Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, May 24, 2012

Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat

Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat



Dalam rumahtangga banyak asam garam yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri, memang pada zaman bercinta dahulu, semuanya cantik dan sedap sehingga cacat cela pasangan dapat diterima sepenuh hati. 

Zaman ini juga, banyak perkara yang dirahsiakan oleh pasangan masing-masing supaya semua benda kelihatan cantik dan menyenangkan.

Perkara ini semua hilang apabila sudah berumahtangga dan waktu inilah semua keburukkan dan kelemahan pasangan masing-masing dapat dilihat dengan jelas tanpa berselindung.
Dari sinilah berlaku ujian yang paling besar kepada mereka yang berumahtangga supaya bersabar dan bertahan dalam melayari asam garam di dalam rumahtangga. 
Di dalam rumahtangga, bukan isteri sahaja, suami pun harus fahami sunnatullah dan syariatullah dalam kehidupan berumahtangga. 
Apabila kedua belah pihak salingmemahami  fitrah dan tanggungjawab masing-masing, kemudian itulah yang kita sebut sebagai PERSEFAHAMAN.
Nyata, 2 makhluk Tuhan ini,
 lelaki dan perempuan nyata berbeza.
Saya faham ada juga suami yang susah hendak mendidik isterinya. Ada juga isteri yang susah hennak melembutkan hati suaminya.


Sering berlaku, suami hendak isteri dan anak-anak ikut acuannya. Sering pula berlaku, isteri kadang-kadang sukar hendak ikut acuan suaminya.


Sebab Apa?
Kerana mereka adalah 2 orang individu yang dilahirkan berbeza..Seba asing...Mereka di besarkan dengan cara dan didikan yang berbeza. latar belakang, cara pemikiran dan budaya serta kehidupan yang berbeza ketika belum berkahwin. Walaupun sebangsa/ seketurunan....

Apa yang sang isteri mahukan, agar sang suami boleh bertolak ansur. Suami pula mahu kedudukannya dihormati.

Isteri merasakan yang dia juga manusia yang bebas membuat pilihan. Dan suami pula merasakan yang dia mempunyai kuasa untuk menentukan.

Bila dua konsep ini bertembung maka berlakulah konflik.
 Perkahwinan bukan atas dasar tanggungjawab 
dan hak sahaja,tetapi atas dasar tolak ansur juga


Keluarga Bahagia, Impian Semua
Keluarga Bahagia, Asas Negara Sejahtera

 
Sebab itulah Islam mengajar umatnya supaya ikhlas dalam mendirikan perkahwinan kerana Allah SWT semata-mata. Usahlah berkahwin disebabkan nafsu dan kecantikan rupa semata-mata, kerana itu semua tidak kekal lama. 
Pasti akan berjaya bagi sesiapa yang berkahwin kerana agama. Ia redho segala kelemahan dan kecacatan yang ada pada pasangan masing-masing.
 Soal rupa paras tidak menjadi masalah bagi mereka yang menjadikan agama sebagai ukuran untuk memilih pasangan, agama juga telah menjamin seseorang itu memiliki pasangan yang baik dan tidak akan mengecewakan. 

Sebagai pasangan suami isteri, kita harus sedar bahawa masa di alam  rumahtangga adalah masa untuk memastikan yang terbaik buat pasangan kita. 
Masa ini juga kurang sesuai untuk melakukan semua benda secara sesuka hati tanpa mengambil kira pasangan kita. Jika ada sikap seperti ini maka sudah pasti ia telah mengecewakan pasangannya. 
Cara yang terbaik adalah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian apa yang kita suka dan apa yang pasangan kita tidak suka. 

Perlu kita faham berbincang  bukan mencari kemenangan peribadi. Setiap hasrat dan keinginan yang ada di dalam hati harus dipendamkan jika pasangan kita tidak bersetuju dengan keinginan tersebut. 

Setiap salah faham atau masalah yang timbul cepat-cepat cari jalan penyelesaian dalam perbincangan, jangan biar masalah itu berleluasa sehingga tidak bertegur sapa di antara pasangan.
 Hal ini boleh membuatkan pasangan membuat kesimpulan yang salah terhadap kita, ini sudah pasti akan mengundang masalah yang lebih besar lagi pada masa akan datang.  


Apa yang saya tahu, tanggungjawab suami untuk isteri adalah menyediakan kemudahan asas yang termampu. Bahkan bukan tanggungjawab seorang isteri untuk memasak dan mengemas rumah. 

Namun, pahala yang besar menanti seorang isteri yang membantu suaminya melaksanakan tugas rumahtangga seperti membasuhkan pakaian suami, memasakkan makanan halal lagi tkhoyyiba untuk suami dan anak-anak...

