dari Mana Datangnya Cinta?

Dari Mana Datangnya Cinta?

        Dari mana datangnya lintah,
        Dari sawah turun ke kali;

       Dari mana datangnya cinta,
        Dari mata turun ke hati.

                          Rangkap pantun di atas adalah pantun tradisional Melayu Lama.

Pantun lama ini adalah beradasarkan pengamatan orang-orang tua kita terhadap apa yang dilihat di sekeliling mereka. Memang lumrah manusia, sukakan sesuatu berdasarkan apa yang disenangi oleh matanya. Pancaran pesona mata kita inilah yang sering membuatkan kita merasa suka akan sesuatu yang indah di mata kita, sedangkan mungkin sahaja di mata orang lain tiada indah.

Aduss, tidakkah myukhuwwah bosan asyik berbicara tentang cinta? Bosankah myukhuwwah ayik mendepani situasi cinta; samada insan yang baru belajar jatuh cinta, baru berjinak-jinak dengan cinta dan cinta monyet?

Tidak, myukhuwwah tidak bosan. Sebab myukhuwwah tahu, inilah tanggungjawab myukhuwwah membantu mereka mencari keputusan yang terbaik dalam mengemudikan cinta, dalam mengarahkan cinta mereka dan dalam menjaga maruah cinta mereka.

Agar cinta itu sentiasa molek sifatnya. Bahkan cinta itu berbagai tahapnya.

Oklah kita balik semula kat topik kita ini, "Dari Mana datangnya cinta?"

Dari Mana Datangnya Cinta? 

Otak Lahirkan Cinta

Myukhuwwaah menyelitkan kajian saintifik dari Univeristy Syracuse. Wah, menarik juga untuk dikaji tentang cinta ini kan?

Hmm..myukhuwwah tertarik dengan kenyataan Saintis dari universiti itu yang menemui bukti bahawa cinta bermula dari otak.

Profesor Stephanie Ortigue mendapati, bahawa perasaan cinta bermula dari otak dan bukannya hati memandangkan otak yang merangsang dan mengawal hati.

Menurutnya, ada 12 bahagian di otak yang bekerja saat seseorang itu jatuh cinta. Kedua-dua belas  bahagian di otak yang bekerja ketika seseorang jatuh cinta. Rasa cinta itu mempengaruhi psikologi, metafora dan kesihatan fizikal.

Bagi fenomena jatuh cinta pandang pertama, myukhuwwah tertarik dengan frasa pofesor ini iaiatu, peningkatan jumlah darah dalam saraf memberi peranan penting dalam cara bersosial dan berkomunikasi.

Myukhuwwah juga tertarik dengan dapatan kajian Stephanie tentang peranan setiap bahagian otak kita.Beliau menyatakan setiap bahagian otak melahirkan rasa cinta yang berbeza. Contohnya, otak tengah memicu cinta seorang ibu untuk anaknya dan bahagian kognitif menghasilkan cinta antara kekasih.


Myukhuwwah terfikir, patutlah orang dulu-dulu, tetap bahagia dan harmoni rumahtangga mereka meskipun mereka tak bercinta sebelum berkahwin. Zaman datuk nenek kita, kebanyakan jodoh masing-masing diatur oleh keluarga. Namun jarang kita dengar mereka bercerai-berai.

"Ketahuilah bahwa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Dan yang paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri merupakan tujuan karena akan didapatkan di dunia dan di akhirat."


Dan terima kasih myukhuwwah ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger; samada rakan di alam maya dan rakan di alam realiti di atas sokongan rakan-rakan terhadap teratak Bicara hati Ibu ini. Hari ini ketika myukhuwwah membelek blog ini, alhamdulillah,  rakan follower sudah  bertambah seramai 300 orang.

Semoga ia membawa kebaikan...


Myukhuwwah memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini sejak akhir-akhir ini. Maklumlah, myukhuwwah sedang mneyesuaikan diri, dengan situasi myukhuwwah sekarang dan cuba menjadi pekerja yang berdedikasi, isteri dan ibu yang menyenangkan keluarga dan....hambaNya yang bersyukur.


Sekali lagi, terima kasih atas sokongan rakan-rakan blogger sekalian.


sekian, wassalam.

Tuesday, January 11, 2011

11/1/2011; Perpisahan itu kadangkala lebih baik

11/1/2011; Perpisahan itu kadangkala lebih baik



Alhamdulillah, pagi yang ceria. Sudah waktu lunch. Apa khabar kawan-kawan ibu? Pembaca setia catatan caca marba ibu.

Perpisahan Itu Kadang kala Lebih Baik

Hari ini, ibu kehilangan seorang lagi puteri  ibu. Puteri yang ibu ikuti perkembangan psikososialnya, emosinya, akademiknya, dan  tentunya jua disiplinnya.

Hari ini,  puteri yang seorang ini melalui  hadapan kamar sepi ibu. lalu di hentian ini, puteri ibu menoah sekilas.

Melihatnya menjinjing fail folio tugasannya, fail peribadi berisi Kad 001 dan sebuah beg sandang, hati ibu terdetak,"Mahu ke mana sahaja gadis ini? Adakah dia akan pergi?" 

Lalu ibu kuatkan suara memanggilnya,"A, ke mana A mahu pergi?"

Dia menolah sekilas pada ibu. Tunduk sahaja wajahnya. Kakinya terpaku di depan kamar sepi ibu.

"Apakah kamu hau pindah?" tanya ibu lagi.

"Ya, cikgu," jawab A.

"MashaAllah, kamu nak pindah kamu tak beritahu cikgu? Bukankah minggu lepas, Hari Selasa, kita pernah berjumpa? mengapa keputusan sebesar ini tidak saya ketahui? Adakah kamu tak percayakan saya?" soal myukhuwwah bertubi-tubi. Waktu itu, Teori Gestalt sahaja yang berlegar di minda myukhuwwah.


Ibu pegang tangannya. Puteri memalingkan wajah dari ibu.


"Kenapa A? Kenapa, kamu tak percayakan saya ke?"


"Maaf cikgu. Mak nak saya minta pindah segera. Saya tak tahu nak kata apa lagi," ujar A. Rupanya airmata A sudah bergenang. A segera memeluk ibu.


"Cikgu, maafkan saya cikgu. Maafkan saya cikgu," tutur A. Airmata A semakin laju. A memeluk erat ibu.


Myukhuwwah tturut sebak. Terasa erat genggaman tangannya.

"Terima kasih cikgu atas kepercayaan cikgu kepada saya," esakan A semakin kuat.


"A, pergilah ke mana pun. Melangkahlah ke mana pun. Namun, ingat pesanan saya, ya. Solat jangan tinggal. belajar betul-betul. Jangan nak ingat gewe je. Buktikan kamu boleh cemerlang  dalam SPM," begitulah antara butiran kata ibu.

Dengan langkah berat, A pergi. Ibu menghantar A dengan doa dan harapan, agar a tumbuh menjadi puteri yang kembang mekar di jambangan dengan duri-duri yang bisa menangkis kumbang larangan dari menghisap madu di nektar kelopak mawar.


Ibu menghantar A dengan pandangan sayu dan hiba. Sayu dia pergi tiba-tiba. Lalu, ibu biarkan sahaja sayu itu berlalu.


Rahsia demi rahsia A telah A kongsikan dengan ibu. Ibu mengerti, siapalah ibu ini. Ada atau tiada di hentian ini, sama sahaja. Lalu, ibu berazam, ibu kan gantungkan azam setinggi bintang di langit. Ibu akan berazam keluar dari status perjawatan ibu kini. InshaAllah. 

Kerna Allah ada sentiasa di sisi. Allah tahu apa yang telah ibu lakukan.

Terima kasih A atas kepercayaan A. Terima kasih A sudi berkonsultasi dengan ibu.  Meski penghinaan orang sering dilemparkan kepadamu. Namun dikau tabah menempuhinya. Meski kemiskinan sering menghimpitmu, namun citamu dalam pelajaran sering kau utamakan. Meski apa sahaja tentang dirimu, suatu hal yang ibu puji, kau tiada malu memmbantu menolak kerusi roda ibu. Malah tidak memandang fizikal ibu sebagai suatu halangan untukmu berkonsultasi dengan ibu.

