Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, April 01, 2011

Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?

Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?


Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan ibu?

Hari ini, ibu ingin mencatatkan suatu pertanyaan anak ibu.

Sewaktu ibu sedang sibuk mengemas barang-barang di rumah, datang anak ibu menghampiri.

"Sakit tu sebab kita ada dosa banyak ke mama?" tanya si abang.

Terkesima seketika ibu.Ketika tercari-cari jawapan untuk budak seusia 7 tahun itu, otak ibu ligat memikirkan jawapan yang sesuai.

"Jadi, maknanya, Allah marah kat kawan abang ke?" tanya anak ibu lagi.

Ibu yang sedang sibuk mengemas, menoleh kepadanya. Barang-barang di tangan, ibu letak ke tepi.

Ibu tidak segera menjawab, tetapi menyoalnya kembali. Walaupun ibu tahu cara itu mungkin tidak betul dalam kaedah psikologi awal kanak-kanak.

"Siapa yang kata begitu?"

"Mama, jawablah dulu soalan abang ni?"
Ibu termenung seketika. Soalan anak ibu ini nampak mudah. Nampak enteng.

Tapi soalan anak ibu ini, ibu bimbang jika ibu tersalah terang, anak ibu tersilap menerima kefahaman, impaknya besar. Ibu khuatir jika ibu tersalah memberi keterangan, anak ibu akan memegang pula konsep itu hingga dewasa.

Selain itu, pertanyaan anak ibu itu juga adalah klausa yang sering dilontarkan kepada ibu sewaktu ibu terlantar di  wad. Jadi, saat ibu hendak menjawab soalan yang nampaknya mudah itu, ibu perlu berhati-hati, agar si kecil ibu tidak tersalah tanggapan.

Ibu ambil tangan anak ibu. Ibu meminta anak ibu duduk di sebelah ibu. 

"Ya Allah berikan daku kekuatan untuk kujawab soalan ini, ya Allah," doa ibu dalam hati.

"Kan, abang belum baligh lagi.Mama kata, orang yang belum baligh belum ada dosa. Habis tu kenapa kami sakit juga dengan sebab dosa kami?" soal abang lagi.

"Baiklah, sebelum mama menjawab soalan abang, mama ingin tahu, siapa yang beritahu pada abang, sakit tu sebab kita ada dosa?" tanya ibu lagi, dengan nada memujuk.

Anak ibu kemudian mengalah, menjawab dengan mendatar," Cikgu K".

"Kenapa cikgu beritahu begitu?"

"Sebab kawan abang, Yana sakit. Kan dia sibuk menolong ibu bapanya membersihkan rumah. Kan baru-baru ni tempat kita ni banjir. Rumah dia pun kena banjir".

PAHALA ANAK YANG BELUM BALIGH

Lalu ibu teringat akan sebuah hadis sebuah hadis riwayat Muslim : 

"Daripada ibn Abbas, bahwa ada seorang wanita mengangkat anaknya kepad aNabi pada haji Wida' lalu berkata : "Wahai Rasulalluah, adakah anak ini akan mendapat pahala haji?" Rasululluah S.A.W menjawab : "Ya, dan kamu juga memperoleh pahala".
Daripada hadis ini, kita dapat fahami bahawa anak yang dimaksudkan oleh ibu di dalam Hadis di atas adalah anak kecil.Ini kerana,  anak yang sudah baligh  biasanya tidak  mampu diangkat oleh ibunya.

Jadi, berdalilkan hadis ini, sekiranya anak itu melakukan amal ibadah sepert i puasa, solat dan lain-lain lagi padahal anak itu belum baligh (Baligh adalah syarat wajib untuk melakukan amalan. Baligh itu dikira sebagai mukallaf - orang yang dipertanggungjawabkan dengan dosa pahala) maka anak itu tetap dapat pahala. Tetapi jika dia melakukan dosa, maka tidaklah anak itu berdosa. 
Ini berdasarkan hadis riwayat at-Tirmidzi :

" Diangkat kalam (tidak dicatat apa2) dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal."
Kebetulan pula ibu teringat akan persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang klien ibu tentang bagaimana  dengan ibu bapanya? 
Berdasarkan hadis pertama di atas riwayat Muslim, maka ibu bapanya juga mendapat pahala sebab bersama-sama menunjuk kepada anaknya cara2cara melakukan haji. 
Jadi, jika ibu bapanya mengajarkan anaknya solat, berpuasa, mengambil wudhuk dan lain-lain amal kebaikan yang lain dan anaknya melakukan ibadah tersebut, maka inshaAllah ibu bapanya juga akan mendapat pahala.
Hadis riwayat Muslim :

"Sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukannya"..

SAKIT ITU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH


Lalu ibu cuba menerangkan serba sedikit tentang persoalan anak ibu semampu ibu.

"Kawan abang belum baligh, namun Allah beri sakit. Itu maknanya, Allah sayangkan kawan abang," tutur ibu.

"Maknanya, Allah tak marah kawan abang? Kalau abang sakit pun, maknanya Allah tak marah kat abang?" bertalu-talu soalan abang lagi.

"Tak, abang. Malah Allah berikan sakit tu sebab Allah sayang. Dan sebenarnya, sakit tu pun memang salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita. Kalau abang belum baligh, sakit tu pun sebagai hadiah daripada Allah. Allah nak abang dan kawan abang ingat Allah selalu. Kan biasanya, orang bila sakit atau dalam kesusahan, dia akan ingat Tuhan. Bila dia ingatkan Tuhan, biasanya orang tu akan selalu berzikir kepada Allah, memuji Allah dan berdoa kepada Allah. Dengan cara tu, moga-moga ada pahala yang anakanda perolehi,"kata ibu lagi.

