Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, March 08, 2012

Pahang, Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

Laluan KM 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup sementara berikutan mendap

Tiga cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terjelus di Jalan Benta Jerantut berhampiran Kampung Terap, Kuala Lipis.

Mendap: Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

07/03/2012 6:21pm

KUALA LIPIS 7 Mac — Laluan di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut dekat Kampung Trak Jeransang di sini ditutup sementara waktu kepada lalu lintas mulai hari ini kerana mendap dan membahayakan pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jalan itu terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan air melimpahi jalan apabila pembetong aliran air bawah tanah di situ pecah.

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,


Komplikasi kaki akibat diabetes semakin serius di Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Mac — Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai penghidap diabetes tertinggi, komplikasi kaki akibat diabetes juga sedang menuju pada tahap yang serius ketika ini dan ia perlu dibendung dari sekarang.

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, Ditemui di Turki

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

 

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
 
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Kampung Udang Ketak atau udang lipan

Kampung Udang Ketak


UNIK...keadaan busut yang menjadi sarang udang lipan (gambar kecil) di muara sungai Kampung Kurnia, Kuantan.

KUANTAN: Keunikan persekitaran Kampung Kurnia, di sini, berkongsi tempat tinggal dengan udang ketak mengundang pemandangan agak menarik bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke perkampungan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di perkampungan berkenaan mendapati, setiap rumah didirikan berhampiran tebing sungai itu mengundang kehadiran ribuan udang berkenaan yang membuat sarang seperti busut menggunakan tanah serta selut.

Ada antara sarang udang ketak atau turut dikenali dengan nama udang mentadak atau udang lipan itu mempunyai ketinggian hampir satu meter.

Wednesday, March 07, 2012

NUTP rayu laksana skim khas, Kenaikan pangkat secara ‘time base’

NUTP rayu laksana skim khas,

Kenaikan pangkat secara ‘time base’ pertingkat profesion perguruan


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing.

“Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat.
Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.

“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

Sunday, March 04, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah, Akhiri dara pada usia emas

 Jodoh ketentuan Ilahi, Akhiri dara pada usia emas

Semoga perkahwinan Puan Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Encik Ismail Buang, 65,beroleh kenerkatan Ilahi. Saya pun tumpang gembira walaupun tidak mengenali mereka..

KUALA LUMPUR: Hubungan persahabatan antara anak dara berusia 56 tahun, Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Ismail Buang, 65, yang terjalin sejak setahun lalu, diakhiri dengan ikatan perkahwinan pada majlis pernikahan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini, semalam.

Khalijah mengakui bersyukur apabila bertemu jodoh dan mengakhiri zaman daranya walaupun pada usia emas.

Mesra dipanggil adik oleh suami, Khalijah berkata, dia mengenali Ismail yang kematian isteri sejak Mac 2011 dan perkenalan terjadi apabila kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di rumah anak saudara suaminya.

“Biarpun mengakhiri zaman bujang pada usia 56 tahun, saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi dan bakal berkongsi suka duka.

“Cuma yang menyedihkan, ibu bapa saya tak berpeluang menyaksikan hari bersejarah ini. Jika masih ada (hidup), pasti mereka orang paling gembira hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Puting Beliung Landa Amerika

Puting Beliung Landa Amerika

  
Apakah begini keadaan Puting beliung, atau tornado itu berlaku?
Semoga Ummu Syuhada, sekeluarga, selamat.. di sana. 
Beliau ialah follower dan add blog picisan saya ini.
Blog beliau, dengan entry terakhir Kuih bakar Pandan di sini.


KEMUSNAHAN kediaman akibat puting beliung di Henryville, Indiana dilihat dari udara.

 ANGGOTA bomba membantu membersihkan kediaman yang dilanda puting beliung di Milton, Kentucky.

Hubungan darat di Indiana, Kentucky terputus, 29 terbunuh sejak kelmarin

HENRYVILLE: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.

Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung.

Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design