Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kanser usus kini boleh menyerang tahap umur tidak kira di usia muda atau warga emas. Di sini dimuatnaik artikel berkaitan Petanda barah usus.
Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan, anggaran 10.4 daripada 100,000 penduduk boleh mendapat kanser usus besar. Di negara ini, tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai risiko sama besar untuk terdedah kepada kanser usus.
Bagaimanapun, kanser ini lebih banyak dihidapi masyarakat Cina. Pengambilan makanan yang hampir sama dengan negara maju dipercayai menjadi punca penyakit ini.
Di negara maju, kekerapan mendapat kanser usus akan meningkat selepas usia 50 tahun tetapi di negara kita, mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah penyakit ini.
Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita.
Gejala awal kanser perut mempunyai kesamaan dengan gastrik iaitu:
Pada peringkat lebih serius, pesakit boleh mengalami gejala seperti:
Tanda-tanda kanser usus
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
- Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
- Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
- Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
- Berat badan turun mendadak.
- Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.
Ujian saringan barah usus
Faktor/risiko untuk mendapat kanser usus:
1) Diet tidak seimbang iaitu mengambil makanan tinggi lemak dalam kuantiti tinggi dan kurang mengambil makanan tinggi serat
2) Obesiti
3) Jika dulu pesakit pernah mengalami kanser kolon tetapi sudah menjalani pembedahan membuang kanser berkenaan
4) Pesakit pernah mempunyai polip dalam usus. Bukan semua polip ada risiko untuk mendapat kanser usus. Cuma satu polip iaitu adenomatous dipercayai penyebab kanser.
5) Usia — risiko mendapat kanser usus bertambah seiring peningkatan usia. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah risiko
6) Gaya hidup sedentari iaitu kurang bersenam
T (Tumor) — bergantung kepada perbezaan saiz tumor di dinding usus.
N (Nodus) — bergantung kepada berapa banyak kelenjar limfa yang diserang kanser.
M (Metastasis) — kanser merebak di bahagian lain, terutama hati dan paru-paru.
Satu cara lagi untuk membahagikan tahap/peringkat kanser ialah Duke’s Stage. Usus kita mempunyai tiga lapisan iaitu dalam, tengah (otot) dan lapisan luar.
Duke’s A — kanser membabitkan usus dalam saja.
Duke’s B — kanser di lapisan luar tanpa pembabitan kelenjar limfa.
Duke’s C — kanser di lapisan luar dan kelenjar limfa.
Jika Duke’s A, kira-kira 62 hingga 98 peratus pesakit masih hidup dalam tempoh lima tahun. Bagi Duke’s B, kira-kira 55 hingga 78 peratus masih bertahan hidup manakala Duke’s C, anggaran 29 hingga 49 peratus pesakit masih hidup.
1) Pesakit ditawarkan supaya pembedahan dilakukan di tempat yang diserang kanser. Jika kawasan terbabit ialah usus kanan, ia dibuang dan usus disambung balik.
2) Kemoterapi — dalam kebanyakan kes, pesakit dicadangkan untuk kemoterapi selepas pembedahan bagi membunuh semua sel kanser yang tidak dapat dilihat di mata kasar.
3) Radioterapi — pancaran untuk membunuh sel kanser bagi kanser rektum.
Cara kurangkan risiko kanser usus
- Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
- Amalkan berat badan yang sihat.
- Amalkan bersenam dengan konsisten.
- Jauhi tabiat merokok.
- Elakkan atau kurangkan minum alkohol.
- Makanan tidak seimbang punca hidap kanser usus
Punca sebenar kanser perut masih tidak diketahui tetapi penyelidik dan pakar perubatan percaya ia ada kaitan rapat dengan jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori).
“Oleh kerana gejala peringkat awal kanser perut lebih kurang sama dengan gastrik, kebanyakan pesakit tidak memandang serius perkara ini. Ramai menyangka mereka mengalami gastrik dan membeli ubat di farmasi. Memang ubat gastrik boleh menghilangkan gejala sakit perut tetapi ia hanya sementara. Gejala sakit perut ini akan datang balik apabila pengambilan ubat dihentikan.
“Jangkitan H pylori mempunyai kaitan sangat rapat dengan kanser perut. Banyak kes kanser perut di Jepun disebabkan jangkitan bakteria ini. Bakteria H pylori dikelaskan sebagai karsinogen kelas pertama yang boleh menyebabkan kanser perut tetapi berita baiknya, ia mudah dirawat dengan pengambilan antibiotik dan rawatan hanya mengambil masa seminggu,” katanya.
