Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, March 08, 2012

Pahang, Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

Laluan KM 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup sementara berikutan mendap

Tiga cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terjelus di Jalan Benta Jerantut berhampiran Kampung Terap, Kuala Lipis.

Mendap: Laluan kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut ditutup

07/03/2012 6:21pm

KUALA LIPIS 7 Mac — Laluan di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut dekat Kampung Trak Jeransang di sini ditutup sementara waktu kepada lalu lintas mulai hari ini kerana mendap dan membahayakan pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jalan itu terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan air melimpahi jalan apabila pembetong aliran air bawah tanah di situ pecah.



"Saya difahamkan kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam semalam turut mencederakan tiga warga Indonesia yang menaiki sebuah kereta kancil semasa melalui jalan tersebut.

"Kereta itu menjunam ke dalam lubang menyebabkan dua daripada penumpangnya patah tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala seorang lagi dirawat di Hospital Lipis,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di jalan itu di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina sebuah jambatan sementara dalam masa tiga hari bagi membolehkan kenderaan ringan melalui jalan itu sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM14.5 juta bagi menaik taraf jalan Benta-Jerantut dan ia dijangka siap dalam masa 18 bulan.— BERNAMA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design