Sebelum senja 4 Ogos 2010, kami dalam sebuah permusafiran dari sebuah daerah. Dalam mengejar masa, situasi di atas jalan raya menuju ke bandar Pusat Jengka agak banyak juga kenderaan. Melewati Jengka 14, pasar petang di situ semakin kurang pengunjung.. Walaupun ada peniaga yang masih meneruskan perniagaan, tetapi kebanyakan gerai telah menutup perniagaan mereka.
Melewati Jengka 16, azan Magrib berkumandang...
Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah sikap pemandu waktu itu. Ada beberapa buah kereta dan lori yang tidak lagi membuka lampu kenderaan mereka. Ini membuatkan kami agak keliru apakah jenis kenderaan di hadapan kami waktu itu (dari arah bandar Pusat).
Ini membuatkan suami banyak kali membatalkan hasrat memotong kenderaan di hadapan. kami ekori sahaja kereta di hadapan kami.
Sedangkan matahari semakin tenggelam. Cuaca sekitar semakin gelap... Apalah salahnya membuka lampu kenderaan masing-masing. Mungkin mereka terlupa kot, cetus ku...
Ketika hampir di kawasan bertanduk, hampir dengan Bandar pusat. Jam menunjukkan 7.40 malam. Kereta di hadapan kami memperlahankan kenderaan. Sangka kami ada pemeriksaan polis.
Namun, semakin mendekat..Kami nampak kereta putih...dan kereta kancil di hadapan kami sudah merintangi jalan. Keadaan pada masa itu memang agak kelam kabut. Kami terpaksa memberhentikan kereta kami. Kerana di kanan kiri jalan sudah ada kenderaan, yang kelihatan amsing-masing kelam kabut.
Dalam keadaan begitu, kami bukan tidak mahu meneruskan perjalanan tetapi memang sukar untuk melalui jalan itu ketika itu. Tiba-tiba lalu van putih, dengan agak laju cuba mencelah di celah kesibukan orang ramai membantu mangsa kemalangan jalan raya.
"Ya Allah, kalau ya pun sabarlah dulu. Kan orang dalam kesusahan ni...",
Anak kecilku kemudian ," Apa tu Mi? Mi abang tu nape Mi?"
tangananya menunjuk ke bahu kiri jalan....Anak kecil di pangkuan saya terus memeluk saya.
Ya Allah,air mata saya mengalir. Saya memandang ke anak muda itu...
Saya katakan padanya,'Innalillhiwainnailaihi rajiun...".
Dan saya kemudiannya mendapat berita bahawa rupaya ramai yang meninggal dunia dalam nahas itu.
Kemudian pada pagi Khamis sewaktu ada majlis Ceramah Menyambut Ramadhan Mubarak di sekolah, pengacara majlis, Cikgu Ismail meminta semua hadirin hadirat membaca Al fatihah dan dihadiahkan kepaada allahyarham Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, bekas pelajar SMK Jengka Pusat 2 batch 2006....
Sesungguhnya banyak peristiwa yang saya saksikan dan terselit pengajaran yang saya perolehi sepanjang permusafiran saya ini...
Lalu sekali lagi airmata saya menitis. Walaupun saya tidak mengenali allahyarham, namun sebagai warga baru bekas sekolahnya,klik sini, saya turut tersentuh.
Innalillahiwaiinailaihi rajiun...Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali...
0 comments:
Post a Comment