Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, November 07, 2009

Alahai.....Abahku sayang

Hari tu aku nak ke Bandar Jengka. Biasala anak manja mak dan kaki riuh kat rumah mulutku bising-bising.

insanfakir : Kak Tan Jom pi Bandaq Pusat
Kak Tan : Aku mana ada duit
insanfakir : Mak jom pi bandaq pusat
mak : Nak pi buat apa? duit, duit tak dak ni...

Aku diam sambil bergerak ke kereta. tiba-tiba abah keluar dengan baju batik persis pakaian untuk ke bandar.

insanfakir : Abah nak pi mana?
Abah : Pi bandar pusat la.. sambil tersenyum

aku masuk ke kereta diikuti abah. Dalam benakku tertanya-tanya sebab selalu kalau aku ajak abah ke Bandar Pusat dia tak nak sebab dia pun ada kereta sendiri.

sepanjang perjalanan banyaklah yang dia cerita padaku. sebenarnya aku dan abah jarang bersembang sampaikan mywife ms insanfakir pun pelik. aku dari kecik nak apa-apa minta kat mak aku atau melalui mak aku sebab kalau aku minta sendiri :

"aku : abah nak beli buku....
abah : buku apa? (tegas)
tu yang tak best tu, tapi bila aku jadi ayah ni baru aku faham abah tanya buku apa bukannya dia marah aku beli buku, mungkin aku silap buat interpretasi keatas soalan orang."

berbalik kepada cerita abah banyaklah yang di cerita kat aku tentang peneroka, tentang abang ipar aku dan macam-macam. dipendekkan cerita selesailah kerja kami di Bandar Pusat. Dalam perjalanan balik singgah minum air kat gerai kawan abah aku. diringkaskan cerita kami dah habis makan. masa nak balik abah berborak dengan seorang kenalannya yang kebetulan makan disitu juga,

Pak cik : sapa ni tak penah nampak pun? Anak?
Abah : Anak, dulu duk Keratong, Pindah Temeloh, La ni duk Gambang, tak tau kalau tak silap lepaih ni orang suruh balik Bandaq pusat pulak. terang abah sedikit berbangga.
Pak cik :La ni senang sikit anak-anak dak lepaih semua dah.
Abah : Tu la dulu orang hairan jugak pasai apa saya tak pakai kereta. Depa tanya Pak Lang Mat macam tak dak masalah kewangan pun masa orang lain sibuk tak de duit. sebanaqnya saya nak bagi anak sekolah dulu. Lepaih dua-dua dah habis cadang nak ambik kereta, dia bagi kereta dia suruh abah bayaq bulan tengok macam buleh bayar kira ok la tu, (sambil tersenyum seperti puas dan sedikit berbangga)

Sudah terjawab persoalan aku selama ni "KENAPA ABAH TAK NAK PAKAI KERETA". Sebenarnya kereta yang aku bagi kat abah suruh sambung bayar tu adalah "FIRST CAR IN MY FAMILY". Dari kecik dalam hati aku sedikit tak puas hati kenapa ayah orang lain beli kereta tapi abah tak beli kereta. rupanya persoalan tu terjawab sekarang. Abah lebih mementingkan pelajaran kami adik beradik berbanding keseronokan sendiri.

Fikiranku terkenang pula ketika rakanku bertandang ke rumahku selepas ambil sijil kursus kahwin di KL. Masa abah bersembang dengan rakanku dipecahkan satu rahsia yang jarang-jarang didapati oleh mana-mana rakanku yang lain.

Abah : Pak cik Abis banyak dengan insanfakir ni, ribu-ribu ringgit tapi dia bukannya tahu. tup-tup gagal pulak kat USM. Tapi pak cik buat tak tau saja. Mak cik hang tu yang sampai dua minggu tak makan nasi.
Rakanku : tu la pak cik, anak memang selalu tak perasan ayah saya pun camtu, sekarang kerja kami pulak tolong orang tua.

