Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, March 30, 2011

Cinta sejati Eddie Wings

Cinta sejati Eddie Wings

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman-teman. Semalam ada membaca Utusan tentang berita ini, Cinta sejati Eddie Wings, tetapi hanya baru hari ini dapat memuatnaik di blog ni.

Kebetulan entry myukhuwwah sebelum ini, Bahagia Itu Subjektif, klik sini,

PEMAIN gitar bass kumpulan rock popular Wings, Eddie jarang mahu berbicara tentang isteri dan anak-anaknya. Baginya, adalah lebih baik jika publisiti media terarah kepada perjuangan Wings dalam industri muzik tanah air.

Namun begitu, selepas 25 tahun bersama Wings dalam keadaan susah dan senang, hari ini Eddie lebih terbuka apabila diajak bercerita tentang perkara yang lebih peribadi.

Baru-baru ini, kehadiran isteri Eddie, Norlela Mohd. Yusof, 48, pada sidang akhbar Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' mencuri perhatian lensa jurufoto Utusan Malaysia.

Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 42, dilihat memimpin tangan isterinya yang bertongkat.

Tidak berhenti setakat itu, Eddie juga dilihat menggenggam erat tangan Norlela yang kelihatan agak payah untuk melangkah tangga dan duduk di kerusi di Lambang Sari, Istana Budaya.

Selepas majlis selesai, Hits mendekati anak kelahiran Gopeng, Perak itu dengan harapan dia akan bercerita tentang isterinya.

"Isteri saya kurang sihat. Dia mengidap kencing manis. Pada Hari Raya tahun lepas, dia dimasukkan ke Hospital Ampang. Kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga ke paras betis dan kini, dia menggunakan kaki palsu.

"Itulah sebabnya apabila berjalan, langkahnya perlahan dan dibantu dengan tongkat.

"Alhamdulillah, penyakit kencing manisnya terkawal," kata Eddie.

Katanya, rumah tangga yang dibina selama 20 tahun itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
Namun anak bongsu pasangan ini meninggal dunia ketika berusia 28 hari.

Anak sulung pasangan itu ialah Nur Najmi Nadhira, 18, yang kedua, Nur Najmi Nabila, 15, dan Mohd. Aidil Hidayat, 13

Bila Blog Tak Boleh Log In

Bila Blog Tak Boleh Log In

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila blog myukhuwwah ini tak boleh di log in, saya cuba cari puncanya.

Bila tanya encik hubby, kenapa saya rasa pelik dengan email dan blog saya yang tak boleh log in...

apakah sejarah beberapa ketika dahulu berulang iaitu pernah email dan blog picisan ini cuba di hack.

Tak dapat jawapan, cari kat pakcik gugel.

singgah ke blog yamnieonline, alhamdulillah...

Ikut petua yang diberikan oleh beliau di entry blog beliau:

"Blog dan email kena hack"

Saya menemui jalan penyelesaianya.

Jom jengah tip yang diberikan oleh yamnieonliene; http://yanmieonline.com/2011/02/blog-dan-email-kena-hack/ 

Sekian, wassalam

Monday, March 28, 2011

Bahagia Itu Subjektif....

Bahagia Itu subejektif...
http://www.myukhuwwah.com/ 



 Bahagia. Apa Itu bahagia? Acapkali juga klien myukhuwwah mengajukan soalan ini.

"Mengapa keluarga saya tiada bahagia, Ummu?"

"Mengapa ayah memperlakukan begitu pada ibu, cikgu?

"Bahagiakah saya jika selama ini saya terpisah daripada ibu bapa kandung saya?"
"Saya inginkan keluarga bahagia, saya rindukan ibu ayah saya. Saya tak mahu tinggal di rumah kebajikian lagi,"

Dan soalan bonus lagi cepu emas dituju kepada myukhuwwah:

"Bahagiakan Puan, dalam kondisi puan perlu berkerusi roda?"

"Adakah suami puan bahagia dengan puan?"

Bahagia itu subjektif sifatnya sayang.  Bahagia itu bersifat maknawi. 

