Apakah relevennya gambar tabung haji ini saya muatkan di sini? Adakah sebab saya hendak menunaikan haji tahun ini? Gambar tabung ni saya ambil sewaktu Proram Kelab TAHA yang diadakan di tempat kerja.
Oklah, izinkan saya teruskan bercerita ya. Beberapa hari lepas, ada suatu kisah yang saya saksikan. Suatu kisah yang mencuit hati saya. Saya ternampak tabung derma di kaunter pendaftaran. Kertas biru ber not seringgit kelihatan agak banyak. Hanya sehelai dua not 5 ringgit dan lebih banyak syiling.
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kegunaan duit derma orang ramai itu antaranya ialah digunakan termasuklah jika ada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar tambang balik ke rumah mereka.
Situasi pesakit yang tiada tambang untuk balik setelah menjalani rawatan fisioterapi di sebuah hospital daerah. Kediaman pesakit itu agak jauh dari pekan itu. Untuk menaiki kenderaan sendiri, ada pesakit yang tidak mampu. ada pesakit yang perlu menyewa kenderaan. Untuk naik teksi, atau bas,mereka perlukan wang. Tiada wang, tidak dapatlah mereka menjalani rawatan.
Sudahlah diri tidak berdaya, harta tiada, diri sebatang kara, Namun dirinya tidak berputus asa daripada rahmatMu Allah. MasyaAllah..Subhanallah. Tuhanku, luasnya tarbiyahMu.
MasyaAllah. Betapa prihatinnya hati staf di unit itu apabila menyediakan inisiatif sebuah tabung derma untuk kebaikan. Betapa mulianya hati penderma-penderma tabung itu yang rata-rata terdiri daripada keluarga pesakit sendiri. pada saat mereka sendiri diuji dengan musibah menjaga keluarga yang kemalangan, atau kesakitan, mereka masih sudi menghulurkan bantuan.
Mungkin kita sendiri berfikir banyak kali untuk menghulur seringgit dua. Mungkin dengan berpandangan, "aku sendiri pun susah", atau "aku sendiri pun ada banyak hutang"dan pelbagai alasan lagi. Munngkin sepuluh sen, dua puluh sen, seringgit dua itu tidaklah banyak sangat. Namun percayalah dengan keihlasan hati kita, seringgit dua itulah yang memberi makna kehidupan kepada insan yang sangat memerlukan.
0 comments:
Post a Comment