Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, January 27, 2010

HATI WANITA

Hati Wanita: Perkongsian rasa
bahagian i





 Hati wanita saya berdegup kencang apabila persoalan ini dilontarkan kepada saya,

"Mas,akak rasa diri ini amat malang kerana dilahirkan sebagai wanita. Kenapa mesti akak lahir sebagai wanita? Bukankah beruntungnya kaum lelaki? Mudahnya menjadi lelaki. Soal hati, perasaan, pengorbanan dan cinta yang pernah dipateri ditolak ke tepi apabila mendapat pucuk muda".

Persoalan tentang rasa menyesal dilahirkan sebagai gadis   adalah antara jenis permasalahan krisis identiti yang biasa saya hadapi semasa bekerja dahulu (kes pelajar saya). Individu yang mengalami situasi ini biasanya sedang dilanda kekecewaan yang amat mendalam, mempunyai trauma, dan sudah buntu memikirkan jalan keluar. Individu ini perlu dibantu segera.

Perlu dipulihkan semula dan disedarkan segera dari kekecewaan melampau.  Jika tindakan segera tidak diambil, bimbang perkara-perkara tidak diingini berlaku seperti cubaan bunuh diri, halunisasi, skizofrenia dan enggan ke sekolah.Walau bagaimanapun jika krisis yang dialami menjurus kepada masalah psikiatri, individu ini perlu dirujukkan kepada doktor psikiatri. Rawatan holistik diperlukan dalam situasi ini.

Namun kali ini apabila yang saya hadapi adalah realiti kehidupan seorang sahabat, (walaupun isu ini pernah jua saya hadapi dengan individu dewasa lain,namun apabila yang menjadikan diri ini sebagai pendengar setia adalah daripada sahabat sendiri, memberi sentuhan perasaan yang agak berlainan kepada saya).

Saya terharu dengan kepercayaan sahabat saya. Dalam keadaan saya sekarang, beliau sudi berkongsi dengan saya. Teringat buku "Cerita-cerita Motivasi Untuk kekuatan Diri". Ditulis oleh Cikgu Hamedah Wok Awang(klik sini), seorang pesara guru. Tempat bertugas terakhir beliau sebelum tragedi ialah sebagai Pengetua di SMKT, Temerloh. Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku beliau, boleh didapati di penerbitnya, PTS Publications & Distributors.

Baiklah berbalik kepada perkongsian sahabat saya. Hati saya berdegup kerana frasa , "diri ini amat malang kerana dilahirkan sebagai wanita'... Bagai isu gender membelenggu dirinya.

Kutatap sahabatku,"Kak, Rasululluah SAW  diutuskan oleh Allah SWT bagi mengembalikan martabat kaum wanita. Islam memuliakan wanita. Anak-anak perempuan tidak lagi ditimbus hidup-hidup. Wanita juga boleh memperolehi pahala sebagaimana lelaki memperolehi pahala. Telah Allah ciptakan, wanita dan lelaki mempunyai peranan dan tanggugjawab masing-masing. Wanita beruntung kak, bila wanita muslim mukminah masuk syurga,kecantikannya berkali-kali ganda dari bidadari tau kak". Ujarku cuba membantu mententeramkan jiwanya yang goncang.


Apa yang dikongsikan beliau biarlah setakat itu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini  ialah apabila dilanda masalah, walau hebat bagaimana yang datang melanda, (peringatan untuk yang menulis ini jua) semoga kita cuba tidak menyesali takdir diri. Cuba untuk TIDAK kecewa serta putus asa. Bimbang andai rasa hati seumpama itu membawa kepada putus asa daripada rahmat Allah SWT Yang Maha Esa.

sedikit coretan untuk renungan. Mungkin teman-teman sudah biasa mendengarnya. Saya akan menyalinnya kembali di sini:

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


  Semoga sifat putus asa dapat diatasi dengan terus suburkan bersangka baik kepada Allah. Sesungguhnya kasih sayang Allah amat luas. Allah tak pernah menzalimi hambaNya. sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas kehidupan yang sementara sahaja. di sini hanyalah ranjau yang perlu dihadapi dengan sabar kerana nikmat sebenar apabila kita telah lulus melalui ujian itu.

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12
 

5 comments:

Maiyah said...

kekuatan tu terletak dlm diri.. hnya dekatkan diri dgnNya kita akan dpt mngatasi segala emosi

Insan Biasa said...

Sungguh tersentuh hati...kesal bila adakalanya tidak sedar akan kelebihan kaum hawa tersendiri, malu bila mengingati adakalanya lupa untuk meraih kesyukuran. Allah sudah merencanakan sesuatu yang terbaik, tetapi kita yang tidak mengetahuinya.Syukran Ya Ummu.

Unknown said...

assalamualaikum masyitah.
terima kasih atas perkongsian sedikit pengalaman ini. bagi kakchik, alhamdulillah setakat ini belum terdetik rasa kecewa dalam apa jua keadaan yang menduga kehidupan. selalunya kakchik akan rasa sedih tapi dengan kadar segera kakchik istighfar dan ingat segalanya ditentukan Allah. kalau hidup kakchik tidak diuji, mungkin kakchik akan hidup biasa-biasa saja. dengan ujian yang datang, kakchik belajar menghadapinya, mencari kekuatan dari dalam di samping mendapat sokongan dari luar. Allah itu ada, Dia pasti menolong kita.

Anonymous said...

Allah menguji kita kerana DIA tahu kita mampu menghadapinya.

Jangan berputus Allah dengan rahmat Allah, semoga kawa ummu tabah dengan ujian di dunia ini.

Dalam saat putus asa dan bersedih jika tidak berlandaskan iman, kita akan menyalahkan takdir dan ketentuan Allah.

NzA said...

bangga jd seorg wanita!!!
anak perempuan kpd mama n abah
isteri kpd suami
ibu kpd ank2....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design