Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, November 17, 2009

ABM @ BBM

Alat Bantu Mengajar @ Bahan Bantu Mengajar Prasekolah


Susah juga ya rupanya nak jadi cikgu kepada anak prasekolah. Walaupun dahulu mengambil bidang pendidikan, tetapi apabila telah lama tidak bergelumang dalam arena pendidikan, saya seakan 'blur' apabila berhadapan sendiri dengan percubaan untuk penerapan pendidikan awal kanak-kanak. Terasa  punya kekurangan dan ketinggalan. Alhamdulillah, media yang luas disediakan oleh suami saya (internet samada secara wireless di rumah mahupun broadband) memudahkan saya mendapatkan info berguna tentang parenting skills.

Bagi mengisi masa anak saya, saya perlu lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan saya. Sebagaimana entry saya sebelum ini,klik sini, anak-anak adalah motivasi saya. Lalu terhasillah Bahan Bantu Mengajar seperti ini.

Ini adalah untuk mata pelajaran Lukisan. Melalui lukisan, anak-anak akan lebih seronok belajar dan belajar menghargai sesuatu perkara. Melaui ABM seperti yang kami hasilkan kali ini, antara Nilai Murni yang dapat saya terapkan kepada anak ialah menghargai anugerah alam ciptaan Allah.

Oklah jom layan hasil lukisan anak saya.


Riben tu saya yang tambah. Buah-buahan ni dia kata nak bawa balik Jengka nak beri pada Tok,adik,bang chik...semua dah dikira. Maknanya anak boleh belajar matematik sekali kan.


Ini pula ABM yang saya hasilkan minggu lepas. Ia hanya separuh jalan sebab dah penat. Anak saya meminta saya habiskan segera pada pagi itu juga. Saya jelaskan kepadanya,"Kita kena buat ikut kemampuan kita. Kemampuan abang laju, maka bang teruskanlah. Tak payah ikut kemampuan umi". Alhamdulillah dia mendengar kata-kata saya itu. Sambung pula pagi esoknya,Alhamdulillah dah siap tapi tak upload kat sini.

Berdasarkan apa yang saya rasai, bukan mudah sebenarnya, untuk menurunkan level pemikiran saya , pemikiran wanita dewasa kepada tahap kanak-kanak. Maklumlah selama ini saya bersama  pelajar di usia remaja. Kini murid saya inilah seorang yang juga merangkap penjaga saya. Dialah murid saya,dialah pembantu dan penjaga saya, yang Allah hantarkan untuk saya, sewaktu suami bekerja mencari rezeki halal.

Hikmah dari ini, saya dapat belajar untuk merendahkan hati, menyelami dunia anak kecil secara empathi dan bukan simpati,fantasi dan harapan anak kecil serta minat si kecil. Bukanlah bermakna saya selama ini tidak memahami anak saya, namun dek kesibukan melayani kesakitan yang dialami, saya seakan terlupa bahwa saya punya waris yang perlu saya corakkan semampu saya agar dia tidak tertekan dengan situasi yang dialami kini. InsyaAllah jika ada masa, ada rezki, ada keizinan Allah, saya akan kongsikan pada entry akan datang.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Teruskan berkongsi pengalaman, Ummu.. :)

ummu said...

InsyaAllah KakCik.

mOEha Aziz said...

salam um.masyitah,

alhamdulillah... jika lebih ramai ibu bapa yg sedar keperluan abm@bbm ni... anak2 islam akan lebih baik pencapaian dr anak2 bangsa lain... insya'allah

naz ilyn said...

salam... InsyaAllah akan kami nantikan...

rosnanie said...

salam, memang seronok jika dapat luangkan masa dengan anak, bertuah kerana masyitah sentiasa dapt bersama2 dgn anak. Bg ibu2 bekerja macam saya ni, masa yang terhad kdg2 tak tahu nak digunakan camana, tu yang selalu terabai pendidikan oleh ibu sendiri tu...

(dlm hati selalu berazam, tp bila sampai masa, komitmen lain lagi menuntut masa, aduh... bila malam dah letih... terus anak2 tak jd ajar)

Maiyah said...

kalo bab melukis mmg bebudak suka tapi tak suma boleh jd lukisan yg cantik, lukisan tu cantik setaraf ngan umurnya :)

pB said...

Salam



anak yang pertama , dia lebih creative

ummu said...

Terima Kasih buat semua kawan-kawan;

Moeha Aziz;
InsyaAllah,sebenarnya telah ramai yang sedar tapi mereka tak publish kat alam maya.

Naz Ilyn
Insyaallah saya akan cuba tentang pengalaman saya dengan anak saya.susah juga nak ajak anak belajar dengan saya.kena psikologi banyak...

Kak Ros
waalaikumussalam.Saya dulu pun masa kerja,selalu bercta-cita macam-macam masa di tempat kerja. balik rumah,dah tak daya nak ajar anak..Tahniah Kak atas kejayaan Amirul ya.

Maiyah;
Betul tu Maiyah,anak saya ni bab melukis dan menyonteng sukalah sangat. Cuma kita kena guide dia supaya minat dia dapat disalurkan dengan baik.

pB;
waalaikumussalam, oh ya ke? agaknya anak sulong ni sukakan satu perkara yang kreatif kot.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design