Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, May 27, 2012

Aneh Tapi Benar Amah beri ‘kopi haid’

Amah beri ‘kopi haid’ didakwa

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia didakwa melakukan kesalahan di mahkamah di Singapura kerana memasukkan darah haidnya dalam kopi majikannya.

Akhbar Straits Times melaporkan, wanita berusia 24 tahun mengaku salah melalui penterjemah selepas mendengar dakwaan.

Wanita bertubuh kecil yang dikenali sebagai Jumiah itu didakwa menghidangkan kopi tercemar berkenaan di rumah majikannya pada Ogos 2011.

Pada masa kejadian, pembantu rumah itu sudah bekerja dengan majikannya kira-kira setahun. Tiada maklumat diperoleh dan kesnya dihantar ke mahkamah lain untuk sebutan semula pada Selasa depan.

Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak S$5,000 (RM12,278) tetapi wanita itu direman kerana gagal mendapatkan penjamin warga tempatan. - Agensi

2 comments:

Nida said...

Ya Allah... loyanya tekak ni... ada juga manusia yg tergamak lakukan tu semua ye. Agaknya dah bengang sangat pada majikannya tu kot.

ummu said...

macam2 karenah maid yang perlu dihadapi oleh majikan sebenarnya. memang tak dinafikan ada maid yang dianiayai dan dizalimi oleh majikan. namun majikan ada juga yang dianiayai oleh maid. apa yang penting bila majikan dan maid tahu dan menjalankan tanggungjawab dan amanah masing2 inshaallah tak de perkara tak baik timbul,kan Nida.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design