Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, October 27, 2010

Hujan dan Mentari



Hujan yang Turun membasahi bumi...

Alhamdulillah hari ini hujan turun dengan lebatnya pada awal pagi. Hujan yang turun membasahi bumi membuatkan diri ini terasa sangat akan kebersamaan Allah itu.


Pagi ini, ada sesuatu yang berlaku di tempat kerja. Ibu tahu ibu tidak kuat menghadapi semua ini tapi ibu tahu Allah ada di sisi sentiasa dekat di hati. Ibu harus kuat meneruskan perjalanan hidup ini meski bagai meniti kerikil yang tajam. Ibu ada anak-anak. Anak-anak yang perlu ibu kasihi, sayangi. Yang masih memerlukan asuhan ibu. Yang masih memerlukan dakapan ibu. 


Ibu perlu bangkit demi anak-anak ibu.


"Ibu, ibu pergi kerja juga ke ibu? Kan ibu tidak sihat?" tanya si abang semasa membantu membetulkan tayar kerusi roda ibu.


Pagi tadi memang ada sesuatu yang berlaku. Tetapi ibu mesti cekal. Ibu mesti tahu matlamat ibu datang bekerja.  Ibu masih ada tanggungjawab yang perlu ibu tuntasi. Selagi khidmat diperlukan, ibu akan berusaha sedaya upaya menabur bakti, InsyaAllah.

Meskipun ibu tidak lagi seperti dahulu, hanya sebagai pemerhati namun ibu bersyukur masih ada yang sudi mendapat khidmat ibu. Alhamdulillah


Ketika hujan semakin reda, datang kawan-kawan ibu bertanya adakah ibu sudah makan atau tidak. Ibu bersyukur kepada Allah atas nikmat ini.


"Kawan yang baik bukan hanya yang bersama ketika suka dan duka tetapi yang sentiasa mengingatkan kita kpd ALLAH~~"

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala anda lupa akan lirik-liriknya.  

Hari ini, ibu turut dibelanja oleh salah seorang kawan ibu yang selalu memberi sokongan kepada ibu dan turut membantu ibu. Terima kasih, sahabat. Semoga Allah memberkatimu.


Hitungkan kesyukuranmu bukan kesangsaraanmu. Kata-kata ini bagai suntikan untuk ibu. Ibu bersyukur sangat kepada Allah atas nikmat dan rahmatNya.  Terasa sangat kasih sayangMu Allah dalam setiap detik ini. Terima kasih ya Allah.





Bihun yang dibelanja oleh kawan.






hadiah yang kami bungkus, tak kemas sungguh kans














Ini pula gambar-gambar buku yang dijual oleh seorang promoter buku yang datang ke tempat kerja ibu. Ibu tukang tengok je. Suka tengok semangat adik ni bekerja menjual produk-produk buku ni. kalau siapa berminat bolehlah hubungi  Cik Alia. 

Alhamdulillah saat ini... mentari mulai menyinar di sebalik awan yang mendung.



1 comments:

UmmiRosma said...

Selamat hari raya aidil adha yea...semoga kehidupan kita dipenuhi berkah Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design