Pergilah puteriku. Berhijrahlah puteriku. Tinggalkan sama jejak luka di daerah ini. Berhijrahlah dirimu ke tempat yang bisa mendamaikan jiwamu..Perpisahan itu kadang kala lebih baik. InshaAllah.

Friday, January 07, 2011

Malulah, Mama ber Kerusi Roda

Malulah, mama berkerusi roda


Alhamdulillah, pagi Jumaat yang hening. Suasana agak dingin dan sejuk. Tak perlu air condition mahupun kipas angin, ibu sudah terasa sejuk.

Semalam ibu lihat anak ibu termenung. Lalu ibu bertanya,"Kenapa ni abang? Sedih nampak?"
"Takdelah, ibu. Abang cuma teringat di sekolah. Kalau amsa rehat, ada kawan-kawan abang yang ayah dia atau atok dia. Hmm macam Haikal, abang dia. Yang tunggu dia. Tolong dia beli makanan masa rehat di kantin. Tapi, abang sorang-sorang je. Takde sapa temankan abang. Takde sape tolong abang belikan makanan," adu si abang, telus.


"Abang, abang kena belajar berdikari. InshaAllah boleh. Kan kawan-kawan abang yang lain, ada juga kan dia pergi sendiri?"


"Ada, ibu. Ramai juga yang pergi beli barang sendiri. abang bukan apa ibu. Kat sekolah ni, abang tak kenal siapa-siapa. dulu abang kan sekolah kat tempat lain. Tapi  Abang tak  nak sedih lah. Abang fikir, abang tak mahu susahkan ayah. Walaupun abang ada rasa sedih tapi abang tak nak nangis. Malulah kalau orang nampak. Alaa, Allah kan ada," terang abang panjang lebar.


"Alhamdulillah, abang kena kuat tau. Kawan-kawan abang yang lain, ok je kan.


"cuma abang tak dapat buku SPBT lagilah, ibu. Kawan-kawan abang semua dah dapat," kata abang.


"Kalau begitu, esok petang selepas solat Jumaat, ibu akan ke sekolah abang ya," cadang ibu.


"Eh tak payahlah, ibu. Biarlah dulu. Tunggu ayah jelah dulu,"


"Tunggu ayah kamu, hmm ayah kan sibuk, biar ibu je yang pergi,"


"Ibu tak payah pergilah sekolah abang. Abang malulah," kata si abang.


"Malu? Malu kenapa?" tanya ibu, sedikit hairan.


"Sebab kalau ibu datang sekolah abang, abang takut abang kena ejek. Abang malulah, ibu," jawab si abang. Matanya memandang wajah ibu mengharap simpati.


"Malu kenapa anakanda?"tanya ibu pinta kepastian.


"Sebab, ibu kan berkerusi roda...," ada jujur kata di situ.


"Ya Allah, anakku malu ber ibu berkerusi roda?" namun kata-kata itu tidak terluah. Tidak...Airmata? Pun tidak. Cuma bayangan di minda menerjah kotak fikiran ibu.


Ibu terbayangkan situasi yang menyebabkan ibu berkerusi roda. 


Dan wahai anak ibu yang disyangi kerana Allah,


Ibu memahami jiwa mu, nak. Telah kau lalui situasi yang perit. Anakanda bersama ibu ketika ibu 'bed-ridden'. Anakanda langsung enggan ke sekolah kerana memikirkan keadaan ibu. Anakanda mahu menjaga ibu yang terlantar. Lalu anakanda tidak ke prasekolah. lalu anakanda belajar sendiri bersama ibu. Itupun kalau ibu mampu bervakap. Itupun ibu mengajar membaca  sambil ibu terbaring atau duduk sahaja di atas katil sambil ditemani anakanada yang menajdi murid setia ibu.


Ketika jujur kata yang anakanda lontarkan pada ibu petang semalam, ibu tidak marah. Ibu faham. Anakanda telah melalui keadaan di mana insan lain mengejekmu dan mengejek ibumu. Dan anakanda telah berjuang mempertahankan ibumu. terima kasih anak ibu.


Cuma mungkin kini, seiring peredaran masa yang berlalu, anakanda wajar berasa malu. Ibu hanya boleh mendidikmu semampu ibu dan sedaya ibu. Sedangkan hati itu dimiliki oleh Allah. Hanya Allah yang memahami jiwa hambaNya. 

