Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, January 15, 2012

Maksiat Batin


Salam,

Mari kita kenali Maksiat Batin atau lebih mudah faham maksiat di dalam hati agar mudah untuk kita jauhi.

Wahai pencinta akhirat ....
Sesungguhnya maksiat yang batin itu adalah semua perangai yang jahat serta sifat-sifat tercela. Sesungguhnya sifat-sifat itu amat banyak dan yang disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya arba'in fi usulludin ada sepuluh iaitu :
  1. sangat gemar kepada banyak makan
  2. sangat gemar kepada membanyakkan perkataan
  3. marah
  4. hasad /dengki
  5. bakhil dan kasih kepada harta
  6. kasih kepada kemegahan
  7. kasih kepada dunia
  8. takbur
  9. 'ujub
  10. riya'
Dan wajib bagi mereka yang mukallaf dan akil baligh yang berkehendakkan kebaikan di akhirat menyucikan hati mereka daripada sifat-sifat tercela tersebut berdasarkan maksud firman Allah:
"sesungguhnya telah mendapat kejayaan bagi mereka yang menyucikan hati mereka daripada sifat tercela itu."

sumber : Hidayatus Salikin

2 comments:

IMANSHAH said...

sy tak faham makan banyaktu dikira maksiat batin..boleh terangkan??

insanfakir said...

gemar kepada banyak makan sehingga berlebihan daripada takat yang dibenarkan natijahnya badan terasa berat, mata ngantuk lebih kuat untuk tidur maka gagal untuk ibadah kepada Allah...kegagalan ibadah kepada Allah adalah maksiat kerana jin dan manusia itu dijadikan utk beribadah kepada Allah.wallahua'lam..tunggu huraian lanjut setiap dari 10 perkara itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design