Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, May 25, 2009

Air Susu Ibu: Rahmat Allah Tiada Nilai

Air Susu Ibu: Rahmat Allah Tiada Nilai


Ya...kudapat rasakan. Sebenarnya dengan menyusui anak dengan susu ibu sendiri, kita dapat melihat betapa eratnya hubungan antara anak dan ibu. Berbeza dengan anak sulongku yang tidak dapat kuberikan susu ibu kerna aku pada masa itu tinggal berjauhan dengan suami dan anak atas tuntutan tugas.

Susu ibu, adalah rahmat Allah yang tiada nilainya di dunia ini. kaya khasiat selain ia sebagai pembentuk peibadi anak-anak kita. Jika kita makan dan minum dari sumber halal, halalan toyyiban sebagaimana yang Allah perintahkan, InsyaAllah ia akan menjadi darah daging kita juga. Anak kita turut mendapat khasiat apa yang kita makan dan minum.

Mungkin persepsiku terlalu awal. namun setakat apa yang kunampaks etakat ini, memang ada perbezaan watak anak-anakku. Anak yang menyusu susu ibu lebih mendengar nasihat, dekat dan rapat dengan ibu dan memahami apa yang dialami oleh ibu. Anakku yang tidak menyusu ibu agak berontak. Mungkin ia tidak puas hati kerana aku sering beri tumpuan pada si kecil?

namun, kini atas faktor-faktor tertentu,anakku yang kecil tidak lagi menyusu susu ibu. Sedihnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui sedihnya hatiku waktu itu. Anakku sampai demam kerna kangen denganku. Sabar ya nak...kalaulah zaman sekarang masih ada IBU SUSUAN...

4 comments:

Abang Long said...

Memang ada perbezaan antara yang menyusu ibu dengan yang tidak. Antaranya ialah, anak yang menyusu ibu, mempunyai antibodi yang lebih kuat. Wallahu'aklam.

Dida... said...

Salam perkenalan..

Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan blog saya dan meninggalkan komen..

Semoga masyitah tabah menjadi seorang ibu & isteri..

Yanbu, KSA
Madinah Al-Munawwarah

akhi said...

mula skali.. thanks 4 da wish...
kakak kenal saya ke???
hurm.. 4 diz post... i would like to say....
susu ibu better than susu lembu...
:)
dak-mie

ummu Masyitah said...

Abang Long,
Saya pun akui anak saya yang menyusu A.S.I memang jarang demam macam abangnya.

Dida..
amin atas doanya.

akhi
salam perkenalan dari akak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design