APA ITU SLIP DISC TULANG BELAKANG?
Gambar Tulang Belakang yang sihat
Banyak istilah digunakan,
antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama
prolapsed disc, atau herniated disc kerana bagi sesetengah pakar,
isitilah 'slip' itu tidak sesuai. Seperti dalam gambar, kita boleh lihat
mana tulang dan mana disc.
Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik
atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak
terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf
tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit
belakang seperti sengal-sengal sahaja.
Walaubagaimanapun,
lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan
menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan
upaya.
Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan
kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5
(L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah.
Dan
inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf
kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini
berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan ka
ki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan. Saya kira cukup sekadar itu untuk teorinya.
TANDA2 SLIP DISC (TULANG BELAKANG)
Anda
akan merasa sakit seperti mencucuk di belakang atau leher hingga ke
tangan dan kaki.Sakit belakang(slip disc) merupakan satu masalah
kesihatan yang mempengaruhi semua pergerakan seharian anda. Di sini ada
beberapa tanda pengidap masalah sakit belakang.
- Kesakitan apabila berlaku ketegangan otot.
- Tangan dan kaki selalu kebas dan rasa menyucuk.
- Berasa lebih selesa apabila beralih ke posisi yang lain semasa duduk. (kerap beralih posisi)
- Merasa sakit pada satu bahagian atau posisi tubuh sahaja.
- Anda akan merasakan kesakitan yang “extreme” dari kesakitan belakang atau leher.
- Kurang bermaya.
- Kadang-kadang, anda mungkin berasa gatal-gatal(kesemutan) di sekitar alat kelamin.
- Berasa sakit apabila bersin, batuk, berjalan dan lain-lain
Berbagai
masalah lain akibat slip disc dari beberapa orang yg saya temui yang
telah disahkan oleh doktor setelah membuat RMI:- sebelah mata semakin
sepet & berkelip tak sekata- sesak nafas bila buat aktiviti yg
ringan dalam rumah seperti menyapu, muka sentiasa pucat & dia
langsung tak keluar berjalan2 atau bersiar2 kerana cepat sesak nafas
semenjak kena slip disc.
- Collapse & koma bila slip disc yg
teruk berlaku di bahagian atas tulang belakang(dekat leher) biasanya
akibat jatuh & kemalangan.Berbagai kaedah rawatan boleh digunakan
dalam merawat sakit belakang:
- Kaedah Perubatan Allopathy - kebiasaannya dengan ubat2an tahan sakit, fisioterapi, pembedahan dll.
- Kaedah
Kiropraktik - Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang
Jaya "Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘
terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke
kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur
biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina,
pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi
spina tersebut"
- Acupuncture - kaedah dgn meletakkan jarum pada
point2 tertentu bagi membetulkan tenaga yg dikenali sebagai QI(CHI) yg
terdiri dr Yin(negatif) & Yang(positif) yang tidak seimbang setelah
dikenal pasti dgn merasai 12 nadi dikedua2 belah pergelangan tangan oleh
acupuncturist. Kaedah ini tak dapat untuk diterangkan secara sintifik.
- Kaedah
Urutan Refleksologi - kaedah pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan
mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih
dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.mengurut
tapak kaki & tapak tangan.
- Homeopathy
- lain-lain.
Saya petik dari satu blog akan kata2 yg lebih kurang begini:
"Ramai
orang mempunyai masalah, setiap orang merasakan masalah sendiri lebih
besar dari orang lain. Ramai orang juga akan merasakan orang lain tidak
memahami masalah yang dia hadapi"
~
APA2 PUN MASALAH AKAN DAPAT DIATASI DENGAN IZIN ALLAH JUA. YANG PENTING
KITA PERLU POSITIF, SABAR & REDHA SEGALA KETENTUANNYA. BERIKHTIAR
DENGAN SUNGGUH2 TANPA BERPUTUS ASA KEPADA DIA YANG MAHA ESA, MAHA
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~
~SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI TUA DAN MATI~
~MOHON
PETUNJUKNYA DENGAN ISTIKHARAH KEMUDIAN JALANKAN IKHTIAR MELALUI
PETUNJUK YG TELAH DIBERIKANNYA TANPA PUTUS ASA DIIRINGI SOLAT, BACAAN
QURAN, SELAWAT & DOA SERTA ZIKIR. SENTIASA BERSYUKUR & REDHA
ATAS SEGALA KEPUTUSANNYA~
~DARI DIA KITA DATANG & KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI~
~ORANG YANG GIGIH SHJ YG AKAN MENDAPAT HASILNYA. TAK KIRA HASIL ITU WALAUPUN SEKELUMIT JUA SEMESTINYA DISYUKURI & DIHARGAI~
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah.
Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH
untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.
Nota Kaki:
Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html
4 comments:
Salam,kepada sesiapa yang mengalami slip disk, mintak tolong join group ni dalam fb..
Dalam group ni kita boleh share tips2 dan berkongsi apa jua pengalaman yang melibatkan penyakit ini.
At least ada yang memahami apa yg kita lalui.. link seperti berikut >>> https://www.facebook.com/groups/368531273356757/?fref=ts
(ps: jangan takut, sy tak jual ubat)
Untuk pulihkan masalah slip disc anda,
boleh try CELLMAXX.
info lanjut, facebook Terapi Sel Stem Malaysia.
Sy da try cellmax rs ok skit sb bru kna slip disk ni..
Pesakit slip disc mesti mengawal berat badan juga.
Disc adalah antara anggota yang menampung berat badan kita.
Jadi elakkan berat badan bertambah kerana penambahan berat badan boleh menyebabkan kesakitan juga bertambah teruk.
Post a Comment