Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, September 05, 2012

Info Kanser Servik aka Barah Pangkal Rahim

Info Kanser Servik aka Barah Pangkal Rahim


DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Info Kanser Servik aka Barah Pangkal Rahim

BARAH pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik adalah barah ketiga paling tinggi menyerang wanita di negara ini. Antara faktor risiko penyakit barah pangkal rahim disebabkan kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (HPV), kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart).

Di Malaysia, masih ramai wanita yang kurang mengambil berat mengenai kanser pangkal rahim sedangkan ia perlu pencegahan awal iaitu pada usia meningkat remaja.

Sebab terjadi Kanser Rahim


Ia disebabkan virus HPA yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini daripada menjangkiti wanita tetapi bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh daripada kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35 hingga 55 tahun.

Tanda dan gejala kanser servik

1. Pendarahan ketika melakukan hubungan seks.
2. Pendarahan pada pertengahan bulan.
3. Pendarahan selepas menopaus.
4. Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj.
5. Sakit ketika melakukan hubungan seks.

Siapa wanita berisiko mendapat kanser serviks
1. Mempunyai lebih daripada seorang pasangan.
2. Mula aktif hubungan seks sebelum usia 18 tahun.
3. Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV.
4. Kurang daya tahan imun.
5. Merokok.


Justeru, bagi terus menimbulkan kesedaran terhadap penyakit itu, Persatuan Barah Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan sokongan GlaxoSmithKline, menganjurkan Kempen Cegah Barah Rahim Dengan Bergaya Bersama Rakan Karib.

Ia adalah lanjutan kempen Power Over Cervical Cancer (POCC) yang dilancarkan pada Julai 2009, dengan matlamat mewujudkan kesedaran berkekalan mengenai pangkal rahim dan pada masa sama, menggalakkan wanita berbincang dengan pakar kesihatan serta mendapatkan perlindungan.


Ketua Eksekutif dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram berkata, masih ramai wanita tidak mengetahui mengenai penyakit kanser pangkal rahim.

“Kanser pangkal rahim adalah penyakit ketiga tertinggi menyerang wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Jika dibiarkan, boleh menjejaskan kerjaya dan keluarga.

“Di Asia Pasifik, penyakit ini membunuh wanita setiap empat minit. Malangnya, masih ramai yang tidak mendapat kesedaran dengan membuat pemeriksaan kesihatan awal mencegahnya,” katanya selepas merasmikan kempen itu, baru-baru ini.

Bekas pesakit, Genevieve Sambhi, 37, berkata dia tidak pernah menyangka akan mendapat penyakit kanser servik disebabkan tiada siapa dalam keluarganya menghidapi penyakit itu.

“Saya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak dan berjoging setiap hari. Saya juga tidak pernah berasa sakit sehinggalah disahkan menghidap kanser itu pada April 2009.
“Saat diberitahu mengenainya, saya hanya memikirkan mati. Saya juga seakan mahu putus asa untuk hidup dan tidak dapat bayangkan jika keluarga, anak dan kawan tiada di sisi menyokong,” katanya yang sudah pulih daripada penyakit itu.

Tambah Genevieve, tiada simptom yang dapat mengesan seseorang itu mempunyai kanser pangkal rahim. Disebabkan itu, setiap wanita digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear sebagai langkah pencegahan.

“Kepada wanita yang disahkan menghidap kanser pangkal rahim, dinasihatkan supaya terus kuat melawan penyakit itu dan tidak mudah putus asa. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor secara berterusan,” katanya.




Apa yang akan doktor lakukan sekiranya dikesan mempunyai kanser serviks?

Ujian Pap smear: Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan hantar ke makmal. Ujian ini akan mengesan sebarang keganjilan pada serviks seperti sel prabarah. Ujian ini digalakkan dilakukan setiap tahun bagi mengesan kanser peringkat awal yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

Ujian HPV: Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang spesifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim.

Colposcopy: Doktor akan menggunakan mikroskop khas untuk memeriksa pangkal rahim. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar ke makmal. Kadangkala biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah merebak lebih dalam.

Rawatan
Rawatan bergantung kepada tahap kanser berkenaan dan sejauh mana ia merebak. Sekiranya masih pada peringkat awal, pembedahan buang rahim disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak ke organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Cara mencegah?
Anda boleh mengurangkan risiko dihidapi kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, maka penggunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Kurangkan HPV dengan
1. Berhubungan seks dengan seorang pasangan.
2. Elakkan hubungan seks pada usia muda.
3. Tidak merokok.
4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
5. Suntikan vaksin.

2 comments:

Deena Yahya said...

salam,minta share ye di blog saya untuk makluman semua..terima kasih..
sila la ke blog saya www.madeenayahya.blogdpot.com

ummu said...

wslam Deena
silakan Deena
maaf baru harini saya daapt membalas komen deena


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design