Sesungguhnya sayang, dengan mengingati Allah, hati-hati kita kan menjadi tenang. Kerana masakan Allah beri kita segala kesusahan, kerumitan, kesakitan dan segala keperitan bertimpa-timpa untuk menzalimi hambaNya.

Allah tidak pernah zalim kepada hamba-hambaNya sayang.

Bahagia seorang anak

harmoninya sebuah keluarga, mesra dan eratnya hubungan ibubapa anak, eratnya cinta suami isteri, itulah antara impian seorang anak. Impian seorang remaja. 

Berdasarkan kes-kes yang myukhuwwah kendalikan, ramai remaja yang terganggu dalam pelajaran apabila ibubapa berantakan dan krisis keluarga serta krisis kewangan keluarga yang tidak ditangani dengan bijaksana oleh si bapa.

Ciri-ciri wanita solehah...

Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.


Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walaupun di mana ia berada.
Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan
keredhaan Allah.

Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.


Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.
Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sama ada waktu susah atau
senang.
Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan
syariat.


Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya, atau
sebagainya ketika suami tidak ada di rumah.
Mendoakan keselamatan dan kesejahateraan suami dunia dan akhirat.

Tidak sekali-kali menunjukkan muka masam atau berlaku kasar terhadap
suaminya.

Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas, dan berwangi-wangian ketika suami
berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.

Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau
kesalahannya.

Dan antara persoalan yang dilontarkan kepada myukhuwwah:

Namun bagaimana saya hendak mengecapi bahagia jika:
Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia seandaninya situasi inilah yang berlaku?
  • Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?
  • Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?
  • Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?
  • Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya
  • Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.


Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri?
Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.

Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.
 Demikianlah sedikit olahan myukhuwwah dalam sebahagian sesi kaunseling. Mungkin disebabkan fizikal myukhuwwah (OKU Fizikal) yang membuatkan klien-klien biasanya akan bertanya akan keadaan myukhuwwah pula pada akhir sesi.

"Saya bertanya dengan puan sebab saya lihat puan ceria dan dapat menjalani kehidupan sebagai OKU dengan gembra," demikian biasanya rumusan klien kepada myukhuwwah.

Myukhuwwah mohon maaf jika apa yang cuba disampaikan pada entry ini sukar difahami. Terima kasih buat rakan followers yang semakin hari semakin bertambah. Sudi-sudikanlah jua membaca pantun tradisional Melayu yang myukhuwwah titipkan di sini:

Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit membuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

Entry myukhuwwah yang lain ketika menjawab persoalan bahagia yang dilontarkan oleh klien ialah pada entry wordpress myukhuwwah:

Wanita dan lelaki saling melengkapi, sila klik sini. 

Entry penulis  tersohor Bagaikan Aisyah | Mencipta cinta lelaki super, http://zamrimohamad.com/blog/bagaikan-aisyah-mencipta-cinta-lelaki-super/

Sedikit catatan daripada blog beliau,""Ketika waktu tengah hari terik, suami akan menolak kerusi roda isterinya. Manakala isteri pula memegang payung melindungi dirinya dari kepanasan. dan lagi. Komen Asniza Kamarulzaman menarik perhatian saya(penulis buku tersebut), untuk maklumat lanjut sila ke entry http://zamrimohamad.com/blog/bagaikan-aisyah-mencipta-cinta-lelaki-super/

 Entry rakan-rakan blog yang mungkin ingin ditinjau:

Dan catatan pengalaman Ummu Husna;

Sekian, wassalam.

Seketika di Selangkah ke UiTM Pahang

Seketika di Selangkah ke UiTM Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, ibu dapat singgah sebentar ke Program Selangkah ke UiTM 2011.

Bagi ibu yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan ini, ekspo seumpama ini memang bagus diadakan. Ia dapat mendekatkan sesebuah IPTA dengan masyarakat setempat. Selain mendedahkan kepada suasana kampus, apa yang ibu nampak ialah para lepasan sekolah dapat berinteraksi terus dengan pegawai perhubungan awam yang menguruskan pengambilan pelajar.

Secara tidak langsung, bakal mahasiswa dapat mengetahui maklumat berkenaan apakah kursus yang layak dipohon oleh mereka berdasarkan keputusan peperiksaan SPM atau STM mereka. Mudah-mudahan dengan ini, peluang untuk mereka melanjutkan pengajian ke IPTA lebih cerah lagi.