"Jadi, walaupun abang dan kawan abang belum baligh, tapi kenalah jaga kelakuan supaya jangan buat kelakuan yang tak baik. Kalau abang dan kawan abang sabar dengan ujian Allah, ujian sakit dan demam tu, inshaAllah nanti abang pun dapat pahala," terang ibu lagi.

Ibu lihat anak ibu mengerut-ngerutkan muka. Mungkin masih ada yang dia tidak berpuas hati.

"Sakit pun, kita dapat pahala ya mama?" tanya si abang lagi.

"InshaAllah, kita akan dapat pahala kalau kita redha dengan apa yang Allah beri," terang ibu lagi.

"Redha tu bagaimana mama?" tanya abang lagi.

"Redha tu, abang tak marah-marah, tak nagis-nangis dan mengamuk-ngamuk apabila abang sakit atau demam. Abang sabar, baru Allah sayang," kata ibu memujuk abang, juga sebenarnya memujuk diri ibu sendiri yang sering jua terbabas dari landasan kesabaran.

Iya, berkata sabar itu mudah. Namun bila sesuatu perkara itu menimpa diri dan menghenyak diri, barulah diri ini tahu betapa sukarnya untuk sabar. Termasuklah ketika pengalaman ibu dilontarkan dengan kata-kata,"sebab dosa awaklah maka awak OKU,".


Kata-kata yang dilontarkan oleh salah seorang keluarga pesakit di wad itu membuatkan pesakit di sebelah saya, yang seorang OKU fizikal dan Penglihatan, menjadi murung seharian. pesakit di sebelah saya terdengar kata-kata pengunjung tersebut terus mengalirkan air mata. 

Puas juga myukhuwwah memujuknya, untuk tidak mengambil hati kata-kata pelawat pesakit di sebelah kami. Secara tak rasmi, myukhuwwah menjadi kaunselor untuk pesakit di wad tersebut. walaupun perlu berkerusi roda, bagi myukhuwwah, saya bersyukur dapat menggembirakan hati hamba Allah lain.

Pesakit yang telah myukhuwwah konsult tersebut, juga seorang ustazah dan banyak hafaz Quran. Sepanjang di wad tersebut, ustazah tersebut membaca hafazan Quran sambil dibetulkan bacaan tajwid dan taranum oleh ibunya, yang juga seorang guru Al Quran.

Berbalik kepada anak ibu, Ketika itu, ibu melihat abang ada kepuasan di wajahnya.Alhamdulillah.

InshaALLAH ada ruang waktu dan rezki daripada Allah, akan myukhuwwah cuba kongsikan lagi pengalaman ibu di sini.
 

12 comments:

Ummi Salsabila said...

Terima kasih kak kerana berkongsi..
saya rasa ibu bapa perlu siapkan diri dgn ilmu untuk jwb pelbagai pertanyaan anak..

seronoknya baca jwapan dr akak..:)

Mohamad said...

Penerangan kepada kanak-kanak perlu jelas. Kata-kata kita semasa mereka masih kecil akan diingat sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi sebagai cikgu atau ustaz, kerana mereka lebih dipercayai oleh anak-anak dari ibu dan bapa sendiri..

Muhammad Izuan said...

slm. entry yang baik. alangkah indah dunia, jika semua umat islam melaksanakan islam dari hati. bukan sekadar pakaian semata.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Ummu,

Menjadi ibu bukan sekadar menjaga makan-pakai tetapi didikan rohani dan jasmani termasuk bab-bab ilmiah agama teramat penting. Pengetahuan agama perlu kukuh demi menjamin kekuatan pegangan kita.

Oleh itu selagi nadi bergerak dan nyawa diberi pinjam Allah ini kita kena sentiasa belajar.

Moga anak kita menjadi anak yg soleh-solehah.

Maiyah said...

assalam..

ssh jg kan nk terang, tp bgus penerangan ni.. sbb anak pun byk gak tnya, bleh standby :)

ummu said...

terima kasih kembali ummi salsabila kerana sudi bertandang ke blog akak yang tak seberapa ini.sangat akak hargai

ummu said...

Encik Mohamad,itulah yang membuatkan kadang kala saya diam dahulu jika soalan-soalan yang anak saya kemukakan sukar untuk saya jelaskan secara kefahaman kanak-kanak.
terima kasih atas pandangan encik mohamad itu

ummu said...

waalaikumussalam Muhammad Burn
terima kasih atas ingatan saudara itu.sangat akak hargai

ummu said...

waalaikumussalam kak zakie.terima kasih atas perkongsian pengalaman akak jua.saya kadang kala merasakan naif dalam mendidik anak2 ini.
membaca pengalaman akak menambah pengetahuan saya.terima kasih atas komentor akak.
wassalam

ummu said...

waalaikumussalam Maiyah.
terima kasih Maiyah sudi bertandang ke teratak ini.sama-sama kita berkongsi pengalaman,kan maiyah

Anonymous said...

Aslmkm.
Pendekatan orang tentang sesuatu isu memang berbeza.
Memang pendekatan terbaik ialah yang bersandarkan kepada Firman & Wahyu Allah SWT serta Sunnah Rasulullah SAW.
Mudah2an anak menerimanya dengan baik.

ummu said...

waalaikumussalam DDrfauziah
terima ksih atas komen yg sangat membina daripa Datin.terima kasih juga di atas kesudian Datin ke blog saya ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design