Sayangku, mengertilah ibu kini. Bahawa anak bukanlah milik orang tua. melainkan titipan Sang Pencipta. melainkan titipan Sang Pencipta. Ibu hanya berusaha mempersiapkan anakanda sebagai manusia utuh, semampu ibu dengan kudrat ibu yang sangat minimum ini. Namun ibu percaya, Allah telah banyak membantu ibu menjagamu, anakandaku.

Ibu sadari, hingga nanti, saat titipan itu diminta kembali oleh Sang Pencipta. Moga ibu dapat “menyerahkannya” dengan bangga dan tersenyum, bahwa titipan itu telah menjadi manusia unggul, baik jasmani maupun rohani.


Lalu ibu teringat Puisi WS.RENDRA

Makna sebuah titipan; WS RENDRA

Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,

tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?

Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.

Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,

Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.

Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika

aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku,
dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.

Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku",
dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,

Duhai Gusti Agung, padahal tiap hari kuucapkan,
hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu,
bencana dan keberuntungan sama saja"
* Puisi di atas adalah puisi dari penyair seberang.

Duhai Gusti Agung
Duhai Gusti yang Maha Pencipta
Maka izinkam kami, duhai Gusti yang Maha Pencipta, 
untuk berdzikir dengan nama-Mu, al Khaliquu.
Karena, kami semua adalah ciptaan-Mu. 
Dan kami sungguh takut, 
jika Engkau melupakan kami atas dosa dan 
laku durhaka yang tak henti-henti. Ampuni kami Gusti.

Entry ibu, Cintai Diri, klik sini,

Wednesday, January 05, 2011

Rahsia rupanya...

Rahsia rupanya...
http://www.myukhuwwah.com/

Suatu hari, suasana agak kecoh di Bilik Kesihatan dan Rawatan sebuah sekolah. Cikgu syima menjenguk keadaan di situ. Kebetulan dia baru keluar dari bilik itu atas satu urusan lain.

"Cikgu, Dila pengsan di kelas tadi," ujar Kamariah, pelajar Tingkatan 1C.

Setelah diberikan rawatan kecemasan, Dila sedar dari pengsannya tetapi kemudian pengsan kembali. Kemudian menyusul Cikgu Latif, GPK HEM dan Cikgu Riduan yang bertugas minggu itu.

Oleh sebab Cikgu Reduan lelaki, pelajar yang pengsan tadi perempuan, Cikgu Reduan meminta bantuan Cikgu Kartina, guru bertugas mingguan tetapi tugasannya lain, untuk  menghantar pelajar berkenaan ke kecemasan hospital.

Lalu, Cikgu Kartina menghantar pelajar berkenaan ke hospital dengan segera.

"Alah Dila tu pengsan buat-buat, cikgu," ulas Karim sewaktu ditanya oleh Cikgu Ti semasa dalam P&P yang mana Dila pengsan.

Cikgu Ti memarahi Karim.

Cikgu Syima pula, meneruskan tugasnya seperti biasa.

Esok paginya sewaktu rehat ada pelajar lelaki bertemu dengan rakan setugasnya, Mila. Sewaktu berpapasan di jalanan, pelajar itu bertanya kepada Cikgu Mila.

"Cikgu Mila, ada pelajar pengsan ke cikgu? kenapa dia pengsan?" tanya pelajar lelaki itu.

"Ada. Yang awak nak sibuk ni kenapa? "

"Yalah, kami dengar dia pengsan. Nak tahu juga dia sakit apa?"

"Dia tak sakit apa-apa,'' jawab cikgu Mila.

Ketika pelajar-pelajar tadi sudah pergi, tiba-tiba datang seorang guru. Lalu guru itu mengatakan,"Alah, dia sakit buat-buat aje".

"Siapa cakap?"tanya Cikgu Syima. Agak hairan kenapa cikgu itu bercakap demikian.

"Ada pelajar lelaki kelasnya yang cakap macam tu,"kata cikgu itu.

Cikgu syima kemudian berkata,"Dia memang ada sakit, kak."

""Kalau sakit, sakit apa?" Asyik pengsan je?"