Oklah, jom kita lihat sedikit gambar yang myukhuwwah ambil sekitar ekspo berkenaan:














Ok, rasanya setakat ini dulu untuk perkongsian pengalaman di Ekspo selangkah ke UiTM.

Saturday, March 26, 2011

Aduhai, sibuknya dia...

Aduhai, sibuknya dia...

aduhai sibuknya dia...dia,alah dia lah myukhuwwah..
Tak sempat nak kemaskini cerita di blog myukhuwwah...

Maklumlah SPM 2010 keluar pada Rabu, 23 Mac 2011.

....inshaAllah saya cuba kongsikan

Salah satunya pertemuan dengan bekas anak didik ku bernama ZZATI. Yang menariknya,semasa pertemuan kami, beliau memberitahu  pun dah ada blog. Wah bila saya terjah ke blognya, baru 3 posting, dah ada 55 followers.Blog ceritazzati, siap ada gambar dengan 5Sciences lagi. Tahniah Zzati.

Sekian, wassalam.

Thursday, March 24, 2011

Tahniah Moeha

Tahniah Moeha




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Moeha Aziz, salah seorang blogger dan follower blog ibu ini, blog beliau sila klik sini.


Kisah beliau tersiar di Utusan Malaysia, boleh baca kisahnya di blog ini, Moeha Berdikari Biarpun kekurangan, klik sini.

Ini Blog Anak Pak Aziz, Moeha, http://antidicriminations.blogspot.com/


Raja Rohaisham, ada mencatatkan tentang Moeha, Tuhan Sayang Moeha, http://akuoku.blogspot.com/2010/03/tuhan-sayang-moeha.html.


Sekian, wassalam.

Wednesday, March 23, 2011

sahabat blogger yang diingati...

sahabat blogger yang diingati...




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar teman-teman maya myukhuwwah?


Alhamdulillah, hanya malam ini baru dapat singgah ke blog ini. setelah beberapa hari tidak dapat mengemaskini blog ini...


Kemudian ketika menjengah ke blog Kak Werdah, Bangkit Kembali,
saya menerima perkhabaran yang Kak werdah akan berhenti dari dunia blog.


Jom kita ikuti entry terbaru dan terakhir beliau. Saya tertarik dengan analogi Kisah Pembantu Rumah.
Ada 3 orang Pembantu Rumah, A, B dan C. Ketiga-tiga Pembantu Rumah ini sangat rajin. klik sini.


Entry ini juga mengingatkan saya kepada entry saya sebelum ini, datang dan Pergi, klik sini.


Semoga Kak Werdah bahagia selalu. Wassalam.

Thursday, March 17, 2011

Kerana Rotan Ayah

Kerana Rotan Ayah
http://www.myukhuwwah.com/


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, ibu ingin berkongsi pengalaman waktu kecil myukhuwwah. Ini kerana sewaktu membaca akhbar Metro Ahad, 13 Mac yang lalu, doa Ayah Cepat Mati, klik sini, terdapat rintihan hati seorang bapa dan luahan rasa seorang anak tunggalnya.

Tiba-tiba myukhuwwah. teringat pengalaman rotan. Kerana rotan ayah....

Hari itu, hari Minggu. myukhuwwah. bermain-main seperti biasa dengan adik beradik myukhuwwah.. Ayah memanggil myukhuwwah. masuk ke dalam rumah. Dengan berat hati, ibu melangkahkan kaki masuk ke rumah.

"Kakak, mari mengaji. Pergi ambil wudhuk segera. Kita cepat habiskan ya. Nanti kalau kakak cepat habis, boleh baca Quran terus," ujar ayah.

Ibu melemparkan pandangan ke luar rumah. Melihat anak-anak jiran yang bermain-main, hati ini segera memberontak.

"Esok, boleh tak ayah? Mimie, sepupu ezza nak balik dah ke Perak, ayah. Nanti kalau kakak ngaji, akak tak dapat jumpa Ezza lagi, main-main dengan dia," kata ibu, memohon simpati.

