Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, April 19, 2011

Bicara Hospital Lagi...

Bicara Hospital Lagi...

Alhamdulillah malam ini ibu ingin mencatatakan kenangan hari ini ibu. Maaf seandaninay sekali lagi hanya bicara hospital yang ibu nukilkan di open diary ibu.

Hari ini, ibu perlu hadir satu temujanji dengan salah satu klinik pakar di sebuah hospital besar di negeri tempat ibu bertugas ini.

Pagi-pagi lagi ibu sudah menyiapkan persiapan yang patut bagi menghadiri temujanji ini. Memandangkan temujanji dengan pakar pada waktu pagi, ibu mengambil keputusan untuk tidak pergi bekerja. Selalunya, jika temujanji waktu petang, paginya ibu akan pergi bekerja seperti biasa.

SUASANA DI KAUNTER PENDAFTARAN

Suasana ketika itu, agak sesak dengan pesakit dan pengiring pesakit. Kerusi di ruang menunggu sementara urusan pendaftaran selesai, juga sudah penuh.

Ibu terus pergi ke mesin pengeluar kertas. Oh sudah ada pegawai yang membantu pesakit mendapatkan nombor rupanya. Punyalah lama ibu tidak ke hospital ini, di bahagian klinik pakar luar. Setahun lalu, adalah kali terakhir ibu ke sini....

"kakak datang seorang ke?" tanya penjaga mesin angka giliran itu.

"Ye, seorang," jawab ibu.

Pegawai yang ada di kaunter yang mengawal mesin kertas angka giliran itu, ada 2 orang. Walaupun ibu sampai dahulu ke kaunter berkenaan, namun disebabkan ibu berseorangan dan perlu mengurus diri sendiri serta mengeluarkan kad serta surat temujanji yang baru, ibu hanya mendapat angka giliran setelah 3 orang mendapat nombor masing-masing.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai berkenaan, seorang lelaki dan seorang wanita, yang sentiasa melemparkan senyuman kepada pelanggan-pesakit,  ibu mencari-cari ruang untuk ibu menyelit. (saya gunakan pesakit sebagai pelanggan walaupun ia berada di hospital awam).

Maklumlah situasi yang sesak begitu, ibu tidak mahu ibu menambah faktor kesesakan ruang menunggu tersebut. Syukur alhamdulillah kemudiannya ibu mendapat tempat. Jika ibu dduk di tempat itu, ia tidak mengganggu pesakit lain untuk berjalan.

Melihat persekitaran, ada pesakit ibu hamil, yang dirujukkan ke Gyne. Pesakit kanak-kanak adalah beberpa orang. Manakala yang lain-lain terdiri daripada warga emas dengan keluarga masing-masing. Alhamdulillah, anak-anak mereka anak-anak yang prihatin.

Setelah menunggu lebih kurang sejam, nombor ibu dipanggil. Oleh sebab kedudukan ibu agak terceruk, perjalanan untuk sampai ke kaunter yang memanggil nombor ibu agak lambat. Sewaktu ibu sampai ke kaunter berkenaan, nombor selepas ibu telah dipanggil.

Sekali lagi, ibu perlu menunggu....

Seterusnya, ibu diberi nombor giliran yang baru untuk bertemu pakar. Ibu terus ke klinik pakar. Orang telah ramai. Yang patah-patah, yang berkerusi roda, yang bertongkat, semua ada di klinik ini.

Semua pesakit dan keluarga sabar menanti giliran masing-masing. Ada sepasang suami isteri Tionghua, anak kecil mereka dalam sekitar 4 bulan mungkin, ditidurkan di katil bonser bayi. katil kecil bewarna pink itulah yang ibu tatapi bagi menghilangkan rasa bosan menunggu.

Alahai siannya bayi kecil itu. Kecil-kecil sudah kena ke hospital ...

Lebih kurang pukul 1.00 petang, nombor ibu dipanggil. Kali ini peneman ibu telah datang setelah mendapat parking kereta.  Peneman ibu membantu ibu berjumpa doktor di klinik pakar tersebut.

SEHELAI KERTAS KUNING, SANGAT BERMAKNA BUAT IBU, NAMUN PAYAH MEMILIKNYA, BAGAI PENGEMIS MEMINTA WANG...

