Salam kemaafan saya hulurkan buat teman-teman followers dan rakan-rakan sekerja yang membaca catatan di teratak ini. Juga kawan-kawan Ratu Hati yang sentiasa dekat di hati. Terima kasih atas pertanyaan khabar kalian melalui hand phone.
Sudah lama rupanya saya tidak meng update blog ini. Adus kasihan rumah maya saya yang ini. Penuh bersawang....
Sebenarnya saya masih ada di sini. Cuma sesekali dapat melihat blog ini. Saya tidaklah sesibuk mana. Cuma dalam tempoh penyesuaian diri dengan situasi baru. Letih bekerja balik ke rumah tidak berkesempatan membuka komputer.
Selain saya sedang menumpukan pada sebuah blogspot berkaitan pendidikan, (entah ada yang datang entah tidak ke blog itu) maka saya terpaksa rehatkan diri seketika dari menulis di sini. saya akui saya tidak boleh membuat banyak penulisan blog dalam satu masa.
Di tempat kerja, sudah tentunya tidak berkesempatan membuka blog ini atas komitmen tugas.
Kadang kala saya sendiri sibuk berulang alik ke Poliklinik kesihatan dan hospital terdekat. Balik dari mendapatkan rawatan, tubuh ini tidak berdaya berlamaan di depan PC. Pening mata menghadap PC lama-lama...
Apapun terima kasih buat teman-teman follower. Di sinilah saya bertemu dengan kawan-kawan maya saya. Sepanjang menjadi temporarily house wife, di rumah raudhatul ukhuwah inilah saya merangkak bangkit....Mempunyai kawan-kawan maya yang sering memberi sokongan positif dan perkongsian pengalaman yang menarik.
Semua itu sumber inspirasi saya..InsyaAllah, bak kata Kak werdah, Bangkit kembali. Bak kata Maiyah, perjalanku masih panjang. Ye perjalanan kita masih panjang.
TENTANG HOSTING
Selain itu, saya merasa sedih...
rumah maya saya myraudhatulukhuwah yang berasaskan wordpress self hosting tak dapat lagi saya masuk. Namun syukurlah saya sempat back up.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang sudi bertandang ke sana. Walaupun kewujudannya seketika, namun tidak saya duga dengan adanya dirinya, maka website utama yang berasaskan joomla terganggu. Website yang bagaikan pusat sehenti orang ramai untuk bertanyakan produk halal muslim yang ada di website itu untuntuk mereka dapatkan di tempat mereka..Sedangkan Owner website itu cuma pengedar produk sahaja. Begitulah kepentingan dunia IT kepada pemilik produk IKS
Sedangkan website utama itu wujud sejak 2006/2007 namun sejak akhir 2009 sahaja ia mulai dikenali sedikit di search engine...Terima kasih atas sokongan kawan2.
Terima kasih juga kepada penyedia hosting yang sangat 'mesra alam' itu. Terima kasih juga atas kesudiannya terus menghilangkan terus website yang teramat simple itu.
Sesungguhnya budi bahasa budaya kita, tidak sahaja sewaktu di alam persekolahan.
Semoga hosting itu bersedia menyontohi sikap hosting serverfreak yang bagi saya sangat membantu saya yang masih newbie dalam ber hosting ini. Kredit kepada bloggers Denai Hati, klik sini yang telah membuatkan saya tertarik untuk berurusan dengan Serverfreak.
LAYAN GAMBAR
Jom layan gambar-gambar pemnadangan sepanjang perjalanan kami Dari Bandar Temerloh ke Bandar Jengka Pusat . Kadang kala melalui hiway LPT Temrloh-Chenor, kadang kala melalui Pekan Kerdau - Kuala Krau- Rumpun Makmur.
anak-anak sewal selepas subuh dah dimasukkan ke dalam kereta. Kedinginan subuh yang hening. Ketika mentari memnculkan dirinya. Puncak gunung. Kehijauan pepohon. Percikan cahaya ke atas air sungai...Subhanallah, lukisan alam yang amat mahal harganya.Dengan masing2 bawa bantal busuk, tidurlah mereka sepanjang perjalanan nak ke B.P.J.Perjalanan selama sejam itu bagai tidak terasa; andai tiada lori balak dan lori buah sawit yang juga sibuk pada awal subuh...
Waktu matahari hampir terbenam ketika kami pulang, di hiway LPt R&R temerloh
0 comments:
Post a Comment