"Ngaji dulu sekejap. Nanti lepas tu, jumpa dia balik. Lagipun , kan dari tadi kakak main dnegan mereka?" terang ayah.

Saya dengan berat hati mengambil Muqaddam. Entah mengapa, mungkin hati asyik teringat nak main dnegan anak jiran dan akwan-kawan, ibu terangkak-rangkak membaca Muqaddam.

Sebenarnya waktu ibu sudah membaca Juz Amma. Tinggal beberapa surah sahaja lagi untuk Muqaddam ditamatkan.

Ibu tergagap-gagap lagi. Lihat huruf lain, sebut huruf lain.

Yang paling bestnya, waktu tergagagp-gagap itu, ibu cakap, "Ayah nak ngaji Quran terus tak boleh ke ayah?" :)

Kemudian, ibu melihat kawan ibu bermain di luar. mereka menggamit ibu di balik tembok. Apa lagi, ibu pun mulalah nak baca laju dalam keadaan tersasul. Ibu terpaksalah mengulang lagi bacaan Surah yang ibu baca sebab ayah tak berpuas hati dengan bacaan ibu itu sehinggalah ibu mulai lambat-lambat membaca Surah.

"Piyappp," tiba-tiba satu sebatan rotan kecil hinggap di betis ibu.

Apa lagi, menangislah ibu tetapi dalam keadaan menangis itu, masih lagi mengaji. Ibu dah tak ingat dah ajakan kawan ibu bermain di luar. Ibu cuma ingat nak ngaji. Sakit di betis itu Allah sahaja yang tahu.

Malam itu, selepas solat Isyak, ayah menjelaskan sebab ayah merotan ibu. Ayah cuma hendak ibu jadi anak yang solehah. Ayah cuma nak ibu pandai mengaji Quran. Ayah kata, itu untuk masa depan ibu. Kata ayah lagi, akalu ayah meninggak dunia dulu sebelum ibu sempat dibesarkannya, Al Quran itulah harta ayah yang ayah tinggalkan. Ibu sedih mendengar kata-kata ayah. Ibu pun memohon  maaf kepada ayah.

Selang 3 hari lepas itu, ibu sudah membaca Al Quran dalam Surah Al Baqarah. Ibu masih ingat lagi, ibu membaca aaliif laaam miiimm... Waktu itu, lancar sahaja bacaan ibu. Alhamdulillah, sehinggakan waktu mengaji itu, ibu rasa suatu nikmat yang bahagia sangat. Dalam hati ibu waktu itu, ibu bersyukur ibu dirotan ayah. Mungkin jika ayah tak rotan ibu, mungkin ibu masih lagi di Muqaddam dan malas mengaji.

Sewaktu bersalaman dengan ayah selepas mengaji pada malam itu, ayah tesenyum gembira. Tergambar wajah gembira ayah.

"Membaca Al Quran, dan mengajarkan orang lain Al Quran adalah saham amalan yang berkekalan hingga ke akhirat, jika kita ikhlas. Bahkan pahalanya berpanjangan selagi ada orang yang mengamalkannya selepas kita ajarkan orang itu mengaji, orang itu pula mengajarkannya kepada orang lain," tutur ayah.

Dan kerana rotan ayah itulah, alhamdulillah ibu telah dapat membaca AL Quran pada usia 6 tahun masihi, dan 7 tahun hijrah... Alhamdulillah, terima kasih ayah. kerana rotan ayah itulah, akhirnya myukhuwwah  menjadi myukhuwwah hari ini.

Salam, assalam atau assalamualaikum? Mana satu erk?

Salam, assalam  atau assalamualaikum? Mana satu erk?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah pagi Khamis yang cerah dan damai. Lamanya saya tak kemaskini blog ini. Nanti saya akan catatkan kisah OGDS saya ya.


Kebetulan pagi ini terbaca artikel ini di blog Kak chik Kleuargaku sayang, sila klik sini


Jadi apabila membaca entry Kak Chik,

Untuk Mereka Yang Keliru Tentang ASSALAMUALAIKUM, SALAM dan AS SALAM 

Alhamdulillah hilanglah kekeliruan saya ini.


Thursday, March 10, 2011

Adakah Kawan-kawan sekerja tahu blog anda?

