Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, March 08, 2012

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,

Kurangkan gula, Komplikasi kaki disebabkan diabetis,


Komplikasi kaki akibat diabetes semakin serius di Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Mac — Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai penghidap diabetes tertinggi, komplikasi kaki akibat diabetes juga sedang menuju pada tahap yang serius ketika ini dan ia perlu dibendung dari sekarang.


"Malaysia mempunyai ramai pesakit diabetes dan implikasi penyakit itu mengundang kepada penambahan komplikasi kaki yang turut dipengaruhi oleh faktor pengambilan makanan seperti nasi dan gula yang tidak terkawal.

"Ini terbukti apabila stok gula mengalami kekurangan apabila tiba musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ”Woundcheck Protease Status” di HKL di sini, hari ini
.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan 1) HKL Dr. Mohammad Abdul Majid.
Dr. Harikrishna berkata komplikasi kaki merupakan luka pada kaki yang dialami pesakit diabetes yang biasanya agak sukar untuk pulih sehingga adakalanya gagal untuk disembuhkan." BERNAMA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design