Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, June 21, 2015

Resipo Mi Bandung Muar Asli

Resipi Mi Bandung Muar

Salam Ramadhan al Kareem buat semua pembaca blog saya khususnya follower yang setua bersmaa. semenjak tahun 2007 dulu. Ketika saya menjadi pesakit bed ridden dan seterusnya OKU Fizikal. Alhamdulillah. SEkarang walaupun masih OKU tetapi anak yang saya kandungkan ketika terbarung je dulu dah besar dah dan sihat walafiat. Alhamdulillah. 

sekadar ingatan peribadi....ku simpan untuk kenangan abadi...

 Resipi Mi Bandung Muar di bawah ni lebih kurang resipi yang biasa arwah atuk saya masak. Cuma malas nak taip. Ada kalanya dulu guna udang kering. Tetapi disebabkan anak saya alah udang saya ganti dgn sotong.

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan: 

1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 



½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 

NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 
Cara memasak: 

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat 

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) 

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5. Hidangkan. 

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG 

Bahan-bahannya 
1 kilogram cili kering, 
1/2 kilo udang kering, 
5/6 ulas bawang putih 
Tumiskan bawang putih, pas tu, 
masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering 
yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang 
pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan 
ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..Selamat mencuba!!!! 
Dari resepi ibu Jaja cari.com.my(dari Pn Puti Mazura)

Sumber :
http://yayah-catatan

2 comments:

insan marhaen said...

salam,

baru jumpa blog ini setelah lama mencari.

kenapa lama tak kemaskini?

ummu said...

waalaikumussalam tuan
terima kasih Tn IM
....
:(
Maaf kerana saya kesibukan dan bila balik terus tak sempat buka blog lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design