Ketika dialog tu aku terdengar, rasa macam nak luruh jantung, rasa berdosa yang amat sangat.
Balik kuarters rakanku asyik perli je...aku seperti biasa senyum namun jauh di sudut hati aku "ALAHAI.....TERIMA KASIH ABAH & MAK, MEMANG SAYA TAKKAN DAPAT BALAS JASA MAK DAN ABAH SAMPAI BILA-BILA".

"Jadilah anak yang baik terhadap kedua ibu bapa walaupun siapa ibu dan bapa kita"

insanfakir
Temerloh

p/s: gembira bila lihat mak dan abah aku ceria ketika muka aku masuk TV dan surat khabar masa belajar dan ketika akhirnya aku mendapat juga segulung ijazah. Sekarang ni kerap aku balik jumpa mak dan abah yang dah 6+ tahun agar mereka gembira dan si kecik yang berputing aku tinggalkan dengan mak dan abah aku supaya mereka tak kesunyian. Harap mereka redha dengan aku. AMIN

11 comments:

KELLY910 said...

saya setuju dengan insan fakir.. budi dan pengorbanan ayah dan ibu memang tak akan dapat dibalas.begitu juga kita terhadap anak2 sememangnye sanggup berkorban tanpa meminta balasan dari mereka..

dmx said...

salam..
ummu..
org jengke..ker
jengke..brape ek?

same..ngan,
dmx...rasanye
biar...kite,
ganti kpayahan dowang tuh
dgn...mbantu adek2 plak !! hu3

Maiyah said...

kita pun dah jadi ibu tntu kita akan paham camna kita akan sanggup berkorban agar anak kita bahagia :)

rosnanie said...

salam ziarah dan salam perkenalan... semoga kita kekal menjadi anak soleh dan solehah..dan semoga anak2 kita juga begitu

hai said...

arwah mak mertua akak dulu seorang balu yang bekerja kampung..kehidupan mereka sangat daif sehinggakan terpaksa menjualkan tanah untuk menyara anak sulong ke tingkatan 4...alhamdullillah dia dapat melihat dan merasai kejayaan anak2nya!!

fisa othman said...

x ternilai pengorbanan ibu bapa...
x terbalas jasa mereka membesar kn kita..

zue said...

ayah dan ibu itulah permulaan kita,
dpt melihat bulan dan matahari,
ah...ayah dan ibu, (nyanyian sudirman)

ummu said...

TQ pada semua yang sudi tinggalkan jejak di sini. Entry ini ditulis oleh suami saya,insanfakir.

Kelly910;
Bila kita dah jadi ibubapa,baru kita faham kan Kelly bagaimna susah senang menggalas tanggungjawab itu.

Daimaiinx;
Entry ini ditulis oleh suami saya.
Saya sendiri bukan orang Jengka. Suami saya anak peneroka Felda di sini. Apabila berumahtangga dengan anak peneroka dan melihat sendiri jatuh bangun warga peneroka,barulah saya tahu menilai erti kehidupan.:).

ummu said...

Maiyah;
Ya, maiyah,bila kita dah melalui sendiri fasa kehidupan sebagai ibubapa,kita merasai sendiri pahit manis dalam membesarkan anak.

Rosnanie;
Amin.Terima kasih Rosnanie atas kunjungan balasnya.Semoga ukhuwah berkekalan.

Kak Hai;
MasyaAllah. tingginya pengorbanan MIL akak kan, yang mementingkan pelajaran demi kesenagan masa depan anak-anak.

Fisa;
Ya, betul tu.

Zue;
Hu hu.Teringat juga kat lagu tu. Kalau program motivasi pelajar pun,selalu juga dikumandangkan lagu tu

echah_syed said...

salam..

felda mayam?? tak pernah dgr sebelum ni.mungkin combi yg buta geo kot :)

ummu said...

Combi;
Kalau tak kerana saya kawin dengan orang Pahang,saya pun tak tahu di mana Felda Mayam ni.
felda ni terletak di Daerah Bera.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design