Sekali lagi Cikgu Syima terdiam. Nak jawab apa, Cikgu Syima pun bukan doktor. Cuma yang dia tahu Dila memang ada sejarah kesihatan. Dia pernah menjalani pembedahan usus dan rahim. Dan beberapa penyakit lain. Dan Dila pernah menghidap sejenis  kanser semasa berumur 9 tahun.

Beberapa hari kemudian, Dila datang semula ke sekolah. Ceria sahaja wajahnya.

Setelah mereka berbincang beberapa perkara, Cikgu Syima bertanya kepada Dila.

"Dila, sebenarnya, cikgu-cikgu lain tahu tak penyakit kamu?"

"Tak, cikgu,"

"Guru tingkatan?"

"Tak,"

"Habis, siapa yang tahu?"

"Cikgu seorang sahaja sebab saya cuma percaya dengan cikgu seorang je," kata Dila.

"Ya Allah, saya ingatkan cikgu lain tahu. Maklumlah saya baru di sini. Bagaimanapun, Terima kasih atas kepercayaan Dila kepada saya," Cikgu Syima terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelajarnya itu. Cikgu Syima adalah guru baru di sekolah itu, baru dalam setahun.

"Bagaimanapun, Dila, keadaan awak saya lihat semakin teruk. Oleh itu, saya rasa adalah lebih baik saya maklumkan keadaan awak kepada Cikgu Latif , HEM kita supaya bila terjadi apa-apa pihak pentadbir sekolah tahu masalah sebenar kamu. Jadi, diharap dengan ini tidak ada salah tanggapan terhadap awak," ujar Cikgu Syima.

"Baiklah cikgu. Saya serahkan kepada cikgu apa yang baik untuk saya," jawab Syima.

p/s; Alhamdulillah,  keadaan Dila sudah dalam pengetahuan pihak pentadbir.

Tuesday, January 04, 2011

Besar dah, anakku

Besar dah anakku....



Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT, sedetik lagi, ibu dapat berkesempatan menghirup udara segar di bumi Allah nan indah lagi luas ini.  Pagi yang tenang. Damai dan nyaman. Awan tebal menyelubungi bumi. Hamparan kabus pagi memayungi langit pagi. Dingin mencengkam bagai di Cameron pula rasanya.

Ketika sibuk mempersiapkan anak ibu dengan pakaian seragam sekolah pagi semalam, ibu memandang wajahnya dan sosok tubuhnya yang kurus melidi itu.

Melihatnya, mengingatkan ibu waktu pertama kali ke sekolah rendah. Masih ibu ingat, ibu tak nak pakai kasut getah warna putih. Kata ibu, macam nak pergi motong getah.

Tetapi ayahanda tetap menyuruh ibu pakai kasut getah itu. Dengan masam mencuka, ibu menyarungkan juga kasut itu.

Kami tinggal di kawasan bandar tetapi Sekolah ibu agak jauh dari bandar kerana mengikut ibu yang bertugas. Ibu akan mengikut bonda ke tempat kerja.

Rupanya, sekolah ibu itu untuk ke sana, jalannya gak becak dan berselut. Masa itu musim hujan, bila musim hujan bermakna musim banjir.

Merasalah ibu bermain air hujan dan kemudiannya banjir di kawasan sekolah. Masih ingat lagi, kami terpaksa balik segera dan meredah banir serta selut apabila air dari empangan berhampiran semakin melimpah. air di kawasan sekolah juga semakin naik.

Sekarang, peristiwa era akhir 80-an itu bagai bermain kembali di minda.

Cuma situasi, pelaku dan tempat serta waktu yang berbeza. Begitulah, sejarah tidak berulang. Hanya retoriknya sahaja yang berulang.

Ketika anak ibu melangkah ke sekolah, waktu ini di sini juga musim hujan. Di sini juga kawasan banjir.

Namun, syukurlah anak ibu gembira saat kembali dari sekolah.

"Ibu, abang dapat kawan banyak. Semuanya pun baru juga di sini,"

Ibu tersenyum. Gembira dan bersyukur pada Allah, anak ibu mahu ke sekolah. Tidak seperti masa di prasekolah dahulu. Asyik meragam pagi-pagi hari tak mahu ke sekolah. Sedangkan prasekolahnya itu ada sepupu, sedara mara dan jiran tetangga yang dikenali sejak todler lagi. Sedangkan di sini, tiada siapa yang dikenalinya.

