Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, October 13, 2009

Legaaa..Alhamdulillah

Oktober: Bulan Bahasa Kebangsaan



Alhamdulillah, legaaaa... PMR dah tamat


Alhamdulillah..lega rasanya apabila mengetahui peperiksaan Penilaian Menagah Rendah sudah tamat semalam. Matapelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Arab (bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini) adalah matapelajaran terakhir yang diduduki calon peperiksaan. Saya pasti, para ibubapa dan guru-guru sudah tentunya pun mersakan lega peperiksaan anak-anak mereka sudah tamat. hanya iringan doa restu yang dipanjatkan kepada Ilahi agar anak-anak ini memperoleh kejayaan.Walaupun sekarang ini, jasad saya hanya di rumah dan anak murid saya  cuma seorang dalam kindergarden 1 (anak sendiri yang juga jururawat saya dan kawan bergaduh saya), debaran terhadap PMR itu tetap ada.


Minggu lepas sebelum PMR, (backdated punya cerita) suami ajak saya melihat waktu malam di bandar, ambil angin katanya. maklumlah mungkin dia tengok muka saya ni dah moyok semacam je. lagi-lagi sejak kami tinggal berjauhan ni. (setelah berminggu saya tak melihat waktu malam di luar kepompong saya ni) . Kereta diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai sementara suami membeli belah. Saya seperti biasa,duduk je lah dalam kereta buruk kami ini. Ada seorang remaja lelaki yang mundar mandir di hadapan kereta saya. Nak senyum kat saya tapi macam takut-takut. Isk,saya mula tu tak perasan. Yalah dah malam gini. Takkan saya nak buka tingkap dan tersenyum-senyum jugak kat dia kan? Pulak saya tak bawa mata kedua saya, jadi tak nampak batang hidung jejaka di di luar sana.


Saya cuma rasa kat hati,mungkin remaja ini kenal saya kot. dari bahasa badan remaja itu, saya tahu dia bukannya berniat tak baik. Sehingga suami saya ke kereta saya, remaja itu masih di situ. Kemudian dia berjabat tangan dan berbicara dengan suami saya. Manakala di belakangnya ada seorang remaja perempuan lalu (mereka dalam waktu rehat kelas tuisyen). Melihat suami dan saya.Kemudian remaja perempuan itu melempar senyuman sekilas dan terus berlalu.


Namun remaja lelaki itu berbual panjang dengan suami saya. Kemudian sebelum berpisah,dia melemparkan senyuman kepada saya dan menghampiri kereta kami. Remaja lelaki ini anak muda yang baik. Walaupun pada setiap kali peperiksaan, dia tidak berada pada kedudukan di hadapan dan sederhana sahaja, tetapi kesungguhan, kerajinan dan adab sopannya menyejukkan hati. Saya doakan kejayaannya. Kejayaan anak muda ini dalam pelajarannya, kehidupannya dunia akhirat. 

p/s: Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM dan STAM, teruskan usaha anda dari sekarang. Sedikit perkongsian saya, hamba Allah yang dhaif, klik sini.

5 comments:

LanaBulu said...

Semoga kejayaan bersama-sama mereka yg telah berjaya menhabiskan exam yg baru lepas..

Webmaster@Echam said...

Salam Kak,
I'allah.. semoga budak tu akan beroleh kejayaan nnt.

mrs. fakir said...

LanaBulu
amin.TQ atas doanya

Echam;
waalaikumussalam.amin.budak itu anak muda yang baik..

silversarina said...

salam,

Memang rasa lega bila PMR dah selesai, anak akak Izzat last paper tengahari tadi paper bahasa arab, doakan agar dia cemerlang. Amin.

mrs. fakir said...

Kak silverarina;
waalaikumussalam,semoga Izzat lulus dengan cemerlang,9A.Amin.ada juga baca entry akak tentang Izzat,posing sebelum exam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design