Bakteria H pylori boleh tersebar melalui dua kaedah iaitu kitaran najis-ke-mulut atau mulut-ke-mulut. Dalam kaedah pertama, bakteria daripada najis boleh tersebar jika pembawa tidak mencuci tangan dengan bersih atau melalui air dan makanan tercemar. Kaedah kedua pula melalui air liur pembawa apabila terkena tangan, makanan atau air.
Jangkitan bakteria ini juga ada kaitan rapat dengan cara hidup seperti tinggal di tempat sesak, berkongsi katil dan kurang kebersihan.
Tidak seperti bakteria lain yang akan mati dalam keadaan berasid, bakteria H pylori boleh hidup dengan baik di dalam perut manusia. Ia membiak dan menyebabkan keradangan yang akhirnya merosakkan sel epitilium iaitu lapisan sel pada perut kita.
Lama-kelamaan keradangan ini semakin teruk dan mengakibatkan gastritis serta penyakit ulser dalam perut jika tidak dirawat segera. Walaupun badan menghasilkan antibodi, ia masih tidak berupaya menghapuskan bakteria ini dan jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan kanser perut. (sUMBER; HARIAN METRO, 12/3/2011)
Belum ada kaedah cegah barah usus
Walaupun kanser usus sudah banyak kali dibincangkan tetapi masih ramai yang mempunyai pelbagai anggapan kurang tepat mengenai penyakit ini.
Tidak. Sebilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan untuk kanser usus terdiri daripada golongan muda, malah ada yang berumur 17 tahun. Namun biasanya pesakit seperti ini mengalami masalah genetik yang membuatkan mereka mendapat kanser usus pada usia muda walaupun tidak mempunyai sebarang faktor risiko atau sejarah keluarga.
2. Lelaki lebih berisiko mendapat kanser usus.
Ya. Risikonya tinggi sedikit berbanding wanita. Bagaimanapun ini bukan bermakna wanita terlepas daripada ancaman kanser usus kerana ia berada pada tempat ketiga utama selepas kanser payudara dan pangkal rahim. Pada lelaki, kanser usus berada pada tangga pertama.
Ada banyak sebab mengapa perkara ini berlaku. Antaranya ialah lelaki makan daging lebih banyak berbanding wanita. Walaupun tidak dilarang makan daging, namun biarlah pengambilannya secara sederhana. Kena perhatikan juga cara memasak daging. Kurangkan daging yang dipanggang, goreng dan daging berproses seperti burger, sosej, salami dan peperoni. Ini kerana proses pembuatan dan memasak mengubah struktur kimia dalam daging yang menyebabkan ia menjadi karsinogenik iaitu bahan yang menyebabkan kanser.
Selain itu lelaki mempunyai lebih banyak tabiat buruk jika dibandingkan dengan wanita seperti merokok dan minum minuman keras. Ini menyebabkan risiko untuk mendapat kanser usus lebih tinggi.
3. Ada ahli keluarga saya menghidap kanser usus, bermakna saya juga akan mendapatnya.
Tidak semestinya. Namun jika ahli keluarga terdekat menghidap kanser usus pada usia 45 tahun ke bawah, anda disarankan berjumpa doktor. Doktor akan membantu melakarkan sejarah kanser dalam keluarga anda yang membolehkan anda mengetahui risiko yang dihadapi. Bagi yang ada sejarah keluarga, disarankan menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan pada umur 40 tahun kerana kebanyakan kanser usus mengambil masa 10 tahun untuk membesar dan menimbulkan tanda.
Begitu juga sebaliknya. Jika tiada sejarah kanser usus dalam keluarga anda, tidak bermakna anda bebas sepenuhnya daripada penyakit ini.
4. Pemakanan tidak sihat akan menyebabkan kanser usus.
Dulu pakar perubatan percaya bahawa pemakanan yang kurang serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) turut menyumbang kepada pembentukan kanser usus. Bagaimanapun dalam kajian yang lebih baru mendapati pemakanan kurang serat bukanlah faktor utama dan penting kepada kanser usus berbanding masalah berat badan berlebihan dan amalan gaya hidup yang tidak aktif.
Kajian menunjukkan obesiti, pemakanan dan gaya hidup tidak sihat serta kurang bersenam bergabung memberi sumbangan besar kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser usus. Gaya hidup tidak sihat itu termasuklah tabiat merokok dalam jangka masa yang lama.
5. Merokok dan minum minuman beralkohol akan menyebabkan kanser usus.
Ya, merokok dan banyak minum minuman beralkohol adalah antara faktor risiko kanser usus. Namun risiko untuk mendapat kanser ini boleh dikurangkan dengan menghentikan kedua-dua tabiat ini.