Setelah doktor memeriksa keadaan kesihatan ibu dan beberapa perkara lain diselesaikan, ibu memohon izin agar ibu diberikan MC selama sehari.  Memandangkan hari ini telah seharian suntuk ibu berada di hospital. duduk...walaupun duduk...tapi dalam keadaan belum makan lagi kerana takut terlepas angka giliran, ibu ketepikan rasa lapar.

Padahal waktu itu, ibu sudah mula rasa pusing-pusing di kepala.

"Klinik pakar tak boleh beri MC sekarang ni. hanya boleh berikan time slip sahaja, puan," kata doktor.

Ibu sedikit kehairanan. Adakah ini prosedur baru? Ibu ingat, kira-kira 3 minggu lalu, ibu ada hadiri satu temujanji dengan pakar di sebuah hospital awam juga di tempat lain. Ketika itu ibu hanya ingin mengambil time slip sahaja, doktor yang merawat ibu menasihatkan ibu agar mengambil MC Sehari sahaja. Kata doktor ini disebabkan ibu nerada di hospital sehingga lewat tengah hari. Jika ibu ambil time slip, bermakna petangnya ibu kena ke tempat kerja kembali.

Lalu ibu akur dengan nasihat doktor. Tambahan pula, ibu bekerja secara office hours.

Lalu, Ibu menjelaskan jika ibu mendapat time slip, bermakna ibu perlu kembali ke tempat kerja. sedangkan masa untuk pulang ke tempat kerja sudah mengambil masa hampir sejam. sekurangnya, ibu keluar dari hospital ini mungkin saja selepas 1.45 p.m.

Akhirnya, ibu keluar dari klinik berkenaan tanpa ada MC.

Entah mengapa ketika mengambil ubat di kaunter farmasi, ibu merasakan ibu perlu mengambil MC juga.

Ketika itu, peneman ibu sudah berlalu pergi. dia sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan ibu.

Ibu kuatkan semangat ibu. Airmata bukan penyelesai maslah, meskipun airmata yang tumpah bisa mententeramkan jiwa, namun Allah menyuruh hambaNya berusaha mengubah nasib.

"Maaf, cik. Boleh akak tumpang tanya, di manakah boleh akak dapatkan MC di hospital ini?" tanya ibu kepada farmasi di kaunter.

"Maaf kak. Saya cuma pharmachist je. Untuk MC, eloklah akak pergi bertanya dengan kaunter sekian," terang farmasis berkenaan.

Lalu ibu kuatkan diri menuju ke kaunter klinik pakar tadi. Ada seorang Pembantu Kesihatan Awam wanita sedang duduk di situ. Namun sebaik akak sampai, rupanya dia hendak bangun dengan menjinjit sebungkus polisterin berisi makanan.

Ibu terlupa, bahawa sekarang waktu rehat. Ketika itu, pesakit masih ada lagi menunggu giliran dipanggil doktor di dalam.

Lalu ibu berundur seketika. Ibu toleh ke kaunter sebelah. masih ada jururawat lagi. Alhamdulillah, getus hati ibu.

Ibu menuju ke kaunter sebelah. walaupun ibu tahu kaunter sebelah ialah kaunter Gyne, ibu tak kisah. Sebab Bukankah kalau malu bertanya, sesat jalan?

"Maaf nurse, boleh saya tumpang tanya?" tanya ibu kepada Jururawat Masyarakat(ibu agak sebab listnya color purple) yang duduk paling kanan di hadapan ibu.

readmore...




"Ya, puan. Silakan," jawab jururawat berkenaan ramah.

"Saya nak tahu, jika kita nak ambil MC, di mana kita perllu rujuk selain dari klinik pakar?" tanya ibu. Ibu bertanya demikian sebab doktor menjelaskan klinik pakar tidak boleh memberikan sijil MC.

"Oh, kena pergi ke klinik pakar, puan," jawab jururawat tadi.

"Tadi puan pergi klinik pakar mana?"tanya jururawat di hadapan ibu lagi.

"Klinik ...,"jawab ibu.

"Ha kalau macam tulah pergilah klinik pakar.... tu bukan kat sini ya. Sini klinik pakar Gyne. lain kali tanyalah di klinik pakar.. tu ya,"dengan agak kasar JM paling kiri menjawab pertanyaan ibu.

