Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, November 19, 2009

Muhasabah Cinta

 Muhasabah Cinta Suami Isteri


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikan kata pendita.

Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah.
Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.

Untuk anda saudara ku, mari seketika ku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…(jom kita hayati warkah cinta seorang suami kepada isterinya)



Ke ribaan isteriku sayang,


Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.
 
Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.


Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. 

Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang… 
bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
    “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”


Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.


Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!kehebatan seseorang itu sering diukur oleh 'kebesaran' ujian yang dihadapinya. semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka begitulah dengan cinta kita, semakin diuji, maka semakin kukuh. InsyaAllah,amin

Saya nukilkan di sini tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi klik sini  Terkenang detik PJJ...tanpa satu alat perhubungan telekomunikasi demi khidmat bakti kepada anak bangsa. Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi saat  kerinduan pada suami dan keluarga bertamu.Berdoa agar Allah menukarkan kerinduan kepada suami dan ibubapa kepada rindu pada Allah...




19 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

Membaca entri kali ini benar-benar mendetarkan jiwa, menilai iman ini adakah cukup untuk menghadapi hari itu. Ya Allah hambamu ini hamba yang lemah, selalu alfa,selalu lupa akan mu, namun sungguhpun demikian hambamu ini akan tetap mencari dan berusaha untuk redomu ...

Insan ini
-Abbi Iman, Abbi Amien

KELLY910 said...

salam.. ummu masyitah..
suka dengan bait2 kata dalam surat diatas.. biasalah kita manusia.. selagi belum rasa kehilangan.. selagi itu tak tahu nak menghargai orang tersayang..

dmx said...

salam..
ummu..

amen...
semoga Allah bless...
kite sumer...trutama PJJ

azril said...

Suatu nukilan yang menyentuh jiwa dan sanubari.

noor said...

Salam...umu masyitah..
Terkesima sekejap....menyentuh kedalam sanubari..

Unknown said...

Fuuhh..ummu Masyitah..
sesekali n3 menambahkan rasa kerinduan yg telah ada ..
raa2 nak balik je peluk isteri sambil membisikkan..kata2 sayang..kasih..rindu..keikhlasan kerana Allah..

mOEha Aziz said...

salam,

tak tercapai maksud yg mendalam... mgkin krn msh blum melangkah ke alam ini.. namun trima ksh... bley jd pedoman... :)

Eida said...

salam ummu masyitah.....
sayu dan insaf dgn kata-kata dlm surat di atas.....pernah juga hidup pjj dgn husband mmg bermcm dugaan yg datang.....

ummu masyitah..org pahang ke..? sy juga bersal dr pahang...tp..di maran..sekrg kedua-dua org tua sy masih ada di maran...

rosnanie said...

Insya Allah, itu doa kita semua, walau dinukilkan oleh seorang lelaki. Tiada isteri yang tidak mahu menjadi isteri yang terbaik. Insya Allah, kita semua adalah isteri yang terbaik. Tks masyitah (kena pggl masyitah sebab tak tahu nama sebenar)4 sharing

pecinta_Islam said...

tersentuh
:(

Maiyah said...

mmg amat menyentuh.. beruntunglah isteri punya suami yg begitu.. :)

zue said...

terkesima dan syahdu bila membaca n3 ni.

(sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri)

Relevan said...

Salam ziarah ummu masyitah..

musahabah cinta juga muhasabah diri..

Anonymous said...

Salam kak..

Wah..sedihnya surat ni. Tiba2 saya terkenangkan kisah kawan abg saya. Seorang lelaki yg sgt disenangi oleh semua org, dan kematian yg sgt mudah, hanya senafas, ketika di kereta.. Dan saat ditenangkan oleh sahabat2 wanita, ayat isterinya yg sgt dikagumi.."Takpelah, Allah nak balik hak DIA, saya redha..Saya pun dah lama pinjam barangNYA"..Allah kak, syahdu, hampir menitik air mata abg saya ketika cerita sebab sahabatnya itu mmg sgt dia senangi sehingga kematian sahabatnya itu adalah satu berita yg sgt memeranjatkan..


Kadang2kan kak, saya terfikir, apakah kita hidup ini tujuan kita untuk menjadikan semua org gembira dgn kehadiran kita atau kita meyakini semua org di sekeliling kita adalah kesenangan kita...(",)..Perpisahan tetap akan berlaku, dan saya nak jadi setabah isteri kawan abg saya tuh..(Aiwah...Perasan tak sudah adek akak ni kan kak, nak jadi setabah camtu, nangis tak sudah ada hati nak jadi tabah..kui3..:P..)


Sayang akak kerana Allah..Ahaks..:P..(Tetiba je..., nak cover malu ler tu..lalalalalala.....:P..)..

(",)

Guru said...

assalammualaikum ummu masyitah

bahagialah pasangan ini....

ummu said...

TQ kawan-kawan;
Abbi Iman,Abbi Iman Aidon..
Semoga kembara kita ii mendapat kasih sayangNya dunia akhirat.

Kelly,waalaikumussalam.Begitulah kan adat manusia.

Damainnx;waalaikumussalam.

ummu said...

Azril
sebab tu akak copy paste balik coretan Ustaz Pahrol ni.Sebab suami akak selalu pesan agar akak belajar berdikari,gantungkan harapan pada Allah.Cuma suami akak straigt to the point,tak pandai bermadah. Kata suami akak, "Bagaimana jika abang pergi dulu? Apakah sayangd ah sedia hadapi hidup?Dengan berkerusi roda, anak-anak yang masih kecil?Siapa yang akan jaga sayang dan anak-anak nanti?Jadi,belajarlah dari sekrang untuk gantungkan cinta dan harapan hanya kepada Alllah..kerana suatu masa nanti suami kamu akan mati jua."

Noor;
waalaikumussalam,saya pun terharu dengan surat ini.

AL LanaBulu;
Begitulah kasih sayang kerana Allah pasti kan bahagia..

Moeha;
akak doakan moga suatu masa Moeha memperolehi "teman sejati" dalam hidup ini.amin.

ummu said...

Ida;waalaikumussalam.Saya pun emrasa tersentuh dengan kata-kata dalam surat ini. Bagaimana agaknya persediaan saya andai 'dia' pergi dahulu sebelum saya?Kalau selama ini, saya menjadi tempat luahan perasaan anak-anak murid saya yang kehilangan ibu dan bapa samada bercerai hidup atau meninggal dunia...Ida.Maran?Lah dekat je dengan kampung mertua saya di Jengka. Suami yang orang Pahang,saya orang Johor,Ida.

Kak Ros; InsyaAllah,semoga kita menjadi isteri yang menyenangkan suami kita.Takpe,Masyitah itu panggilan nama saya dalam keluarga.keluarga saya jauh,kalau orang panggil Masyitah,terasa dekat keluarga saya...:)

Syahbandar;selamat datang ke teratak akak ya.

Maiyah;:).Semoga beruntung dunia akhirat...

Zue;betul tu Zue..

ummu said...

relevan,terima kasih atas kunjungannya ya.

Ukti fiddin,Athirah.Ya Allah,kuatnya iman balu, kawan abang Athirah.Akak belum tentu mampu menghadapi ujian yang berat itu.Amin,akak doakan yang terbaik untukmu.Biar perit diduga dan penuh mehnah serta tribulasi,semoga kita semakin dekat dengan cinta teragung...amin.

a kl citizen
waalaikumussalam cikgu Normah.semoga bahagia jua kehidupan yang kita lalui kini dan seterusnya.amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design