Merokok itu sendiri sudah menjadi faktor risiko kepada banyak jenis kanser. Jadi jika anda merokok, jarang bersenam dan kurang menitikberatkan soal pemakanan, maka sudah sampai masa untuk berubah demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
6. Saya tidak akan dapat kanser usus kalau tiada tanda.
Tidak benar. Walaupun antara tanda utama kanser usus ialah kewujudan darah dalam najis, tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Kanser usus bermula dengan pembentukan polip pada dinding usus dan polip ini biasanya mengambil masa sehingga 10 tahun untuk berubah menjadi kanser. Dalam tempoh ini (ketika masih dalam bentuk polip), pendarahan tidak berlaku sehinggalah ia berubah menjadi kanser.
Kanser usus peringkat pertama tidak mempunyai sebarang tanda, biasanya tanda hanya akan muncul apabila kanser sudah memasuki ke peringkat kedua. Justeru, jika mengalami sebarang tanda atau gejala kanser usus seperti berlaku perubahan jadual ke tandas (sama ada terlalu kerap atau jarang), berasa tidak puas walaupun sudah buang air, sakit perut atau perut berasa tidak selesa (banyak angin, kembung), berat badan menurun dan sentiasa berasa penat, berlaku pendarahan dari dubur, pergilah berjumpa doktor.
Malah perhatikan juga sama ada warna najis bertukar. Jika ada kesan merah gelap, ia mungkin bermakna pendarahan berlaku pada hujung awal usus.
7. Pembersihan kolon dan program detoks boleh mencegah kanser usus.
Sehingga kini dakwaan ini belum terbukti. Untuk mengatakan ia benar atau tidak, perlu ada kajian jangka panjang sebelum ia boleh disahkan bermanfaat. Namun jika mahu melakukannya sekali-sekala atas tujuan kesihatan, rasanya tiada masalah walaupun ia sebenarnya tidak perlu.
8. Polip bermakna kanser.
Tidak. Polip bukan kanser tetapi ia boleh berubah menjadi kanser selepas satu jangka masa tertentu. Biasanya polip mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berubah menjadi kanser. Inilah sebabnya bagi individu yang ada sejarah kanser usus disarankan menjalani ujian kolonoskopi yang boleh mengesan kehadiran polip dan membuangnya.
9. Kolonoskopi menyakitkan dan membuat kita berasa tidak selesa.
Kolonoskopi adalah kaedah untuk melihat keadaan di dalam usus bagi mengesan kehadiran polip. Pesakit akan diberikan suntikan bius menyeluruh sebelum proses kolonoskopi dijalankan. Jadi pesakit tidak sedar sepanjang prosedur berlangsung justeru, tidak perlu bimbang rasa sakit atau tidak selesa.
Antara kaedah lain untuk mengesan kanser usus ialah ujian kehadiran darah dalam najis, bagaimanapun melalui kaedah ini kita tidak dapat mengetahui kewujudan polip di kalangan individu yang menunjukkan keputusan negatif (tiada darah dalam najis). Ujian saringan ini disarankan kepada individu yang ada sejarah keluarga menghidap kanser usus terutama pada usia muda.
Ujian penanda tumor didapati gagal menunjukkan keputusan tepat kehadiran kanser usus tetapi ia penting untuk kanser prostat atau ovari.
10. Pembedahan adalah satu-satunya cara merawat kanser usus. Kalau saya tidak mahu dibedah, adakah saya akan mati awal?
Pembedahan adalah antara kaedah penting dalam merawat kanser usus terutama pada peringkat pertama dan kedua. Ada juga pesakit perlukan rawatan kemoterapi dan radioterapi sebelum pembedahan untuk mengecutkan kanser.
Masalahnya, ramai pesakit di negara ini 'menghilang' selepas menjalani kemoterapi dan radioterapi. Biasanya ia mengambil masa enam minggu untuk kanser ini mengecut tetapi yang sedihnya, apabila gejala hilang, pesakit turut menghilangkan diri.
Walaupun sehingga kini tiada kaedah untuk mencegah kanser usus, tetapi dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu menjaga pemakanan dan kerap bersenam, risiko mendapat penyakit ini boleh dikurangkan. Malah ada kajian menunjukkan orang kurus mempunyai risiko 30 peratus lebih rendah berbanding orang gemuk untuk menghidap kanser usus. Jadi, tunggu apa lagi, ambillah langkah untuk menjaga dan menyayangi badan kita.
