Bismillahirrahmanirrahhim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam Eidhul Adha buat semua pengunjung Muslim teratak Raudhatul Ukhuwwah ini. Khususnya kepada kawan-kawan kami samada di dunia nyata mahupun di alam maya ini. Teristimewa buat teman-teman followers dan link blog, Sudi-sudikanlah mengambil kad raya Eidhul Adha kami ini.
Aidil Adha akan disambut pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita berpeluang melangkah ke bulan Zulhijjah yang mulia ini. Pastinya ada di kalangan saudara dan teman kita yang berangkat sudah ke tanah suci. Menghantar mereka sehingga ke ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menimbulkan seribu satu rasa di hati kita. Saat itu,kita dapat menyaksikan,bakal-bakal haji dalam seragam putih, sekaligus membangkitkan rasa keinsafan dalam benak kita. Bahawa hakikatnya kita semua sama di sisi Allah SWT.
Subhanallah, itulah indahnya Islam. Perintah Allah agar jamaah haji berpakaian serba putih, tanpa mengira pangkat,darjat,warna kulit dan keturunan-semuanya dalam satu matlamat yang sama; menunaikan Rukun Islam yang kelima.Sesungguhnya amat bertuah bagi sesiapa yang telah sampai serunya itu.Taqwalah sebaik-baik bekalan..samada ketika mempersiapkan belanja mengerjakan haji, memasang niat dan memperkukuhkannya dan bekalan taqwa ketika mengerjakan haji. Ibadah haji, bagaikan kesinambungan puasa Ramadhan. Latihan mengendalikan nafsu dan didikan rohani sepanjang Ramadhan akan berkesinambungan ke perjalanan haji.
Bagi kita yang berada jauh dari Bumi Makkah dan Madinah, hakikat "hari Raya Kurban" ini perlulah jua kita hayati. Ibadah Qurban yang dilakukan, bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah, semoga dinilai Allah sebagai suatu amal ibadah yang diredhaiNya.
Akhir kalam,kami di Raudhatul Ukhuwwah memohon maaf di atas salah silap. Salam Aidil Adha.Sekian, wassalam.
28 comments:
slmt hari raya pd ummu.. duit raya takde ke :D
salam um.masyitah,
salam aidil adha buat akak sekeluarga juga... :)
Salam Um. Masyitah.
Selamat menyambut hari raya korban.. dan merayakannya.. Semoga kita dpt menghayati erti pengorbanan yg sebenar.. maaf zahir batin.
salam ummu.
selamat hari raya adha...thn ni kurbankan ternakan tak..
esok dah nk balik kampong .
salam masyitah, selamat hari raya. Kirim salam peluk cium buat masyitah ye...
raya aidil adha ni rasa tak seronok kalau tak buat korban..x de feel!!huhuhu....
Saya dan isteri serta adik adik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada Puan sekeluarga dan pada muslimin dan muslimat seluruh alam semesta ini.
selamat hari raya ummu masyitah...;)
Maiyah;hi hi kita tunggu maiyah datang umah kita dulu erk. :)
Moeha,waalaikumussalam,TQ kembali ya Moeha.
kak Werdah;waalaikumussalam.amin.
Ummi Humaira;waalaikumussalam,
tahun ni tak dapat nak buat qurban kak.Saya balik kampung suami di sini je.
Waalaikumussalam kak Ros,TQ erk.
Kak hai,betul tu. Mailah balik Pahang. Saya rasa best sangat raya haji kat sini kak.
Azril;TQ.Semoga aidil Adha ini menyatukan umat Islam sejagat.
Fisa;
selamat hari raya juga untuk Fisa sekeluarga.:)
salam...
Salam Eidhul Adha buat tuan punya blog..
moga dirhmati Allah swt selalu..
salam..
ummu...
Maaf ku pohon..kemaafan n keampunan,
jika ade tika trsalah bahasa, tersalah tafsir n tsalah ungkap
salam eiduladha...
buat Ummu n fimili...
Salam Aidil Adha buat Ummu sekeluarga..
Salam ummu..salam korban..
Assalamu'alaikum Ummi...
Doa saya, moga Ummi dan keluarga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam pelihara serta limpah rahmat Allah SWT...Amin
Saya di bumi UK ini ingin ucapkan,Selamat Hari Raya Aidiladha buat Ummi dan juga keluarga di Malaysia...
Semoga Allah itu redha dengan kita semua..
Salam dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-
salam lambaian kaabah...
kita juga kan ke sana ...insyaAllah..
salam um.masyitah....syukran berkunjung ke blog saya. semoga ukhuwah kita berpanjangan.
kata2 "bila kita memandang segalanya dari Allah...." tu akak ambil dr mana? bukan apa seingat saya kata2 tu pernah dihadiahkan oleh adik roomate saya ketika saya ada masalah di DQ 2/3 tahun lalu.
bukan apa....just terkenang kenangan dan sahabat lama.entah di mana adik roomate saya tu sekarang.
tiba2 jd sgt rindu padanya....
salam..
slmt hr raya juga heh heh
salam masyitah..
selamat hari raye aidiladha..
akak juga suke baca PDKM tu..tak bolih dibayangkan dengan kate2 Suhanallah...bila la akan sampai kesana.
Tiba tiba terkenangkan pengorbanan Ummi kepada kami sekeluarga
Salam ziarah um masyitah.
Terima kasih sudi singgah blog akak.
Selamat menyambut hari raya Aidiladha,
Salam Idul Adha
Salam Idul Adha
Anak Laut;waalaikumussalam.salam aidil adha jua untuk anak laut.Terima kasih sudi berkunjung ke teratak kami.
Damaiinx;
waalaikumussalam,saya pun mohon maaf atas kesilapan dilakuakan.salam aidil adha jua.
Kakchikseroja;
salam aidil adha untuk kakchik jua
Releven;
salam hari raya korban jua
waalaikumussalam Uztazah Normi.Saya ambil kata-kata tu dari pesanan seorang kakak angkat saya. Kakak angkat saya selalu pesan macam tu selepas di ajak saya bangun qiyamullail dan tahajud. Saya ni malas sikit sebab saya takut nak bangun takut kena ganggu macam dia tapi dia pesan macam tulah kat sana...
sekarang pula,kata-kata tu pula bagai motivasi dari suami saya bila dia tengok saya down sangat nak teruskan hidup ini.
semoga Normi bertemu kembali x-roomate Normi,InsyaAllah.
Waalaikumussalam Faiza,amin. semoga Allah memeliharamu jua di sana.amin.Salam aidil adha
Waalaikumussalam Cikgu Adham. Hati-hati jangan main air banjir tau. Hi hi.salam Aidil adha kembali.
waalaikumussalam Kak Erna. Saya pun suka ke blog tu,rasa tenang dan bermotivasi je hidup ni.Moga-moga suatu hari nanti dapatlah kita ke sana kan kak. Amin
Abang Long,semoga Allah beri kekuatan dan Rahmat untuk abang Long sekeluarga.Ketabahan abang long inspirasi saya jua.
Kunang-kunang;waalaikumussalam Kak Ani.Salam ukhuwah.TErima kasih sudi bertandang ke sini ya kak.
Ros Illiyun,salam aidil adha,salam ukhuwah jua untuk ustazah.Semoga kesihatan ustazah bertambah baik.
Post a Comment