Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, January 05, 2011

Rahsia rupanya...

Rahsia rupanya...
http://www.myukhuwwah.com/

Suatu hari, suasana agak kecoh di Bilik Kesihatan dan Rawatan sebuah sekolah. Cikgu syima menjenguk keadaan di situ. Kebetulan dia baru keluar dari bilik itu atas satu urusan lain.

"Cikgu, Dila pengsan di kelas tadi," ujar Kamariah, pelajar Tingkatan 1C.

Setelah diberikan rawatan kecemasan, Dila sedar dari pengsannya tetapi kemudian pengsan kembali. Kemudian menyusul Cikgu Latif, GPK HEM dan Cikgu Riduan yang bertugas minggu itu.

Oleh sebab Cikgu Reduan lelaki, pelajar yang pengsan tadi perempuan, Cikgu Reduan meminta bantuan Cikgu Kartina, guru bertugas mingguan tetapi tugasannya lain, untuk  menghantar pelajar berkenaan ke kecemasan hospital.

Lalu, Cikgu Kartina menghantar pelajar berkenaan ke hospital dengan segera.

"Alah Dila tu pengsan buat-buat, cikgu," ulas Karim sewaktu ditanya oleh Cikgu Ti semasa dalam P&P yang mana Dila pengsan.

Cikgu Ti memarahi Karim.

Cikgu Syima pula, meneruskan tugasnya seperti biasa.

Esok paginya sewaktu rehat ada pelajar lelaki bertemu dengan rakan setugasnya, Mila. Sewaktu berpapasan di jalanan, pelajar itu bertanya kepada Cikgu Mila.

"Cikgu Mila, ada pelajar pengsan ke cikgu? kenapa dia pengsan?" tanya pelajar lelaki itu.

"Ada. Yang awak nak sibuk ni kenapa? "

"Yalah, kami dengar dia pengsan. Nak tahu juga dia sakit apa?"

"Dia tak sakit apa-apa,'' jawab cikgu Mila.

Ketika pelajar-pelajar tadi sudah pergi, tiba-tiba datang seorang guru. Lalu guru itu mengatakan,"Alah, dia sakit buat-buat aje".

"Siapa cakap?"tanya Cikgu Syima. Agak hairan kenapa cikgu itu bercakap demikian.

"Ada pelajar lelaki kelasnya yang cakap macam tu,"kata cikgu itu.

Cikgu syima kemudian berkata,"Dia memang ada sakit, kak."

""Kalau sakit, sakit apa?" Asyik pengsan je?"

Sekali lagi Cikgu Syima terdiam. Nak jawab apa, Cikgu Syima pun bukan doktor. Cuma yang dia tahu Dila memang ada sejarah kesihatan. Dia pernah menjalani pembedahan usus dan rahim. Dan beberapa penyakit lain. Dan Dila pernah menghidap sejenis  kanser semasa berumur 9 tahun.

Beberapa hari kemudian, Dila datang semula ke sekolah. Ceria sahaja wajahnya.

Setelah mereka berbincang beberapa perkara, Cikgu Syima bertanya kepada Dila.

"Dila, sebenarnya, cikgu-cikgu lain tahu tak penyakit kamu?"

"Tak, cikgu,"

"Guru tingkatan?"

"Tak,"

"Habis, siapa yang tahu?"

"Cikgu seorang sahaja sebab saya cuma percaya dengan cikgu seorang je," kata Dila.

"Ya Allah, saya ingatkan cikgu lain tahu. Maklumlah saya baru di sini. Bagaimanapun, Terima kasih atas kepercayaan Dila kepada saya," Cikgu Syima terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelajarnya itu. Cikgu Syima adalah guru baru di sekolah itu, baru dalam setahun.

"Bagaimanapun, Dila, keadaan awak saya lihat semakin teruk. Oleh itu, saya rasa adalah lebih baik saya maklumkan keadaan awak kepada Cikgu Latif , HEM kita supaya bila terjadi apa-apa pihak pentadbir sekolah tahu masalah sebenar kamu. Jadi, diharap dengan ini tidak ada salah tanggapan terhadap awak," ujar Cikgu Syima.

"Baiklah cikgu. Saya serahkan kepada cikgu apa yang baik untuk saya," jawab Syima.

p/s; Alhamdulillah,  keadaan Dila sudah dalam pengetahuan pihak pentadbir.

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummu

penyakit apa agaknya si dila tu yer

Wassalam

ibuintan said...

as salam ,

macam besar je rahsianya...

Kakzakie said...

Salam Ummu,

Apa juga penyakit insya-Allah akan ada juga pengubatnya. Allah maha pengasih dan penyayang. Begitu juga Dila mencurah kasih pada seorg guru yang dipilihnya.

Moga Dila beransur sembuh. Biarlah rahsia.....

Mr. Swift said...

Hyee! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo MAMA!
Heyy btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! Sempat lagi kan? :)

Psst! : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design