Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, December 07, 2009

Kenangan banjir

Kenangan Banjir Semasa nak Ke hospital

Disember datang lagi. Di beberapa tempat, air bah sudah menenggelamkan penempatan. Situasi ini mengingatkan peristiwa banjir yang pernah kami lalui.

Semasa hamil anak kedua,  akhir 2007, di tempat kami tinggal dilanda banjir besar. Kebanyakan perhubungan jalan darat telah ditenggelami air. Sesetengah penempatan, jambatan telah roboh dan dihantikan dengan jambatan sementara. Waktu itu, saya sendiri merasa bimbang dengan gelombang besar itu.

Gambar di bawah ialah antara kenangan semasa banjir itu. Suami dan rakannya sedang meninjau keadaan jalan. Banjir besar telah menenggelamkan kebanyakan jalan utama.  Dalam gambar di bawah, terdapat jua jiran kami yang terpaksa dihanar ke hospital menaiki bot kerana due date dah lewat.

8 comments:

fisa othman said...

fisa lom ader pngalaman lagi mnghadapi banjir ni...cuma baca pengalaman org jer..

Maiyah said...

kalo guna krusi roda payah gak tu, bygkanlah camne lalu dlm air mau tak bergerak

Hanisham Ab Halim said...

Skang ni musim banjir kak. Cuma kena hati2 jelah....

hai said...

gambar2 tu kat mana?akak pun x penah lagi mengalami situasi banjir...harap dijauhkan la!!

ummu said...

Banjir ni dah mcam sinonim dengan saya Fisa. setiap tempat yang saya bertugas, memang kawasan banjir...

Maiyah tulah sebabnya saya batalkan semua temujanji sekitar nov dis 2007.Masa tu saya terbaring je tak boleh duduk langsung.Saya tak mahu menyusahkan orang untuk mengangkat saya,perjalanan ke hospital utama 2 jam kalu dalam banjir tak tahulah saya..Tapi lepas tu saya tak berani nak batalkan temujanji,sebab doktor telefon saya suruh pergi juga.

Echam betul tu.TQ ya

ummu said...

Kak Hai,gambar ini Jalan Kuantan-Segamat pada akhir 2007. tak silap saya kat kawasan Teh Ridan sebelum sampai ke Muadzam.

E-na Zarina said...

Salam...mmg susah jugak la klu terperangkap dlm banjir cam ni...

Anonymous said...

salam,
saya juga mengalami keadaan banjir teruk di temerloh penghujung 2007.. waktu tu juga sarat sedang mengandung sulong.. dengan ketiadaan kerana pam tenggelam, bank2 ditutup.. dugaan kan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design