Adakah Kawan-kawan sekerja tahu blog anda?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan  myukhuwwah?

Ketika saya menulis ini, saya melihat kawan-kawan saya lebih suka mempunyai akaun mukabuku.

Saya pula di sini, di blog ini. Lalu, saya tidak pasti adakah kawan-kawan di tempat baru saya ini mengetahui akan kewujudan blog saya ini.

Bagaimana pula dengan kawan-kawan myukhuwwah?

Tahniah Vic, Terima Kasih En Ben

Tahniah Vic, Terima Kasih En Ben

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah untuk salah seorang follower blog Bicara hati Ibu. Puan Vic, Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi. Blog beliau, klik sini.

Myukhuwwah juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua follower blog ibu yang sudi mengikiti teratak ibu yang jarang dapat blogwalking.

Myukhuwwah juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Ben kerana sudi mengikuti blog Bicara Hati Ibu ini. Jom jengah blog beliau, klik sini.

Begitu juga kepada saudara  Khai, bunga bunga syurga, klik sini, yang sudi membuat satu entry tentang teratak ibu ini.

Sekian terima kasih.

Wednesday, March 09, 2011

Kalau Kisah Kita ditulis orang...

Kalau Kisah Kita ditulis orang...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar teman-teman teratak Bicara Hati Ibu?


Bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan ibu?


Di kawasan kejiranan ibu, di sebahagian kampung dan ladang, air banjir mulai berlaku mulai naik petang semalam. Air hujan dari hulu sungai sudah menghilir. Hujan yang tak berhenti sejak selepas hari Mengundi PRK yang lalu.....Syukurlah malam tadi, air itu telah surutr sebahagian besarnya.

Oh titisan hujan yang turun  bersama dinginnya air dari kali. Membawa bersama ikan-ikan air tawar. Macam-macam ada. Ibu tidaklah gi ngail, ibu cuma lihat saja aksi-aksi pemancing...:)


Ibu berharap air sungai dan air tasik berhampiran kediaman ibu ini tidak lagi dinaiki air. Bimbang ibu...


Oh iya, berbalik kepada tajuk entry, Kalau kisah kita ditulis orang, apakah agaknya ya perasaan kawan-kawan ibu?

Bagi ibu, jika ianya baik, rasanya tidak salah kan. semoga ia membawa kebaikan juga kepada insan yang membacanya.


Oklah jom kita tinjau "Bagaikan Aisyah Mencipta Cinta Lelaki Super" klik sini.
 Erm, ibu tak sangka, kisah ibu turut  ada di situ juga...catatan ibu di sebuah forum akhirnya berada di website salah seorang penulis terkenal tanahair.


sekian, terima kasih.

Tuesday, March 08, 2011

Tahniah Abang Long

Tahniah Abang Long

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry ini saya dedikasikan kepada salah seorang follower blog myukhuwwah, iaitu Abang Long yang telah menjual produk kesihatan jenama Hadi's Nutri Meal dan beberpa produk lain.
Blog bisnes beliau;   http://nikmat-sihat.blogspot.com/

Penghantaran PERCUMA. Bagi pengguna yang menetap dikawasan - KLANG, PELABUHAN KLANG, SRI ANDALAS, PANDAMARAN, SHAH ALAM (Sek. 1 - 23 sahaja). Dengan setiap pembelian sebanyak 2 (DUA) kotak sahaja. Maka penghantaran adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan produk dibawah. Sila hubungi  abang Long  - Mohamad Feroz ditalian - 019 2254910.
 
 
 
HADI'S yang merupakan produk keluaran tempatan dan halal adalah makanan berkhasiat yang rendah lemak dan kalori diperbuat daripada 100 peratus ramuan semulajadi, menggunakan teknologi terkini yang memberikan manafaat dalam membekalkan sumber makanan sihat bermutu tinggi. Berasaskan minuman berbijirin.

