Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, November 11, 2009

Sesawang Akademik

Perkongsian Sesawang Akademik
=Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Pastikan keselamatan diutamakan, samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya. Juga berhati-hati dengan air...jika di tempat kamu dilanda banjir.

Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal SPN JPN Pahang.  Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4 tahun 2009,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4   dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan 

Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, http://sainsmatematik.akademikpahang.edu.my/v2/. Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

Selamat melayari portal berkenaan. Selamat menduduki peperiksaan SPM.Wassalam

11 comments:

hai said...

terimakasih kerana berkongsi info...boleh bagitau kat anak akak...dia nak ambik spm tahun ni...doakan ya!!

ummu said...

Kak Hai
Semoga anak akak dapat jawab exam SPM dengan tenang dan cemerlang,Amin.
Risau kan kak,mereka yang nak exam,kita pun gundah juga.

mOEha Aziz said...

salam,

memang bagus... zaman kita blajo dulu takde pun... :p

dmx said...

temekasih...
diatas..in4tu
nnanti..panjangkan
kpd..kekawan n student SPM
yg lain....thanks

Maiyah said...

bleh bg kat ank sedara :)

silversarina said...

salam, boleh suruh Izzat masuk website ni nanti bila dia masuk form 4 tahun depan InsyaAllah.

rosnanie said...

tks kongsi info, anak kecil lg, tp ada anak2 sedara, boleh gk tlg

pst..ngape panggil saya Puan lak yek... konfius ni

Mohd Sabar & Rafieah said...

bestnyer info ni...rasa mcm nak sekolah semula... bestnyerrr sekolah...

ummu said...

Moeha
Waalaikumussalam. tulah kan. dulu-dulu cikgu kitalah 100%. Besar sungguh jasa mereka kan. Bukan setakat mendidik dan mencurah ilmu tapi ada yang menghulur bantuan kewangan.Mga allah berkati jasa guru kita.

Website ini pun dibangunkan oleh para guru yang ahli dalam bidang masing-masing.Bertungkus lumus mereka membangunkannya.

ummu said...

Damaiinx;
Terima kasih kembali. Molek bebenor war-warkan kepada yang lain. Ia dibangunkan oleh barisan guru berwibawa (not me) dari Negeri Pahang.

Maiyah;
silakan Maiyah.Untuk tukar-tukar bentuk soalan.

Kak rina;
waalaikumussalam, kak.molek benor tu kak. Boleh Izzat tengok-tengok...

ummu said...

Kak Rosnanie;
eh molek benor tu kak.Perkongsian begini dapat mempelbagaikan sumber rujukan kan kak.
p/s;Puan tu nampak cam formal erk?

Fieah;
Tulah kan. Best kalaulah kita boleh jadi student balik. Erm dulu masa akak ngajar kat SSAJ, selalu juga ke SMAKJ.Banyak program yang dianjurkan GBKnya. Rien pun ngikut gak, Fieah. Memang best SMA tu kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design