"Terima kasih, nurse," tutur ibu,selembut mungkin.

Biarlah JM tu nak cakap dengan kasar ke atau tidak, biarlah dia jawab dengan Tuhan Rabbul Izati nanti.

PENGALAMAN DI HOSPITAL AMPUAN RAHIMAH KLANG

Situasi sebentar tadi, mengingatkan pengalaman ibu di HTARK Bulan Mac lalu.

Ketika ibu sedang mencari ward adik saudara ibu, ibu menebalkan muka ke kaunter pertanyaan Klinik Pakar di sana. Ibu kagum dengan cara jururawat berkenaan menjawab soalan ibu, agakkan ibu Staf Nurse sebab list biru.

"Maaf puan. Di sini hanya Klinik Pakar. Kalau untuk pesakit yang diwarded, di blok sekian, sekian. Biasanya sebelah kantin,"

"Kantin tu dimana Staf Nurse?"tanya ibu lagi. Maklumlah oang kampung masuk bandar.

"Puan kena pergi blok sekian, sekian. Eh, puan boleh ke pergi ke sana sendiri?" tanya SN tu lagi. Dia bangun.

"InshaAllah boleh. Ni anak saya ada. "

"Darjah berapa anak puan ni? dia boleh bantu puan kan?"

"Darjah satu Staf Nurse.Takpe nanti saya suruh suami saya ambil saya di depan ni,"

"Elok benar tu puan. Minta suami puan berehentikan kereta di haadpan ni sebentar untuk ambil puan,"

ALHAMDULILLAH..PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT

Ibu menuju ke klinik pakar yang ibu pergi tadi semula. Biar hati ini berat. Ibu harus kuatkan semangat. Ingat, ummu, tangisan bukan dapat membantu kamu. yang kamu nak dapat kan sekarang ialah sijil MC. bukan simpati dengan airmata kamu. Hentikan airmatamu.

Ketika ibu sampai ke dalam klinik pakar itu, ada seorang Pembantu Kesihatan Awam sedang membantu seorang doktor lelaki mengemas fail-fail. ibu mendengar PKA tersebut memanggil doktor tersebut Mr. dan bukannya doktor seperti doktor lain.

"Assalamualaikum tuan, minta maaf menggangu, boleh saya minta bantuan?" tanya ibu sebaik mereka menoleh ke arah ibu.

Doktor lelaki itu menjawab,"Ya, puan. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"

"Begini, tuan. Tadi saya ada datang temujanji di klinik ini. saya datang dari pagi tadi. jadi, saya memerlukan MC untuk hari ini sahaja. Di manakah saya boleh dapatkan MC tersebut?" ibu cuba bertanya sebaik mungkin dan seskima mungkin.

"Oh tadi puan ada jumpa doktor di sini kan? Boleh untuk puan dapatkan MC. Sila pergi jumpa doktor berkenaan untuk dapatkan MC ya."

Ibu terpaku. Ibu diam....Kemudian...

Alhamdulillah, doktor lelaki itu kemudian membawa saya kembali berjumpa dengan doktor yang saya temui tadi.

Terima kasih ya Allah. Aku hanyA mengemis kasih dan bantuanMu Ya Allah...

Bukan ku tak redha dengan kecacatan diri ini setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Cuma kalau boleh, ku tak mahu berurusan dengan situasi seperti ini lagi...

Jika diberi pilihan, ibu tidak mahu pergi ke hospital. Tidak mahu...banyak kenangan pahit di hospital ini. terlalu banyak.... sehingga suatu hari ibu terpaksa discaj atas risiko sendiri....

Namun selagi khidmat ibu diperlukan untukn nusa dan bangsa dan tanahair tercinta, ibu terpaksa tebalkan hati dan jiwa untuk ke hospital ini lagi kerna ia untuk urusan laporan perubatan ....

PANGGILAN TELEFON DARIPADA IBU BEKAS PELAJAR

Kala ibu melangkah keluar dari hospital, deringan hand phone meminta diangakat. Nombor di hp tidaklah ibu ketahui siapa pemiliknya. tapi ibu tahu ia di kawasan tempat ibu bertugas. Lalu ibu angkat.

Suara di hujung talian memaksa ibu memberhentikan esakan ibu,"Assalamualaikum cikgu. Maaf cikgu, Saya Puan M. Ibu kepada Ayu, pelajar ibu tahun lepas,"

Ibu mula mencari-cari siapakah Ayu. Ibu mula memutarkan layar ingatan mana satukah Ayu. Ini kernaa ada hampir 150 pelajar Tingkatan 5 tahun lepas yang biasa berurusan dengan ibu.

"Mnggu lepas, Ayu ada datang jumpa cikgu. tapi khabarnya cikgu ada tugas penting jadi dia tak dapat jumpa cikgu," kata Puan M lagi.

"Oh Ayu. Ada-ada. Ayu ada email saya. Saya dah pun jelaskan padanya tentang prosedur nak masuk tingkatan 6 tu," jawab ibu. Segera ingatan ibu menerjah ke email Ayu.

"Cikgu tolong Ayu, cikgu. Ayu nak sangat sambung belajar. Ayu nak sangat masuk Tingkatan 6. Ayu tak nak amsuk kolej sebab cikgu tahu kan, ayah Ayu sakit,"itu antara email Ayu.

"Jadi bagaimana ya puan saya nak tahu adakah anak saya layak untuk ke Tingkatan 6 atau tak?"

Lalu ibu berkonsultasi dengan Puan M. Ibu cuba membantu Puan M dan Ayu semampu ibu. Dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, segala kesedihan ibu tentang pengalaman ibu di hospital tadi terbang jauh-jauh. Ibu pulang dengan penuh kesyukuran.

29 comments:

Cik SHiNJU said...

Rasa nak marah pun ada bila baca n3 ni...Smpai bila perkhidmatan hospital awam nak kekal pada tahap ni....
Bukan xde yg bagus..tp kebanyakkannya x bagus..

ibuintan said...

assalamualaikum ummu,

memang berurusan di hospital kerajaan dan terutamanya bertemu doktor pakar memerlukan kesabaran tahap tinggi, masa banyak habis dengan menunggu saja

menunggunya berjam-jam, berjumpa doktornya kekadang tak sampai pun sepuluh minit

dulu akak mesti ambil cuti setiap kali menemani arwah mak ketika ada temujanji dgn doktor pakar, namun bersabarlah ummu demi kesihatan ummu juga

ummu said...

memang ada yang bagus, Shinju.tapi bila berhadapan dengan situasi tak bagus, akak kenalah sabar,kan shinju

Werdah said...

Assalamu'alaikum Ummu

Esok makcik ada appointment dengan Dr Pakar Sakit Kronik (Pain Management) di Hospital HTAR Klang.

InsyaAllah ummu sabar dengan apa jua keadaan. Mudah2an manis hasilnya.

IMANSHAH said...

terkenang sewaktu menjadi warden, selalu berurusan dengan hospital kerajaan, menunggu hingga jam 3 pagi dari lepas maghrib

Admin P@P said...

Assalamualaikum Ummu.
Sungguh tabah ummu menghadapi kerenah tersebut. Pada saya vitu bukan perkara luar biasa. Dah biasa. Berlaku hampir di semua tempat. Tapi tak sepatutnya berlakuk epada pesakit. Di hospital...

Moga Ummu sihat dan dalam peliharaan Allah.

TQ

cemomoi said...

susah juga kekadang dorang keja bawah tekanan kot atau dah lali dengan kesakitan orang lain sudahnya takde lagi rasa simpati...

Insan Marhaen said...

IM cuti esok. bawa ibu_suri berjumpa pakar di pusat kesihatan kubang semang...

ibu_suri mengalami masalah kesihatan yang kompleks..

sal said...

klu berurusan dengn hospital,banyak benda yg membuat kita rasa malas ..kecuali terpaksa..

ainnoraini said...

mmg kene sabar byk2...
saye pun pernah menghadapinye...bile bawak mak gi checkup...dah la warga emas tak larat...menunggu berjam2...bukan mak saye nak pengsan tapi saye yg mcm nak pitam..

tapi ade jugak nurse yg baik hati yg memberi mak saye jumpe dokter awal dari no giliran...

semoga allah beri kemudahan...pada ummu ye...dan beri kesihatan yg baik...