"Selamat bersekolah, anak ibu. Sudah besar rupanya, anak ibu. Sudah semakin remaja purba rupanya ibumu, nak,"

p/s; Ibu sangat terharu apabila balik dari kerja semalam, anak ibu menghulurkan sehelai kertas. Rupanya ia surat mengandungi isi hati anak ibu yang hendak memohon maaf kepada cikgunya di prasekolah. Dalam surat itu, anak ibu menceritakan bagaimana dia menjaga ibunya.....Walaupun tulisan anak ibu tidak cantik dan besar kecil tunggang langgang, namun ibu amat tersentuh.

Monday, January 03, 2011

Ujian Itu Tanda KasihNya

Ujian Itu Tanda KasihNya
http://www.myukhuwwah.com

Setiap insan Allah beri pelbagai bentuk ujian. Ada dalam bentuk kesenangan, ada dalam bentuk kesusahan. Namun adalam apa jua bentuk, sebenarnya, kita lebih kerap terlupakan Allah waktu senangnya kita.

Ada insan yang diuji kehilangan insan tersayang, ada yang diuji diri sendiri atau keluarga atau sahabat terdekat ditimpa kemalangan, ada insan yang diuji dengan perniaagaan jatuh bankrap, ada orang diuji dengan anak yang sakit, ada insan yang diuji dengan kesakitan kronik yang menimpa dirinya, ada yang diuji terpaksa tinggal berjauhan sesama suami isteri serta anak-anak demi rezeki.

Ada yang diuji, berpisah kasih sayang dengan insan tercinta samada bercerai hidup atau berpisah mati. Ada yang diuji masih menanti jodoh, teman sehidup semati, menemani perjalanan hidup di dunia, menuju redha Ilahi. Menanti doa bersambut, teman berlawanan jenis di sisi yang setia menemani, saling berpesan dan mengingatkan pada jalan yang diredhai Allah, bercinta dari dunia fana hingga ke syurga.

Apa jua ujian menimpa, pasti semua itu untuk melihat sejauh mana iman kita. Allah berfirman dalam Surah Al Ankabut, ayat 2, ertinya;


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)"


Seseorang menitip kata, penguat semangat diri, mengekar obor langkah ini yang mesti diteruskan. Pandangan sayu anak-anak sendiri, pandangan mengharap anak-anak bangsa, dilayangkan pada sekujur tubuh berkerusi roda.

"Kalau kita rasa susah, ada orang lagi susah dari kita.
Kalau kita rasa sakit, ada orang lagi sakit dari kita.
Kalau kita rasa perit, ada orang lagi perit dari kita."


Ujian, satu kemestian dalam hidup. Satu sunnatullah yang menjadi ketetapan Allah buat semua hambaNya. Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Musibah yang menimpa, jelas dan terang dapat diterima oleh hambaNya yang beriman sebagai satu ujian Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat hambaNya atau buat jalan memberi pahala.

Pernah myukhuwwah menyaksikan dan melihat insan-insan yang sangat cekal meski diuji. Samada diuji dengan kanser tahap IV, disahkan tidak boleh hamil, suaminya beristeri lagi, status sebagai isteri kedua, diuji hilang keupayaan fizikal dan penglihatan serentak, diuji diceraikan oleh suami melalui SMS, diuji terpaksa tinggal berjauhan bertahun lamanya dengan suami dan anak-anak termasuk anak yang sakit kronik, dan pelbagai ujian lagi.

Manakala nikmat juga adalah ujian yang sering terleka oleh manusia untuk diterimanya sebagai ujian yang datang menguji keimanan, tetapi sering dianggap hanya sebagai limpah kurnia Allah dek kerana sayangnya Allah pada kita. Maka kita selalu lalai dengan nikmat.


Percayalah, Tidak selamanya rasa sakit itu tidak beharga, sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.

Dan rupanya kadang kala menyepikan diri itu sangat indah. Meski diterpa rindu yang membara, pastinya, apa yang harus diutamakan, itulah yang diutamakan. Dan di antara tuntutan kehidupan di alam fana ini, samada di alam realiti atau alam maya dunia tanpa sempadan, pastinya salah satu yang mesti dipilih. Demi kelangsungan sebuah kehidupan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design