Followers
Thursday, August 26, 2010
Ramadhan; Antara pengalaman Mereka dan Diriku
Ramadhan: ANtara Pengalaman Ramadhan anak-anak ini yang menyentuh hati...
Salam Ramadhan buat teman-teman Muslim followers teratak ini. MasyaAllah,lamanya dah saya tak update teratak ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat bloggers yang sudi follow teratak ini, meskipun kini teratak ini jarang-jarang dapat dikemaskini.
Terima kasih sekalai lagi kerana kini followers teratak ini telah bertambah kepada 205 orang. Terima aksih juga buat sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan jejak di sini. Maafkan saya kerana lambat memberi responds...
Melaui Zone Ramadhan fasa kedua, dengan dikeleilingi anak-anak remaja, membuatkan jiwa saya semakin berkobar-kobar memupuk smengat Ramdhan itu sendiri dalam diri ini. Suatu yang menyentuh jiwa keibuan saya apabila aada di anatara anak remaja ini yang dibesarkan di rumah kebajikan, yang langsung tidak pernah diziarahi ibu atau abapa atau datuk atau keluarga kandung mereka sejak kali terkahir mereka dihantar ke sana.
Masih terbayang di ruang mata mereka keluarga yang mesra, dan erat. Masih terbayang di ruang mata anak-anak ini lambaian terakhir ibunya sewaktu dia berusia 7 tahun. Kini dia sudah 17 tahun tak pernah sekali dia dijenguk keluarga...
OK lah, setakat ini dulu celoteh saya...Jom kita mebaca tazkirah ini yang dipetik dari educational blog saya...
Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi orang mukmin. Orang-orang soleh dahulu mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan sejak bulan Rejab lagi.
Mereka menganggap bulan Ramadhan yang diperkayakan Allah dengan pelbagai keistimewaan dari segala bulan yang lain sebagai kemuncak latihan jiwa seorang hamba kembali menuju Tuhannya.
Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya;
“Sesungguhnya telah dating Ramadhan, bulan yang berkat. Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu-pintu neraka dan ditambat para syaitan. Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya maka sesungguhnya dia rugi”.
(Riwayat Ahmad dan An Nasai)
Mencari di penjuru mana duduknya kasih saying Allah S.W.T di sepanjang Ramadhan, hadiah Ramadhan itu sendiri adalah bukti kasih sayangNya. Kerana kasih dan sayangNya, Allah sediakan satu bulan yang cukup istimewa buat sekalian orang beriman.
Kita hanya mampu membicarakan tentang keistimewaan itu sejauh yang terjangkau dek ilmu dan akal yang amat terbatas. Sedangkan hakikatnya ia lebih luas daripada itu lagi.
Dalam kita berhati-hati agar lapar dan dahaga seharian tidak sekadar lapar dan dahaga semata-mata tanpa beroleh imbuhan ganjaran pahala, di waktu yang sama kita sedang meneguhkan binaan kasih saying. Saling ingat mengingati di antara anda dan sahabat di sekolah, bersama ibubapa atau ahli keluarga lain di rumah dan bagi yang tinggal di asrama, bersama kawan-kawan dorm.
Begitu juga kepada para pelajar yang tinggal di rumah kebajikan, walaupun tanpa ahli keluarga kandung, sekurang-kurangnya kita masih ada dahan untuk berpaut. Ibu di di asrama mahupun ibu yang menjadi ibu angkat kita…..Juga guru-guru anda di sekolah…
Mengimbau kasih saying Nabi SAW sempena Ramadhan, ia begitu melimpah-tuah. Nabi bersungguh-sungguh menganjurkan umatnya mempelbagaikan amal kebajikan. Baginda menunjukkan bagaimana menjalani sebulan Ramadhan. Disuburkan cinta dan rindu umat dengan perkhabaran Malam Qadae, dan diberitahu macam mana hendak beroleh rahmat mendapatkannya. Semua itu adalah kerana aksih saying Nabi SAW kepada kita.
Diajarkan kepada Syaidatina Aisyah R.ha doa yang perlu dibaca pada malam yang pahala beribadahnya menyamai pahala seribu bulan itu. Boleh kita amalkam pada setiap malam ramadhan:
Maksudnya:
“Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Suka memberi maaf. Maka maafkanlah aku”. (Riwayat Tirmizi daripada Aisyah r.ha)
Labels:
prihatin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment