Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, December 02, 2010

Untuknya, Yang Jauh Di Mata

Untuknya: Yang Jauh Di Mata
Doa Untukmu Putera Harapan
http://www.myukhuwwah.com/



Ketika ini hujan di luar masih turun dengan renyai-renyai. Dingin malam semakin mencengkam. Air di kali semakin mulai penuh. Namun hidup mesti diteruskan.


Kala ini, hati seorang ibu terusik. teringat kenangan beberapa minggu lalu. Bagai semalam baru berlalu.


Anak muda, pemuda lelaki yang sangat santun bicara katanya. Punyai rasa hormat dan meraikan orang yang lebih tua. Cepat mesra dan mudah emphati serta mudah menghulurkan bantuan, tidak seperti sesetangah anak muda yang memandang 'aneh' kepada seorang cikgu perempuan mereka yang sedang terkial-kial berusaha menolak kerusi rodanya daripada jatuh ke dalam longkang.


Anak muda ini sepantas nya berlari mendapatkan cikgunya. Lariannya memang pantas, maklumlah atlet.


"Mari saya tolong cikgu," ujar  anak muda itu lantas tangannya memegang kerusi roda cikgunya daripada terjatuh ke dalam longkang.


Dengan senyuman, cikgu perempuan itu pun menutur bicara, "Terima kasih, Za. Kamu tak de kelas ke masa ini?"

"Oh ni on the way ke kelas Cikgu Na. Kat makmal atas je ni," jawab Za jujur.


"Nanti maklumkan ya kepada Cikgu Na yang kamu membantu saya," kemudian cikgu perempuan itu menulis  suatu notes untuk diberikan kepada Cikgu Na, bagi memaklumkan yang Za ada membantunya pada sekian masa dan sekian tempat. 


Sejak itu, apabila berpapasan di jalanan, pasti Za menawarkan dirinya membantu cikgu itu.


Suatu hari, sewaktu semua pelajar Tingkatan 5 sedang sibuk berurusan bagi mendapatkan No Pin ID BSN, klik sini, muncul Za. Kelihatan dia di penjuru bilik, dalam keadaan wajahnya agak murung. 


Cikgu perempuan itu perasan akan keadaan Za. Tetapi demi menjaga air muakanya, cikgu perempuan itu tidak menegur mengapa Za mengasingkan diri daripada rakan-rakan lain.


Za kemudian menemui cikgu perempuan itu. Pada ketika pelajar lain semua sudah tiada, Za bertanya dengan agak perlahan,"Cikgu. boleh saya pinjam duit cikgu? Hari ini saya tidak bawa duit sebanyak itu. Semalam saya MC dan kawan-kawan takde pula beritahu tentang kena beli no pin ni,"


Cikgu perempuan itu bertanya pula kepada Za,"Kenapa Za MC? Za sakit lagi ke?"


Za menganggukkan kepalanya,"Ya cikgu. Kalau saya tahu kena bawa duit, pasti saya bawa lebih cikgu. Boleh saya pinjam duit cikgu?".

Cikgu perempuan itu memerhatikan Za dengan simpati,"Boleh. Za tak payah bimbang. Benda ni urgent. Kena settle hari ni juga. Jadi biar saya dulukan wang saya, ya".

"Terima kasih, cikgu. hari Isnin nanti saya bayar, ya,cikgu," ceria wajah Za pada masa itu. 


Berulang kali Za melafazkan ucapan terima kasih.


Isnin itu, setelah semua pelajar memperoleh No Pin masing-masing, kelibat Za tiada. Lalu cikgu perempuan itu bertanya kepada rakan-rakan sekelas Za. Bukanlah bermakna menuntut hutang Za, cuma bimbang, adakah Za sakit lagi di tulang belakangnya kesan kemalangan jalan raya dilanggar kereta beberapa bulan sebelum ini.


"Cikgu, Za, kemalangan jalan rayalah cikgu. Semalam, kereta langgar dia. Khabarnya kena hantar HOSHAS," ujar seorang pelajar perempuan.


"Alah sapa suruh race. Padanlah muka dia," pintas seorang pelajar lelaki lain.


"Eh , kamu tak baik cakap begitu. Betul ke dia race? Atau kamu cuma dengar cakap orang sahaja? Sekarang ni,kita doakan semoga dia selamat. Hari ini hari dia, esok lusa belum kita tahu," kata cikgu perempuan itu.


Dan sehingga kini, Za dilaporkan masih belum stabil. Khabarnya dihantar pula ke HKL. 


Cikgu perempuan itu ingin sangat menemui Za, ingin berikan semangat agar Za bangkit dari 'lenanya", sebagaimana Za pernah sering bertukar kisah dengan cikgu perempuan itu, yang mana dalam kisah-kisah itu sebenarnya, Za memberi motivasi secara tidak langsung kepada cikgu perempuan itu untuk terus menabur jasa mengikut kemampuannya kini.

Za bercita-cita tinggi. Za punyai perwatakan yang baik. Za punyai semangat yang tinggi. Za pelajar cerdik semasa peringkat menegah rendah.  Atas sebab-sebab tertentu, Za ditakdirkan berada di dalam kelas sangat sederhana semasa menengah atasnya.

Harapan cikgu perempuan itu, Moga dengan kekuatan yang ada pada Za itu menjadi kekuatan untuknya sedar dari 'lena' itu. Moga ingatannya kembali pulih.


Iringan doa untuk Za kepada Allah...di malam yang hening ini.

11 comments:

IMANSHAH said...

Salam kak

terharu baca cerita ni, ditambah pula dengan alunan muzik Hadad Alwi ni sungguh meruntun jiwa saya..saya sangat meminati muzik ni...

ummu said...

waalaikumusalam Iman
ya ni lagu haddad Alwee ,iman
sewaktu menulis entry ini,airmata akak pun sedang mengalir.

Werdah said...

Salam Ummu

Semoga ummu dan Za sentiasa diberikan kekuatan jiwa dalam menghadapi masalah kehidupan.. sayu hati kak membaca N3 ini..

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Ummu,

Segalanya telah tersurat di loh mahfuz. Semoga Za akan cepat sembuh. Ada kalanya ujian Allah akan hanya kita ketahui hikmahnya selepas kita sembuh. Insa-Allah...

Vic said...

semoga za 'sembuh'.. terharu dgn kebaikannya..

ibuintan said...

as salam ummu,

semoga Allah beri kekuatan,ketabahan dan kesembuhan kepada Za dan cikgu itu juga..

siapakah cikgu itu??

ummu said...

waalaikumussalam kak werah,amin Ya Allah,semoga Za sedar dari separa komamnya

ummu said...

waalaikumussalam kak zakie
amin.benar kak bila Allah beri kita sesuatu,meskipun pahit, semua itu ada hikmahnya

ummu said...

Vic,amin ya Allah,alamak sorry Vic,:),ngantuk dan dmeam nya pasal,entah apa yang akak publish.
p/s: akak dah delete

ummu said...

waalaikumussalam ibu intan
amin ya Allah.
cikgu itu ialah saya,kak :)

nurulainabdrazak said...

ain suka makan pegaga!
dulu waktu pegi jepun,amik pegaga kat sane tanam kat malaysia.
nasib baik elok tumbuh.
pegaga tu rase die lemak plus rangup sikit.suke.:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design