Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, May 01, 2013

Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi Perlu rawatan segera

Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi

 Perlu rawatan segera


Meroyan selepas bersalin Ibu meroyan boleh bunuh bayi

 Perlu rawatan segera


BUKAN sahaja bentuk fizikal wanita berubah setelah bersalin malah satu daripada lima wanita yang baru bergelar ibu boleh menghidap postpartum psychosis atau dalam masyarakat Melayu dipanggil gila meroyan.
Pakar Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Norni Abdullah dalam satu temu bual berkata, meroyan tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit itu boleh membahayakan ibu, anak dan masyarakat sekeliling sekiranya dibiarkan berterusan.

“Namun, ia tidak semestinya berlaku untuk kelahiran pertama sahaja,” katanya.

Tambah Norni, ibu boleh mendapat penyakit meroyan akibat genetik, psikologi dan persekitaran sosial.


“Faktor genetik dan biologi ini banyak mempengaruhi terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada penyakit mental,” ujarnya.

Norni menambah, ibu yang mengandung membuat rawatan susulan sebagai pencegahan awal.

 
“Tahap psikologi ibu juga banyak memainkan peranan. Wanita yang bersifat pendiam, suka memendam perasaan, sensitif dan mempunyai emosi tidak stabil lebih mudah terdedah kepada gila meroyan.

“Banyak perubahan yang berlaku dalam diri setiap wanita terutamanya perubahan fizikal dan komitmen.


“Ada segelintir wanita akan berasa tertekan sekiranya tidak dapat menyesuaikan diri dan menerima perubahan ini,” jelasnya.


Tekanan perasaan 


Tambahnya, apabila dilanda tekanan perasaan, seseorang yang tidak suka bercerita dan memendam perasaannya boleh menyebabkan emosi dan fikirannya berserabut.
“Gangguan emosi untuk penyakit meroyan ini juga dikenali postpartum depression atau postpartum blues.
Terang Norni, gangguan emosi pada peringkat awal ini perlu dibendung supaya tidak melarat hingga menyebabkan berlakunya kemurungan.
“Suami atau ahli keluarga terdekat perlu memainkan peranan dengan menyokong dan memberikan semangat kepada ibu bersalin ini supaya mereka lebih kuat semangat.
“Mereka juga perlu prihatin supaya dapat memastikan wujudnya simptom-simptom kemurungan yang boleh mengakibatkan postpartum psychosis boleh dikesan dengan lebih awal,” tegasnya.

IBU meroyan boleh membunuh diri sendiri sekiranya benar-benar tertekan. - Gambar hiasan

Jelasnya, beliau tidak menafikan rawatan tradisional malah menghormati adat yang ada dalam masyarakat di negara ini.

“Saya tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan tradisional, tetapi mereka juga perlu datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Norni memberitahu, faktor sosial seperti bebanan tanggungjawab yang berubah termasuk beban kewangan juga boleh menyebabkan ibu tertekan. 

“Gejala yang boleh dilihat adalah berbeza mengikut tahap keseriusan penyakit ini. Pada peringkat awal, pesakit kurang bercakap, suka termenung dan mudah marah.
“Apabila makin teruk, ada ibu akan bercakap seorang diri dan wujud gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi.
“Gejala psikosis yang wujud ini boleh menimbulkan ancaman kepada ibu itu sendiri, bayi dan orang sekelilingnya kerana ibu boleh bertindak agresif sehingga boleh mencederakan malah membunuh.
“Halusinasi yang dialami membuatkan ibu beranggapan bahawa anaknya merupakan ancaman kepadanya,” kata Norni.
Pada tahap ini, ibu perlu dijauhkan daripada anaknya untuk menjamin keselamatan kedua-duanya.
Rawatan
Mengulas tentang rawatan yang disediakan, Norni menjelaskan bahawa, pihak hospital akan melakukan rawatan melalui tiga cara iaitu rawatan biologi, psikologi dan sosial.
Dari segi biologi, kita akan memberikan ubat mengikut tahap kemurungan yang ada pada seseorang pesakit manakala dari segi psikologi, kita akan memberikan kaunseling dan psikoterapi kepada mereka.
“Pakar perubatan akan cuba membimbing mereka supaya dapat menerima perubahan yang ada dan menyesuaikan diri mereka dengan perubahan tersebut.
“Untuk rawatan sosial, sekiranya ada masalah yang perlu dirujuk kepada kepada pihak lain seperti masalah kewangan, pihak hospital akan merujuk kes-kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan bebannya,” katanya.
Norni memberitahu, masyarakat perlu membetulkan persepsi bahawa ibu meroyan yang datang mendapatkan rawatan psikiatri bukanlah gila tetapi mereka ialah pesakit yang memerlukan rawatan.
“Rawatan awal mampu mengelakkan sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Datanglah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah khususnya masalah emosi.
“Jika emosi anda tidak stabil dan tidak waras, walau kaya manapun anda, anda tidak akan dihormati," jelasnya mengakhiri perbualan,” jelas Norni.

Sumber; Kosmo







0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design