Suatu hari, raja yang memerintah jajahan itu mengarahkan si tua mengadap di istana. Mendengar perintah itu lelaki tua berkenaan berasa susah hati melihat keadaan dirinya yang uzur. Beliau terpaksa mengayuh penambang untuk ke istana raja. Kerisauan itu turut bertambah disebabkan tidak mengetahui kehendak sebenar si raja tersebut.
Maka dia pun mendapatkan bantuan si Harben, “Tolong hantar ayah ke pulau seberang kerana raja memerintahkan ayah mengadap, boleh nak?” Harben menjawab: “Minta maaflah ayah, Harben tidak tahu jalan ke istana. Harben Cuma boleh menghantar ayah sampai ke pintu rumah ini sahaja!” Sedih hati si ayah mendengar jawapan anak kesayangannya itu.
Si ayah pun meluahkan hajatnya kepada si Anis: “Tolong hantar ayah ke pulau seberang, Tuanku nak ayah mengadap, boleh kan?” Jawab si Anis: “Minta maaf ayah, Anis tidak pernah keluar dari kampung ini dan tidak tahu hendak ke sana. Anis boleh hantar sampai hujung kampung ini saja ayah.” Bertambah sedih hati si ayah mendengar jawapan seorang lagi anak kesayangannya itu.
Oleh kerana tiada lagi pilihan, lelaki tua itu menemui Amsal: “Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang, ayah nak mengadap Tuanku.” Amsal menjawab: “Baiklah ayah,” Lelaki tua itu menyesal kerana mengabaikan anak bongsunya.
Harben menghantar sampai ke muka pintu pagar rumah. Anis pula menghantar ayahnya sampai ke penampang. Kemudian si Amsal yang menghantar dan menemani ayahnya menaiki perahu menuju ke istana.
Demikian kisah si tua dengan tiga orang anaknya. Sebenarnya, tiga anak lelaki dalam sketsa di atas adalah realiti kehidupan kita. Harben ialah ‘harta benda’, Anis adalah ‘anak isteri’ Amsal adalah ‘amal soleh’.
Oleh itu, dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan abaikan bekalan untuk kehidupan akhirat. Laksanakan yang wajib diikuti amalansunat dan tinggalkanlah laranganAllah sepenuhnya. Berusahlah menjadikan diri kita hamba yang benar2 bersedia untuk menemui Allah Rabbul Jalil bila tiba saat dan tikanya nanti.
0 comments:
Post a Comment