Petanda barah usus
Kanser usus juga serang wanita
HARI ini, apabila membicarakan mengenai penyakit-penyakit kronik yang menyerang penduduk dunia, tiada satu pun yang dilihat mampu dicegah mahupun diubati melainkan melihat angkat kematian semakin meningkat saban tahun.Oleh yang demikian, selain mengamalkan cara hidup sihat, masyarakat dinasihatkan melakukan ujian saringan kesihatan dan tidak terus membiarkan diri diserang dengan pelbagai penyakit yang merbahaya.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun 2008 hampir 610,000 lelaki dan wanita meninggal dunia akibat kanser usus atau kolon.
Sementara itu, Persatuan Barah Kebangsaan Malaysia pula melaporkan kanser itu juga merupakan penyakit kedua paling biasa menyerang dan melibatkan kematian kira-kira 2,900 rakyat Malaysia setiap tahun.
Perlu diingatkan bahawa kanser usus mampu membawa maut sekiranya gagal dirawati segera.
Menurut Pakar Perunding Gastroantrology (Pakar Usus), Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, setakat ini statistik menunjukkan lelaki paling ramai menghidapi pesakit kanser usus.
Ia tidak bermakna penyakit itu tidak menyerang kaum wanita malah ia berada pada kedudukan ketiga paling banyak di negara ini.
Malangnya kata beliau, ramai yang tidak mengambil serius akan risikonya dan jika tidak dirawat pada peringkat awal ia akan menjadi lebih berbahaya.
"Sungguhpun begitu, kesedaran terhadap risiko dan pencegahan awal terhadap kanser usus di negara ini masih rendah.
"Kanser ini boleh sembuh kalau disedari lebih awal tetapi pesakit mungkin memerlukan beberapa jenis rawatan.
"Tetapi jika disedari pada peringkat lewat, peluang untuk sembuh adalah kurang. Malah pesakit terpaksa menjalani pelbagai rawatan dan salah satunya adalah melalui pembedahan," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kanser ini yang menyerang kolon atau usus dan rektum iaitu bahagian usus besar yang membantu mencernakan makanan dan membuang bahan-bahan kumuh.
Ia biasanya bermula sebagai polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam usus. Kebanyakan polip ini tidak berbahaya.
Tetapi, jika dibiarkan, ia akan membesar dan boleh menjadi barah.
Pada peringkat awal, kanser usus mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda. Tetapi apabila sudah berlanjutan, pesakit mungkin mengalami perubahan seperti cirit-birit atau sembelit berdarah, kelesuan, sakit perut yang teruk, muntah, kehilangan berat badan dan juga anemia (kurang darah merah).
Pada tahap lanjut, sel-sel kanser mungkin merebak dari usus besar ke organ lain.
Ia biasanya menyerang hati. Apabila keadaan itu berlaku, ia menunjukkan tahap kanser yang sudah teruk.
Terdapat empat peringkat kanser usus. Peringkat pertama, kanser berada di dalam lapisan usus atau rektum dan mula merebak ke dinding usus pada peringkat kedua.
Kanser itu dikategorikan pada tahap ketiga apabila ia mula merebak di kawasan berhampiran nodus limfa dan akhirnya ke beberapa bahagian organ badan seperti hati dan paru-paru.
Ulas Dr. Muhammad Radzi, ketumbuhan kanser itu biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar, bersaiz yang kecil dan ia boleh membesar sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
"Penyakit ini boleh dicegah sekiranya dikesan pada peringkat awal dan sekiranya pesakit mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin mereka mampu menjalani kehidupan yang normal dan aktif seperti individu lain.
"Adalah tidak benar kanser usus tidak boleh dihalang kerana polip boleh dibuang sebelum kanser tersebut membesar dan merebak.
"Hakikatnya, penyakit ini boleh dicegah dan boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal," tambah beliau.
Oleh yang demikian, bagi pesakit-pesakit kanser usus dinasihatkan agar membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkan ia merebak sehingga ke tahap yang tidak boleh dirawat lagi.
Justeru, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian secara berkala dengan doktor pakar bagi mengesan kanser usus di peringkat awal.
Tambah beliau, kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur. Tetapi risikonya lebih tinggi kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas berbanding wanita. Untuk itu, satu-satunya cara untuk mengesan kanser tersebut di peringkat awal ialah dengan menjalani pemeriksaan secepat mungkin.
Pada peringkat awal doktor boleh merawat dan menyembuhkan penyakit itu dengan lebih berkesan.
Ditanya mengenai punca berlakunya kanser tersebut, beliau menjelaskan antaranya ialah faktor umur, sejarah keluarga , gaya hidup dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.
"Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan kanser ini.
"Untuk itu, amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan dan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi serat," katanya.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA
1 comments:
Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Post a Comment