Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kawan-kawan myukhuwwah yang dihormati, semoga dalaam kesejahteraan jua. Kali ini myukhuwwah ingin berkongsi tip oleh Ustazah Nor Bahyah.
Tips mengambil hati suami
- Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
- Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
- Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
- Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
- Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
- Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
- Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
- Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
19 comments:
Assalamu'alaikum Ummu,
Semoga sihat dan dlm peliharran Allah hendaknya.
Mempraktikkan apa yg dibuat nampak mudah tapi nak melaksaankan agaknya agak sukar. Kalau luahan dibuat cara bergurau rasanya lebih mudah....
salam kak ummu..
maaflah lewat kass BW..
sejak dua menjak ni jenguk mana yg semoat je..banyak keje..:)
tips yg bagus ni..minta izin copy ye kak ummu..nak jadikan panduan bila berumah tangga nanti..hehe
terima kasih kak ummu cayang..
Assalamualaikum Ummu,
Pada kak ani, kalau abang makan banyak apa yang akak masak tu, tanda dia sukalah tu.
Kadang2 jer dia puji.
Semoga Ummu sihat yer.
Salam ummu
Terima kasih kongsi ilmu.
saling bertolak-ansur memberi dan menerima
saling bertolak-ansur memberi dan menerima
salam kak ummu..
sihat ke? lama tak baca celoteh akak..
tc~!!
semua itu tak ada pun dalam perkahwinan hidup IM..
Bagusnya tips nie...
Projek Pintar MAS
waalaikumussalam kak zekie,
benar kak, melakukan lagi sukar kan kak...
waalaikumussalam nurrkass dan semua kawan2 muslim
terima aksih atas komen teman2.kalau nurr berminat atikel ini, apa ya email nurr, untuk akak forward kan?
waalaikumussalam kak anim,
he he, suami saya pun jarang puji.
tapi bila saya masak, alhamdulillah , licin dia makan.
agaknya sebab dia nak hargai saya mmasak sambil duduk sahaja(wheelchair)
waalaikumussalam kak zai
saya cuma panjangkan sahaja pandangan Dato Ustazah Nor Bahiyah.terima kasih kembali kpd akak sudi bertandang ke sini
bertolak ansur tu penting kan bro cemomoi?
waalaikumussalam Vic...
ngee, miss you toooo..
akak tak berapa larat nak hadap PC
sorry ya Vic,akak tak BW blog Vic
Semoga Allah menganugerahkan kebaikan dalam kehidupan dunia akhirat kita.
InshaAllah, kesabaran an kesetiaan IM itu, sangat Allah pandang...
menjaga orang sakit, memang banyak ujiannya.
terima kasih bro miecyber
Salam ummu..
Jujur dan ikhlas dalam menawan hati pasangan
assalam..
mmg baik tip2 camni, utk keharmonian
Post a Comment