Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, May 14, 2012

4 Hari Hilang Ditemui Masih Hidup dengan minum air sungai

4 Hari Sesat di Hutan Masih Hidup dengan minum air sungai

HARDIP ditemui cedera dan letih selepas empat hari hilang di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang semalam. 

RAWANG - Nyawa seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas Shell tempatan ternyata masih panjang apabila dia ditemui selamat semalam biarpun sudah empat hari terkandas di dalam Hutan Taman Rimba Templer di sini.

Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan gerakan mencarinya selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki hutan itu pada Rabu lalu.


Ketika ditemui, Hardip berada di lereng bukit dalam keadaan sejuk dan letih dengan memeluk batu di lereng bukit.

Usaha membawa keluar lelaki itu mengambil masa kira-kira dua jam kerana mangsa terpaksa diusung oleh pasukan penyelamat.

Hardip kemudian dibawa ke Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan di kaki selain patah bahu kiri.

Sepanjang tempoh empat hari di dalam hutan itu, Hardip yang masuk ke kawasan itu seorang diri dikatakan terpaksa bergantung hidup dengan hanya meminum air sungai berhampiran lereng bukit itu.

Mangsa dikatakan terkandas di lereng bukit itu selepas terjatuh dari ketinggian empat meter ketika memasuki hutan itu.

2 comments:

Kakzakie said...

Msih diberi peluang utk hidup... hairannya kenapa dia pergi sendirian ye. Mujur masih boleh selamat.

ummu said...

bila sendirian,apa2 berlaku, memang sukar sedikit.namun syukurlah mangsa boleh selamat kan kak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design