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Ummu,

Entah mengapa tetiba airmata kakak tumpah pagi ini hanya kerana membayangkan ummu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dgn kepayahan kerana menagih mc.

Telah banyak cerita begini terjadi. Benar Ummu biarlah mereka bersoal-jawab dgn Allah rabbul jalil di akhirat kelak...

Zaitun said...

Salam ummu

Sedihnya kak Zai baca cerita ummu ni tapi kak Zai harap ummu banyakan sabar ya.

Kalau sebut pasal hospital kerajaan memang jarang yang menggembirakan tak kiralah doktor ke nurse ke atau pun yang seangkatan denganya,semua sama...loya... tak berubah...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ummu,

Sedih baca perjalanan ummu di hospital.

Begitulahkan, kadang2 kita terfikir, tak adakah lagi 'hati' di hospital ni. Apa yang ummu lalui banyak dilalui oleh pesakit yang sentiasa terpaksa berurusan di hospital kerajaan.

Naqhuhines said...

ummu, saya terharu mengenangkan situasi yang ummu lalui di hospital. semoga ummu terus berada dalam golongan orang-orang yang sabar. Sesunguhnya Allah bersama-sama mereka yang bersabar. Semoga Allah melindungi ummu selalu dan memudahkan urusan ummu. Amin.

Sham said...

aduh sayu betul bila masuk blog ibu...ditambah lagi dengan lagu yang mendayu2...sy doakan ibu sentiasa sihat...sy takleh g hospital...ada rs cam fobia jer...

ummu said...

waalaikumussalam kak ibuintan,
subhanallah, akak memang anak yang soelhah. berkorban untuk arwah ibu.
memang kena sabar banyak kan kak.

ummu said...

waalaikumussalam makcik,
oh makcik ke HTAR KLANG ya? moga2 ALLAH MUDAHKAN URUSAN MAKCIK,AMIN.
alhamdulillah terima kasih atas SMS Makcik itu.

ummu said...

Menjadi warden, merangkap guru, satu tanggungjawab yang besar kan Shah?

ummu said...

waalaikumussalam admin P&P,
alhamdulillah..meskipun selalunya saya bukanlah seorangyang tabah bila di hospital. sabar menunggu, inshaAllah boleh tapi dengan layanan yang kasar....saya sanggup discaj ward.

ummu said...

mungkin juga cemomoiu. tetapi saudara saya yg terlibat dalam bidang kesihatan awam ni memberitahu sepatutnya tidak bolehlah bersikap tiada emphati kepada pesakit...

ummu said...

IM,
menjaga orang sakit, pun memerlukan ketabahan yang tinggi kan, IM.
sebagaimana suami saya menjaga saya....

ummu said...

kak sal, kerna terpkasa, saya pun terpaksa ke hospital awam...

ummu said...

ain....ya Allah siannye mak ain.syukurlah ada staf yang prihatin. sebenarnya ada staf yg prihatin di hospital awam speerti pengalaman saya juga, cuma entah mengapa saya agak fobia dgn hosptal yang satu ni.

ummu said...

waalaikumussalam kakzakie.
tertarik dengan kata2 akak, menagih MC...
semoga Allah mmudahkan urusan hospital kita kan kak.

ummu said...

waalaikumussalam kak zaitun...
alhamdulillah atas doa dan kata2 semangat yg akak berikan.
walaupun tak semua, tapi kerna nila setitik..membuatkan saya rasa fobia dgn hospital dlm entry ini

ummu said...

waalaikumussalam kak hanim...
'hati' itu mungkin ada cuma tak terzahir dek kepenatan agaknya,kak...
tetapi sebagaimana kerjaya lain, seharusnya 'hati' itu perlu ada sebenarnya.

ummu said...

Naqhunies,
semoga Allah bersama dengan hamabaNya yang sabar,kan puan..
terima aksih atas kata2 semanagt puan

ummu said...

sham, saya pun fobia juga tapi saya tiada pilihan memandangkan hospital merupakan 2nd home saya...

Vic said...

salam kak ummu,
maaf vic agak sibuk skrg, tu yg tak jengah ke blog sgt..
sayu hati vic baca cerita akak di atas............


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design