Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, January 26, 2010

Pekan Sari Temerloh


Pekan Sari: Antara Memori, harapan dan kenyataan
 
 Sekitar Pekan Sari Temerloh; Macam-macam ada


   Ronda-ronda Cari parking

Pekan Sari yang baru berlalu, sekali lagi meninggalkan puing-puing harapan buat insan sepertiku. Pekan yang luas dengan pelbagai barangan serta jualan ditawarkan, adalah medan sesuai untuk para suri mencari bahan dapur.

Ketika melewati pasar ini, mataku tertancap pada ayam hidup yang dijual. Terdapat ramai penjual yang menjual ayam kampung hidup ini. Suamiku kata, ini senario biasa. Teringat sewaktu menemankan adik ke sebuah pasar di Johor Baharu, lalu bertembung dengan pensyarah adik. Adik sebagai jurubahasa kepada jurual ayam siap proses di pasar itu, kerana gurunya @ pensyarahnya seorang foreigner inginkan ayam kampung dan belum disembelih lagi.Namun penjual itu tidak ada menawarkan permintaan pensyarah adik.

Hatiku melonjak sangat ingin menjelajah setiap sudut pekan sari itu. Itu harapanku semenjak beberapa tahun lalu. Lalu ketika mataku tertancap pada penjual-penjual ayam kampung di Pekan Sari ini..Subhanallah sungguh mudahnya memperolehi ayam kampung masih hidup di sini. Begitulah nikmat Allah yang amat besar maknanya. Maka ketika itu,aku harus sedar, menjadi hamba Allah yang bersyukur adalah lebih baik di sisi Allah. InsyaAllah.

Meletakkan harapan dan keinginan biarlah mengikut kemampuan diri sendiri. Berpijak di bumi nyata, itu adalah lebih baik. Bukan bermakna suami tak sayang apabila suami tak membenarkan saya turun mengikutnya ke Pekan Sari. Tak apelah, rumah ini kan dunia saya. Pasti ada hikmah semua itu kan...

Seorang Peniaga, Sebuah Kesyukuran



Hari masih pagi. Namun telah ramai manusia yang melewati lorong itu menuju ke destinasi yang sama, Pekan Sari. Mereka melewati lorong itu, kemudian memandang sekilas meneruskan perjalanan. Di bawah sebuah bangunan, terdapat lelaki yang juga sibuk membuka perniagaan masing-masing. Lelaki itu kelihatan tenang walaupun tiada seorang pun yang singgah ke kiosnya sedangkan  ramai yang melalui hadapan kedainya.

Lelaki itu mengucup Mushaf Al Quran dan dijunjungnya di dada dengan penuh hormat. Disusunnya mushaf Al Quran dengan tertib dan sopan di atas meja jualannya. Dia menanti dengan sabar. Ada suatu waktu, dia beredar  pergi. Kembali ke kiosk dalam wajahnya masih ada kesan basah air.

Dia menanti lagi. Datang seorang lelaki separuh baya berbual-bual dengannya. Dilayannya dengan baik,meskipun lelaki itu bukan bertujuan untuk membeli. Tiada riak kecewa di wajahnya, malah senyuman diukir.

Subhanallah, sabarnya dia menanti pelanggan, menanti hasil jualannya dibeli orang, menanti rezeki halal untuknya pada hari itu. Dan wajah tuanya itu tak sekelumit menampakkan wajah kecewa. Cekalnya dia. Merantau di bumi serba asing demi meneruskan kelangsungan hidupnya dan generasinya.

10 comments:

Werdah said...

Salam um. masyitah, sesungguhnya setiap kejadian, setiap ciptaan Allah jadikan untuk hamba2Nya yang mahu berfikir. Allah Maha Segala Kemuliaan menitipkan perasaan yg begitu indah kpd sesiapa sahaja yang mahu mensucikan hatinya. Mudah2an kita jadi umatnya yang bersyukur dan bersabar.

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum..

Pekan Sari.. bagaikan ada menjual berbagai corak sari wpn tidak ada sehelai sari di jual mahupun diperagakan di sana... :)

Mengharap keredhoan Illahi adalah lebih baik dari mengharapkan rezeki yang tak diketahui halal haramnya, betul tak Ummu? :)

Anonymous said...

Selalu dengar Pekan Sari Temerloh ni tapi tak pernah sampai.

InsyaAllah nak juga ke sana sekali.

Anonymous said...

akak plg mls gi pekan sari, akak tak minat tmpt crowded.. tp kdg2 trpaksa gi jg :)

silversarina said...

eeemm pekan sari ada ayam kampung, bestnya , susah nak dapat ayam kampung yang memang sedap kalau dimasak . akak kat sini kalau teringin nak makan ayam kampung ada sebuah kedai makan di pinggir sungai yang jual lauk pauk untuk lunch yang ayamnya ayam kampung, memang laris .


jaga diri dan semyum selalu !

Unknown said...

assalamualaiku ummu masyitah.

terasa bagai kakchik pun turut berada di pekan sari tu dan lebih terasa bila masyitah berkongsi pemerhatian masyitah terhadap peniaga lelaki itu.

teringat kenangan membuka gerai dulu, begitulah juga pengalaman yang dilalui.

menjual 'ilmu' bukan mudah menarik pelanggan dan tidak boleh memaksa pelanggan membeli dengan hasil kempen kita yang habis-habisan. ramah-tamah kita insyaAllah akan membuatkan pelanggan kembali ke gerai selepas ini.

lelaki itu sangat mulia akhlaknya seperti seorang anak muda penjual kuih pau di hadapan HUSM yang selalu membaca Qur'an di kala tiada pelanggan.

Unknown said...

Salam. Perniagaan adalah salah satu daripada usaha yang pernah Rasulullah s.a.w. kerjakan, selain daripada bekerja sebagai pengembala. Perniagaan mampu mengajar kita banyak perkara spt kejujuran, kesabaran, penampilan diri dll. Begitu juga babah,sebahagian daripada hidup ini dipenuhi aktiviti perniagaan meskipun terus menerima gaji tetap sebagai pegawai di sebuah institusi kewangan. Babah lebih banyak menimba pengalaman daripada perniagaan berbanding kerja makan gaji. Wallahualam.

Anonymous said...

pekan sari... rindunyaaa...
saya sendiri, kalau ke pekan sari, jarang sekali dapat pusing sejauh berkilo2 meter tu.. panjang sangat..

ummu said...

Maaf kawan-kawan,saya lambat reply responds kawan2.
Waalaikumussalam Kak Werdah.Ya,mudah-mudahan saya menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersabar.Amin

asmaa said...

assalamualaikum

um.masyitah : pekan sari temerloh - bdr jengka...pasti sesiapa yg kenali tempat itu...ia tidak jauh sgt 45km shj...akan tetapi saya tidak pernah ke pekan sari tersebut,wlpn hubby saya kerja disana....lebih kpd urusan penting shj apabila ke sana...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design