Nutri Meal diperkaya dengan vitamin, mineral, yis dan serat iaitu empat sumber yang memenuhi keperluan dan kriteria makanan sihat bagi meningkatkan kadar metabolisma dan mengurangkan lemak dalam badan dan pada masa yang sama akan menambahkan apa-apa kekurangan zat dan vitamin di dalam badan kita.
Oleh sebab itu, ianya sesuai di makan oleh semua peringkat umur dan ibu-ibu yang sedang hamil. Dengan pengambilan HADI'S secara konsisten akan menjadikan tubuh anda seimbang cantik luaran dan dalaman.

Dari sudut kesihatan, ia membantu memperbaiki daya pemikiran dan penumpuan. Jika anda bukan penggemar susu dan makanan kalsium yang lain, minuman kesihatan ‘perfect meal’ adalah pilihan terbaik. Bagi anda yang bekerja, tenaga amat diperlukan sepanjang hari.

Minuman kesihatan ini bukan sahaja mampu mengekalkan rasa kenyang, malah memberi tenaga untuk sepanjang hari. Ia kaya dengan vitamin, zat galian, yis dan serat. Justeru itu, ia memenuhi keperluan khasiat harian anda dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Hadi’s Nutri Meal juga membantu melangsingkan badan, serta menjadikan kulit lebih sihat kerana ramuan-ramuannya rendah lemak dan kalori.

Kebaikan Hadi’s Nutri Meal:
  • Meningkatkan sistem imun badan dan memberi tenaga
  • Membantu menjadikan kulit lebih halus
  • Merupakan minuman/makanan tanpa kalori yang mengenyangkan dan sesuai bagi mereka yang mementingkan pengawalan berat badan
  • Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
  • Membantu memulihkan keletihan akibat senaman ringan
  • Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Dapat membantu mengurangkan paras kolestrol
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memperbaiki metabolisme sel (kaya dengan vitamin, galian, protein dan kalsium)
  • Meningkatkan daya pemikiran dan penumpuan
  • Menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan seperti lendir, angin dan lain-lain
  • Mengekalkan rasa kenyang
  • Mencegah penyakit kronik (stabilkan tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, ulser, sembelit dan kanser)
  • Meneutralkan asid dalam badan dan menyembuhkan penyakit gastrik
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Menguatkan otot dan tulang
 
 
Oh iya, kalau di Pahang ni, siapa yang berminat nak dapatkan produk Hadi's Nutri Meal, bolehlah hubungi Encik Mohamad di talian 0199851773.
 
Sekian, terima kasih.
 
Wassalam 

Monday, March 07, 2011

cinta menurut followers blog ibu...

cinta menurut followers blog ibu...




Susulan entry ibu sebelum ini, Apa Itu Cinta, sila klik sini,


Ibu menampilkan pandangan teman-teman followers ibu dalam mendefinisikan cinta.

Bro ImanShah, blognya yang sudah berwajah baru dan ber dot.com sendiri, sila klik sini,
Jom lihat pandangan Bro ImanShah, dengan pantunnya;


                Kalau tuan pergi ke Bota
                       Belikan saya limau bali
                andai terkena panahan cinta
                       Hati buta telinga tuli




Myukhuwwah membeli pantunnya ya;


                kalau tuan sudah ke Bota,
                     Pasti tak lupa si limau bali,
                Begitulah hebatnya panahan cinta
                    Cinta Ilahi itulah yang suci dan murni.


Nurr yang indah menutur bicara, "hanya pada Allah kumohon cinta yg hakiki". sila ke blog beliau , klik sini.


Nida dengan bicaranya, "Cinta lahir dari hati... sukar dimengerti... namun amat berbekas", sila ke blog beliau di sini.


Bro Insan marhaen, "cinta pada diri sendiri lebih bahagia".,  blog nya, klik sini.


dan bro Sham, dengan madah kelakar nya "seorang teman pernah bermadah:cinta itu umpama kurap...makin digaru makin sedap.'' Blog beliau, klik sini.

update pada Selasa, 8/3/2011, 9pm:


Pandangan Kak Werdah, blog beliau, Bangkit Kembali, klik sini.
dan Nota Untuk Diri, klik sini.


Ok, pandangan kak Werdah...


"Kalau cinta tahap Zulaikha kepada Nabi Yusuf as, cinta yang meresap ke dalam dirinya membuatkan tidak peduli apa orang nak kata.. itupun dah tahap tinggi iaitu cinta tahap ke enam menurut imam ibnul Qayyim al-Jauziah yang memberi tafsiran cinta kepada Allah.

