Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, June 30, 2012

Masa Subur Wanita dan Tip Mendapat Anak

Masa Subur Wanita Cara Nak Tahunya dan Tip Mendapat Anak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai wanita saya faham perasaan teman-teman yang telah bergelar isteri, pasti inginkan anak dari perkahwinan yang dibina. Namun, bercakap soal anak, ia adalah ketentuan dan rezeki daripada Allah SWT. Pasti ada hikmah atas sesuatu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang beriman. InshaAllah.

Bagi pasangan yang mempunyai anak-anak pun, masing-masing ada ujian dan dugannya juga. Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Renungilah kisah Nabi Zakaria di dalam AlQuran, walaupun usianya telah tua dan isterinya pula mandul tetapi atas berkat usaha, ikhtiar dan berdoa akhirnya ALLAH SWT telah kurniakan anak untuk mereka berdua.

Sebenarnya ada banyak cara untuk kita berusaha agar hamil. Dan semuanya bukan senang..Kita kena banyak sabar.Memang sabar itu pahit dan payah, namun sebagai hambaNya, kita perlu sentaisa suburkan rasa sabar ini.

Kalau kita dah usaha, dah doa tapi Allah belum izinkan kita punyai zuriat, sabar dan redha adalah jalan terbaik. Pasti ada hikmah di sebalik ujian yang pahit ini. Allah pasti tahu apa yang terbaik buat kita.

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Kadang-kadang apa yang kita nak, kita dapat dengan mudah di dunia ni.Kadang-kala benda yang kita tak mahu, itulah yang kita dapat di dunia ni. Kedua-dua situasi ini, sebagai seorang islam, kita perlu hadapai dengan sabar dan redha serta syukur.

Hikmah tu kadang kita tak tahu masa hidup di dunia ini. kadang kala bila kita dah kembali pada Allah barulah kita tahu apa hikmahnya.

TIP DIPERMUDAHKAN MENDAPAT ZURIAT

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

  1) Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa sentiasa kepada Allah SWT.

Allah SWT itu mengerti dan memhami bahasa yang digunakan oleh hambaNya yang berdoa kepadaNya. Bukankah doa itu senjata orang mukmin?


Daripada Syaidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi.
 (HR Hakim)

Mari kita lihat Kisah Nabi Zakariya yang memohon doa pada Allah agar dikurniakan zuriat:

Ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.

Jika kita berdoa dalam Bahasa Melayu pun tidak mengapa. Maka, memohon doa ini bukannya hanya dalam bahasa arab bahkan yang paling menyerap adalah dalam bahasa kita sendiri kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu kebiasaanya apa-apa saja yang kita terlintas di hati dan kita ada idea atau ilham untuk memanjatkan doa, rasakan seolah-olah anda sentiasa bersama Allah SWT setiap masa, berkomunikasilah dengan walapun di dalam hati setiap masa dan di mana saja.

Berdoalah dengan penuh yakin, mintalah dari Allah sesuai keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahawa Ia Maha Kuasa atas segala-galanya.

Namun, adab berdoa mestilah kita jaga. Janganlah berdoa tanpa adab. Macam kita nak jumpa pembesar kan, kita aada tatacara nak jumpa pembeesar. Apatah lagi ini kita nak berdoa, nak mohon hajat kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta, Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT.

 Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

  2) TAHU WAKTU SUBUR WANITA ISTERI
 
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Kenapa kena tahu?

Sebab pada waktu subur ni la ovari kita akan keluarkan telur untuk disenyawakan dengan benih lelaki. Jadi faedah kita ni sebagai wanita tahu waktu subur secara umumnya ada 2 sebab:

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.

Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

BILA WAKTU SUBUR NI?

Biasanya Waktu subur adalah HARI KE-14 SEBELUM Hari pertama kedatangan haid bulan yang seterusnya. 1ST DAY PERIOD BULAN YANG SETERUSNYA.

Setelah anda faham kitaran haid yang DITERANGKAN DI BAWAH, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MARI KITA FAHAMI FASA KITARAN HAID KITA

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.

  3)  JAGA EMOSI

Ramai orang yang saya jumpa beritahu antara tip supaya mudah hamil ialah wanita itu mestilah bukan berada di bawah tekanan yang melampau atau kerja yang banyak sampai tak cukup tidur waktu malam. 
Contohnya, Jika kita lihat orang bawah kita atau kawan kita tu tiada anak, janganlah pula asyik dia je yang nak kena buat tugasan seperti bawa balik data tertentu untuk ditaip balik dalam komputer semasa dia nak balik rumah yang mana kerja tu dia terpaksa bersengkang mata waktu malam. kalau sekali dua mungkin boleh lagi tapi kalau asyik-asyik dia je, kasihan dia.
Menjaga emosi  sangat penting kalau mahu hamil. Kalau setiap hari asyik berada di bawah tekanan je memang susah la nak lekat. Atau dah lekat, lepas tu kita dirundung dukacita dan eksedihan melampau, 'bayi' yang baru nak lekat tu, boleh keguguran.
jadi, Eloknya kita kena tenang terutama dalam zon subur ...jangan terlalu stress. 

 4) AMALAN PEMAKANAN

   1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari


   2. Buah Delima

   3. Buah Zaitun

   4. Buah Kurma

   5. Jauhkan dan cubalah elakkan dan berpantanglah dari  memakan makanan yang  masam, nanas, minuman bergas. Ringkasnya makanan dan minuman  berasid elakkan.
       Rajinlah mengambil makanan laut, ambil makanan tambahan supplements.  Salah satunya spirulina halal muslim. Ambil secara tetap setiap hari. Rajinlah  makan sayur dan buah0 buahan. Manakala di pihak suami  banyak makan berasid seperti  daging dan ayam.

   6. Jangan minum ais dan minum air kelapa

 5) AMALAN CADANGAN DI PIHAK SUAMI

1) 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli )setiap awal pagi.
2) Buat senaman batin tiap kali bangun tidur pada waktu pagi

 6) TEKNIK BERSAMA 

Teknik ni kena cari sendiri lah ye. Cuma nak kongsi satu je,.lepas "bersama", jangan basuh miss V dulu. Tunggu dalam setengah jam (dalam keadaan baring terlentang). 

7)PEMAKANAN TAMBAHAN HERBA 

           1)Ada beberapa pasangan yang berjaya hamil setelah si suami mengambil Qaseh Kekanda dan isteri mengambil Qaseh Adinda.

           2) Susu Kambing Al Khishbun
 
 8)UJIAN KESIHATAN
    
     Berjumpa doktor...

Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi dari http://www.timang.org/Kehamilan.htm

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.

ALLAH ALWAYS BE THERE

Kepada wanita-wanita di luar sana yang belum lagi dikurniakan zuriat, jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

USAH SEKALI STRESS. Berdasarkan pengalaman saya dalam sesi kaunseling dan kerjaya sebelum ini, saya dapati Jika wanita itu  ada masalah seperti stres, atau tugasan yang terlampau banyak diberikan kepadanya, wanita tersebut mungkin lambat hamil.

 Jangan fikirkan sangat tentang masalah yang dihadapi. Cekalkan hati.

Tujuan hidup berkahwin bukan hanya untuk dapatkan zuriat. Ada banyak benda lain yang perlu dilakukan. Yang pentingnya dapatkan rawatan sama ada cara tradisional ataupun moden. Tetapi, jangan sesekali lakukan rawatan sendiri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.

 Jika mengambil ubatan herba atau jamu, pastikan kebersihannya terjamin agar tidak timbul penyakit lain pula.

8 comments:

Maiyah said...

salam..

bgus perkongsian ni.. semua ni mmg penting, ada separuh org ambil remeh

insan_marhaen said...

n3 yang sangat ilmiah dan dapat memberi manfaat.... saya cuma ada 2 orang zuriat sahaja daripada 7 kandungan... 4x gugur, satu meniinggal ketika dilahirkan... apa pun tetap redha...dan sentiasa berprasangka Baik dengan Allah.. Yakin Allah lebih mengetahui mana yang BAIK untuk saya...

ummu tentang entri saya
http://ummuainries.blogspot.com/2012/06/cermin-mata-ajaibibnusina-eyewear-dah.html
kanak2 pun boleh guna..

ummu said...

salam Maiyah
sharing is caring
kan Maiyah.

ummu said...

salam Maiyah
sharing is caring
kan Maiyah.

ummu said...

C'Jai
terima kasih ye atas info tu.Kat mana ya boleh beli?

Unknown said...

Macam mana nak dapatkan produk Qaseh Kekanda & Qaseh Adinda? Produk dari keluaran mana tu?

MAKNAH FOOD ENTERPRISE said...

terima kasih dengan info ini..sangat sangat betguna untuk saya.saya dah berkahwin hampir 10bulan, pernah mengandung 2 bulan,tapi gugur mungkin kerana stress..saya berdoa agar Tuhan akan permudahkan saya utk peroleh cahaya mata nt..

cikji said...

slm,dtg mncari ilmu. dh stahun lbh kawen tp xde rezeki lg


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design