Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, May 25, 2009

Rindu Ummi


Hari ini, 25 mei 2009. Dah lama rupanya aku sudah tidak pulang ke desa menjenguk ummi. Ummi juga sudah tidak mampu nak drive jauh2. Dari rumah ummi ke rumahku lebih kurang 6 jam. Kudrat Ummi sudah tak sama seperti dahulu.


Ummi,
Anakmu mohon maaf..
Tidak dapat menghadirkan jasad ini ke sisimu
kala engkau sudah capek dan kewalahan
dek tugasan yang belum pernah selesai
selagi hayat dikandung badan.



Oh Ya Allah...
tukarkanlah kerinduan ini kepada rindu padaMu..
Aku Kangen Banget kok sama ummi ku..


Ummi....
andai boleh kuterbang
Punya sayap seperti burung
Sudah kuterbang dapatkanmu
Ingin kudakapmu dan kupeluk cium
Rindu ini kurniaan Ilahi
Moga didikanmu Ummi
padaku berdekad-dekad lalu
dinilai Allah sebagai suatu ibadah.

tambahan (edit pada 19/06/09:

Aku bersyukur mempunyai ummi yang ramai. Alhamdulillah.
Kasih sayang mereka amat kurasakan di sepanjang alam remajaku.
Makcik J dan U. H, Makcik H, Auntie N..
mereka banyak berikan semangat dan tunjuk ajar padaku.
akhirnya perpisahan terjadi jua.


kini aku telah punya kehidupan sendiri.
dan ummi kandungku yang jauh beratus batu
adalah ummi yang pertama mendidik dan mengasuhku.
Perpisahan pertama aku dan umi sewaktu berusia tingkatan satu
adalah saat pertama aku melangkah jauh meninggalkannya.

ingat lagi kata-kata ummi,
"Kakak pergi sekolah tu sekejap je. nanti cuti sekolah akak balik lah"

"Akak nak sekolah dekat dgn ummi.sekolah tu jauh dan baru je buka," ujarku sambil esak tangis tak boleh ku kawal,"

"Takpe kakak pergi. Kami redha. Nanti kita jumpa lagi ya,"ummiku begitu kuat dan menyembunyikan rsa sedihku.

Adikku, Aad yang baru berusia 2 tahun 2 bulan memegang kakiku, "Akak, angan pegi,"


Umi...doamu mengiringi perjalananku. Semoga Allah mengasihani dan mengasihimu ummi di dunia dan di akhirat. Amin

2 comments:

miz said...

Salam perkenalan. Apa khabar? T.kasih krn mgunjungi mizjana.

ummu Masyitah said...

salam perkenalan juga kat akak. Alhamdulillah sekrang sihat. terima ksih juga kerna sudi ziarah teratak saya nih.tahniah kat akak berjaya menulis....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design