Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, August 26, 2010

Ramadhan; Antara pengalaman Mereka dan Diriku

Ramadhan: ANtara Pengalaman Ramadhan anak-anak ini yang menyentuh hati...





Salam Ramadhan buat teman-teman Muslim followers teratak ini. MasyaAllah,lamanya dah saya tak update teratak ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat bloggers yang sudi follow teratak ini, meskipun kini teratak ini jarang-jarang dapat dikemaskini.
 
Terima kasih sekalai lagi kerana kini followers teratak ini telah bertambah kepada 205 orang. Terima aksih juga buat sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan jejak di sini. Maafkan saya kerana lambat memberi responds...
 
Melaui Zone Ramadhan fasa kedua, dengan dikeleilingi anak-anak remaja, membuatkan jiwa saya semakin berkobar-kobar memupuk smengat Ramdhan itu sendiri dalam diri ini. Suatu yang menyentuh jiwa keibuan saya apabila aada di anatara anak remaja ini yang dibesarkan di rumah kebajikan, yang langsung tidak pernah diziarahi ibu atau abapa atau datuk atau keluarga kandung mereka sejak kali terkahir mereka dihantar ke sana.
 
Masih terbayang di ruang mata mereka keluarga yang mesra, dan erat. Masih terbayang di ruang mata anak-anak ini lambaian terakhir ibunya sewaktu dia berusia 7 tahun. Kini dia sudah 17 tahun tak pernah sekali dia dijenguk keluarga...
 
OK lah, setakat ini dulu celoteh saya...Jom kita mebaca tazkirah ini yang dipetik dari educational blog saya...
 
 
Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi orang mukmin. Orang-orang soleh dahulu mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan sejak bulan Rejab lagi. 
 
Mereka menganggap bulan Ramadhan yang diperkayakan Allah dengan pelbagai keistimewaan dari segala bulan yang lain sebagai kemuncak latihan jiwa seorang hamba kembali menuju Tuhannya.
 
Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya;
“Sesungguhnya telah dating Ramadhan, bulan yang berkat. Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu-pintu neraka dan ditambat para syaitan. Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya maka sesungguhnya dia rugi”.
(Riwayat Ahmad dan An Nasai)
 

Sunday, August 08, 2010

Aduss Malunya

Aduss Malunya



Ada suatu kejadian yang berlaku di tempat kerja. Saya rasa malu akan hal itu. Sebab saya lihat ramainya kawan-kawan yang bertanyakan keadaan saya semasa saya sedar dari pengsan.

Masa itu saya cuba menolak kerusi roda saya. Waktu pergerakan ke tandas itulah ada sedikit masalah. Mujur ada anak-anak murid yang sedia membantu, segera menyambut tubuh saya yang hampir terjelepok ke lantai.

Apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya, Zila, kak Sal, Kak Yah, Abang Remi dan semua yang sudi membantu saya. Termasuk jua kepada majikan saya dan Unit Kecemasan Hospital JP.

Saya malu kerana merasa saya seolah menyusahkan akwan-kawan namun jauh di sudut hati, saya mendoakan kebaikan kepada kawan-kawan dan pelajar-pelajar yang berusaha menyelamatkan saya tempoh hari

Betapalah saya khusuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan asampaikan saya terlupa nak makan. Pengajaran dari peristiwa ini, lain kali saya mesti alert dengan sistem badan diri sendiri....

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat followers saya di myukhuwwah ini mahupun myraudhatulukhuwah

Maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata. Juga saya mohon maaf tak dapat blogwalking blog rakan2 follower semua memandangkan bebrapa faktor yang sedang saya lalui kini. Apapun, moga pertemuan tanpa wajah tanpa suara ini memberi kebaikan dunia akhirat buat penulis blog ini juga kepada semua yang sudi mencicipi sedikit coretan di sini.

Jumpa lagi,insyaAllah

Friday, August 06, 2010

Kenapa saya masukkan entry mereka melambai serentak di blog ini?

Kenapa saya masukkan entry mereka melambai serentak  di blog ini?



Sebelum senja 4 Ogos 2010, kami dalam sebuah permusafiran dari sebuah daerah. Dalam mengejar masa, situasi di atas jalan raya menuju ke bandar Pusat Jengka agak banyak juga kenderaan. Melewati Jengka 14, pasar petang di situ semakin kurang pengunjung.. Walaupun ada peniaga yang masih meneruskan perniagaan, tetapi kebanyakan gerai telah menutup perniagaan mereka.

Melewati Jengka 16, azan Magrib berkumandang...

Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah sikap pemandu waktu itu. Ada beberapa buah kereta dan lori yang tidak lagi membuka lampu kenderaan mereka. Ini membuatkan kami agak keliru apakah jenis kenderaan di hadapan kami waktu itu (dari arah bandar Pusat).

Ini membuatkan suami banyak kali membatalkan hasrat memotong kenderaan di hadapan. kami ekori sahaja kereta di hadapan kami.

Sedangkan matahari semakin tenggelam. Cuaca sekitar semakin gelap... Apalah salahnya membuka lampu kenderaan masing-masing. Mungkin mereka terlupa kot, cetus ku...

Ketika hampir di kawasan bertanduk, hampir dengan Bandar pusat. Jam menunjukkan 7.40 malam. Kereta di hadapan kami memperlahankan kenderaan. Sangka kami ada pemeriksaan polis.

Namun, semakin mendekat..Kami nampak kereta putih...dan kereta kancil di hadapan kami sudah merintangi jalan. Keadaan pada masa itu memang agak kelam kabut. Kami terpaksa memberhentikan kereta kami. Kerana di kanan kiri jalan sudah ada kenderaan, yang kelihatan amsing-masing kelam kabut.

Dalam keadaan begitu, kami bukan tidak mahu meneruskan perjalanan tetapi memang sukar untuk melalui jalan itu ketika itu. Tiba-tiba lalu van putih, dengan agak laju cuba mencelah di celah kesibukan orang ramai membantu mangsa kemalangan jalan raya.

"Ya Allah, kalau ya pun sabarlah dulu. Kan orang dalam kesusahan ni...",

Anak kecilku kemudian ," Apa tu Mi? Mi abang tu nape Mi?"

tangananya menunjuk ke bahu kiri jalan....Anak kecil di pangkuan saya terus memeluk saya.


Ya Allah,air mata saya mengalir. Saya memandang ke anak muda itu...

Saya katakan padanya,'Innalillhiwainnailaihi rajiun...".

Dan saya kemudiannya mendapat berita bahawa rupaya ramai yang meninggal dunia dalam nahas itu.

Kemudian pada pagi Khamis sewaktu ada majlis Ceramah Menyambut Ramadhan Mubarak di sekolah, pengacara majlis, Cikgu Ismail meminta semua hadirin hadirat membaca Al fatihah dan dihadiahkan kepaada allahyarham Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, bekas pelajar SMK Jengka Pusat 2 batch 2006....

Sesungguhnya banyak peristiwa yang saya saksikan dan terselit  pengajaran yang saya perolehi sepanjang permusafiran saya ini...

Lalu sekali lagi airmata saya menitis. Walaupun saya tidak mengenali allahyarham, namun sebagai warga baru bekas sekolahnya,klik sini, saya turut tersentuh.

Innalillahiwaiinailaihi rajiun...Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali...



Mereka Melambai serentak

'Mereka lambai serentak'
dipetik dari Harian Metro, 6 Ogos 2010



Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com
2010/08/06


MARAN: “Saya sudah janji nak bawa mereka beli baju raya Jumaat ini (hari ini) di Kuantan, namun hajat itu tidak kesampaian,” kata Muhamed Falzal Yusuf, 37, yang semua tiga anaknya terbunuh dalam kemalangan selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung sebuah BMW di Kilometer 47.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka, malam kelmarin.

Muhamed Falzal berkata, ketika bertemu ketiga-tiga anaknya, Isnin lalu, dia berasa sedikit aneh apabila mereka secara serentak melambai tangan kepadanya sebelum dia pulang ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

“Pada hari itu saya sudah rasa macam ada yang tak kena apabila mereka melambai saya serentak kerana sebelum ini mereka tidak pernah buat begitu,” katanya yang berasal dari Felda Jengka 8, di sini.

Tiga anak Muhamed Falzal yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu ialah Fatin Atikah, 16, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6. Turut maut rakan mereka, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, dari Felda Jengka 14, di sini.

Seorang lagi rakan mereka, Shawal Ruddin Hambali, 19, dari Felda Jengka 14 patah paha kiri, manakala pemandu BMW berkenaan, Nor Fazidah Abd Majid, 45, dari Felda Sungai Tekam, Jerantut, cedera di pinggang dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Menurut Muhamed Falzal, hubungan mereka anak-beranak memang rapat dan setiap kali pulang ke rumah pada hujung minggu dia pasti meluangkan masa bersama tiga beradik itu.

“Ketika dalam kereta, saya lihat wajah mereka begitu sayu seolah-olah bersedih apabila saya hendak berangkat meninggalkan mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design