Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, April 17, 2011

Bangku Kosong: Erti Persahabatan

Bangku Kosong: Erti Persahabatan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada malam ini, ketika terjah je salah satu blog followers myraudhatulukhuwah, http://ibusumaiyah.blogspot.com/2011/04/bangku-kosong-saya-seorang-blogger.html

saya tertarik dengan salah satu entry Bangku kosong: Erti persahabatan.

Saya memohon maaf jika ayat saya tidak berapa bagus. Namun saya terpanggil menyertai entry ini.

PENGERTIAN PERSAHABATAN

Sahabat, meskipun dalam perjalanan hidup kita, kita akan temui pelbagai jenis insan yang boleh dipanggil rakan, kenalan, kawan mahupun sahabat.

Kita manusia, makhluk Allah yang perlu bersosial dan bergaul dengan insan yang lain.

Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.

Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.


SAHABAT BAIK ITU ANUGERAH ILAHI

Dan bagi saya, sahabat itu, hadirnya adalah suatu anugerah Ilahi. Meskipun mungkin bilangannya dalam satu-satu masa cuma boleh dibilang dengan jari, namun ia tetap anugerah yang beharga.

Seorang sahabat itu, tidak segan silu akan menegur kekhilafan kita secara hikmah dan bukannya memalukan kita sebaliknya untuk memajukan kita. Saling bekerjasama dalam satu pasukan untuk kebaikan organisasi yang kita terlibat jika kita bekerja.

Di luar bidang kerja, sahabat tetap bersahabat. Menjaga kerahsiaan sahabatnya dan menjaga kebajikan sahabatnya.

Sahabat itu bisa bersama kita. Ketika saat tangisan kita tiada lagi iramanya, dia hadir agar tangisan itu benar-benar boleh meleraikan kekusutan kita. Ketika kita memerlukan bantuan, dia sedia berikan kerjasama, walaupun mungkin apda masa itu dia sibuk amat.

Maklumlah zaman kini, semua orang mengejar masa. Sebab, semua tugas perlu diselesaikan dengan cepat. Namun sahabat itu sanggup korbankan masa emasnya demi membantu sahabatnya,  insan yang memerlukan bantuan.

PENGALAMAN PERSAHABATAN

Sebagai contoh, salah satu kisah saya yang masih segar di ingatan saya ialah salah seorang sahabat saya akan sedia membantu saya menolak kerusi roda di kawasan tempat kerja kami. Pada masa itu, saya masih baru di tempat kerja baru dalam suasana baru, dalam situasi untuk menyesuaikan diri sebagai OKU Fizikal.

Tambahan pula kawasan tempat kerja kami berbukit, Untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain, saya terpaksa meminta bantuan orang lain bagi mengendalikan kerusi roda saya daripada tergolek atau terbabas. Dan sahabat saya ini, tanpa saya luahkan kata-kata, dia sudah sedia membantu saya.

Kami bekerja dengan baik dalam satu pasukan ketika kami bekerja. Tanpa memandang keadaan fizikal saya sebagai suatu kelemahan, sebaliknya sebagai satu kekuatan.

Di luar kerja, kami saling berkongsi kehidupan sosial bersama, seperti menyertai kenduri kendara dan ziarah menziarahi.

Kesan kisah pengalaman myukhuwwah ini dengan kehidupan myukhuwwah sekarang.

Kini, sahabat baik myukhuwwah telah pun pergi. Pergi meningglakna myukhuwwah kerana beliau telah mengikut suaminya bertukar daerah, jauh dan jauh dari sisi myukhuwwah. Entry sebelum ini, http://www.myukhuwwah.com/2011/04/dia-pergi-jua-akhirnya.html adalah catatan tentang persahabatan kami.

Alhamdulillahirabbila'alamin, salah satu daripada kebaikan yang saya perolehi daripada kebaikan sahabat saya ini ialah saya dapat menyesuaikan diri sebagai pekerja. Saya kini lebih berdikari. Alhamdulillah saya dapat kekuatan daripada Allah. Saya bersyukur dikurniakan sahabat sebaik sahabat saya.

Saya nak tulis panjang-panjang kisah saya ini rasanya tidak dapat memandangkan masa untuk menulis entry ini hanya sehingga 12 a.m malam ini.





Bagi myukhuwwah, kehadiran rakan-rakan followers juga sangat beharga walaupun mungkin cuma bertemu di ruang maya ini. Sekian, wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ummu,

Semoga sihat sentiasa. Dalam hidup kita memang memerlukan sahabat. Dapat sahabat yang baik, Alhamdulillah.

ibuintan said...

assalamualaikum ummu,

semoga sihat..

sahabat sejati umpama sebutir permata, sukar dicari namun amat bernilai

Vic said...

moga kita menjadi sahabat sejati wpun tak pernah berjumpa..

ummu said...

waalaikumussalam kak hanim
alhamdulillah...
terima aksih jua untuk kak hanim

ummu said...

waalaikumussalam ibuintan
permata itu amat tinggi nilainya,kan kak

ummu said...

terima kasih Vic...semoga Vic dan baby sihat2 selalu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design