Firman Allah SWT, Maksudnya:


"Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)


Sekian, terima kasih buat semua teman-teman followers teratak Bicara Hati Ibu dan semua yang sudi membaca catatan ibu di sini.


Wassalam.

Saturday, March 05, 2011

Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta?............................

 Dan kerna cinta, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Semua itu atas nama kerna cinta.

Bahagia bersama cinta. Namun kadang kala berlaku jua seperti pantun puisi lama di bawah ini;


Kusangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri.
Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.

Dicintai menyintai. disayangi menyayangi. Fitrah insan.
Dicintai menyintai, bukan setakat gadis remaja atau anak muda belasan tahun yang ingin menikmatinya...
bahkan setiap insan yang bernyawa. tinggal lagi, bagaimana cinta itu diimplementasikan.

RENUNGAN .....

Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya apa yang diketahui oleh manusia dari sabda kenabian terdahulu ialah; Jika engkau tidak malu maka lakukanlah sesuka hati kamu.” (Bukhari:348, Ibnu Majah:4183)



Rasulullah saw malu umpama gadis pingitan

Rasa malu Nabi melebihi gadis pingitan. Jika baginda melihat sesuatu yang tidak baginda sukai, maka akan merahlah muka baginda yang mulia itu dan menjauhkan diri dari melihatnya. Apa yang kita lakukan jika kita lihat sesuatu yang tidak elok? Apakah wajah kita akan memerah dan menundukkan pandangan kita? Mulai hari ini kita cerminkanlah diri kita!

Malu Seorang Gadis

Fatimah binti Utbah bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah saw kerana ingin masuk Islam. Saat itu Aisyah ra ada bersama baginda. Nabi saw bersabda;

“Ya Fatimah, berbaiatlah kepadaku. Janganlah engkau menyekutukan Allah sw sedikitpun. Jangan mencuri, apalagi berbuat zina.” (Ahmad: 1/21)

Ketika Fatimah mendengar kata “zina” ia menutupi wajahnya dengan tangannya disebabkan malu. Rasulullah saw berasa hairan dengan sikap Fatimah tersebut lalu Aisyah ra berkata; “Ya Fatimah, berbaiatlah engkau kerana seluruh wanita telah berbaiat tentang hal itu.” Maka Fatimah pun berbaiat.

Dan semoga biarlah cinta sesama manusia itu tidak menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan. 

Thursday, March 03, 2011

Ibuku Seorang Pembohong?

Ibuku Seorang Pembohong?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat pagi kawan-kawan ibu.
Kali ini, myukhuwwah ingin berkongsi satu email yang ibu terima sekitar 3 tahun yang lalu, 2008, iaitu ketika kemunculan awal blog raudhatulukhuwah.blogspot....

Mungkin telah ramai kawan-kawan yang mendapat email ini. Namun, ibu tetap ingin berkongsi di sini, sebagai ingatan untuk ibu jua sebagai ibu.
Jom kita ikuti artikel ini, yang mana ibu ada membuat sedikit peng editannya.
Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. 


Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan
lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu
berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak
gulai ikan yang segar dan mengundang selera. 


Sewaktu saya memakan gulai
ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan
menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.  Bersama-sama itu, ibu bawa bersama kerepek jejari udang dan kerepek bawang yang ibu usahakan secara kecil-kecilan di dapur rumah kami. Maklumlah, tinggal di bandar raya besar dnegan cost of living yang cukup tinggi, jika mengharapkan makan gaji sahaja, dan dengan jumlah anak-anak yang ramai, memang memerlukan pendpaatan tambahan.


Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.


Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Sedangkan, ibu sendiri waktu berpuasa nazar untuk kecemerlangan peperiksaan anaknya.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.


Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
 

Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan
cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
 

Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.


Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.


Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya
ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara
orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.
 

Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi
terlalu lemah dan kurus.


Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air
mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di
saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan
seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis
nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta
menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 p/s: Bonda sayang, maafkan anakanda. Anakanda  sayangkan bonda, rindukan bonda.
Doakan anaknada tabah di rantauan....…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design