Dalam masa yang sama isteri tidak boleh meminta-minta pada sesuatu yang suaminya tidak mampu.Redha dengan apa yang suaminya mampu berikan.

Tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami, dan bukan hak suami untuk mendengar perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati suami.(Contohnya, kalau bebelan boleh sakitkan hati suami, ia sepatutnya dielakkan oleh isteri).

Cuma perlu kesabaran isteri untuk menegur suami agar berpada-pada supaya jangan mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah dan kepada keluarga di rumah. Boleh rujuk artikel Ustaz Abusaif di Cinta Antara Planet, klik di sini


Baiklah, pada entry ini, saya ingin berkongsi suatu luahan hati seorang isteri. Seorang isteri yang istiqamah dalam mendirikan solat 5 waktu tetapi suami jarang mendirikan solat 5 waktu.

Kepada para isteri di luar sana yang menghadapi ujian seumpama ini, atau yang lebih berat lagi, marilah kita contohi ketabahan Asiah Permaisuri Firaun, ketabahan dan kekuatan taqwa Asiah, meskipun suaminya seorang yang zalim dan mengaku sebagai Tuhan, tetapi Asiah tetap mengimani dan meyakini Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh alam ini. Klik entry sebelum ini, Asiah Ratu Syahadah, Isteri Beriman Suami Durhaka, di sini.
Juga betapa mulianya akhlak dan budi perkerti Ummu Sulaim ketika menghadapi ujian kematian bayinya di saat suaminya bepergian jauh.
Kita ikuti juga jawapan Dr Salam:

 Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat

SAYA sudah berkahwin dan tertekan dengan sikap suami. Suami jarang solat dan apabila ditegur, dia bermasam muka. Keadaan itu menyebabkan saya mengalah dan mudah memaafkannya.
Pernah saya tegur dengan cara lembut tetapi tetap tidak berhasil. Apabila memikirkan ikatan perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun, saya akhirnya mengalah.

Kadangkala, sabar seorang isteri ada hadnya. Pernah sekali saya terjumpa mesej mesra dengan wanita lain. Bila diajak berbincang dia cuba mengelak kemudian saya yang dimakinya.

Macam-macam perkataan kurang sopan dilemparkan kepada saya. Saya ingin mengambil keputusan untuk bercerai, tapi tidak sampai hati kerana memikirkan anak-anak.

Dia umpamakan saya seorang isteri yang cemburu buta, suka menuduh sesuatu yang dia tidak buat. Ketika marah, saya tidur berasingan dengannya.

Suami saya jarang menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya kepada saya walaupun di depan orang ramai. Dia berani meninggikan suara kadangkala mengherdik saya.

Berbeza sekali sikapnya jika berdepan dengan rakan di luar. Malah semua urusan anak saya yang aturkan dan maklumkan kepadanya. Saya tidak ubah seperti seorang isteri tanpa suami.

Berdosakah saya sekiranya selalu mengasingkan diri dan tidak tidur bersamanya? Apakah patut saya melawan cakap suami dan hilang rasa hormat atas perbuatannya itu?

UMI,
Johor



TEKANAN perasaan dialami semua orang dalam menghadapi cabaran hidup. Ia boleh berlaku dalam alam rumah tangga, keluarga, pekerjaan dan sebagainya. Islam melihat kehidupan dunia sebagai ujian (ibtila’, bala) dalam menguji kesabaran dan kesyukuran seseorang hamba Allah. Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala ujian biasanya yang tidak baik dan bersyukur apabila menerima nikmat daripada Allah.

Dalam kes di atas, puan terganggu dengan sikap suami seperti tidak bersolat, mengabaikan teguran yang baik, mempunyai wanita lain hingga timbul rasa cemburu dan api kemarahan.


Itu menjadikan puan seorang pendendam terhadap suami hingga sentiasa tidur berasingan dengannya. Puan pula dibiarkan mengurus rumah tangga dan anak bersendirian tanpa bantuannya.


Semua itu menyebabkan puan hilang rasa hormat kepada suami dan berdendam dengan suami. Bagaimanapun, kasih kepada anak yang mengikat perkahwinan puan.


Beberapa nasihat yang saya boleh berikan, antaranya puan hendaklah menghilangkan sikap pendendam dengan suami kerana sikap dan kelakuannya itu.


Perasaan seperti dendam dan benci boleh menghalang hubungan erat antara suami isteri. Perasaan sedemikian sebahagian daripada penyakit hati yang perlu dihapuskan dan diganti dengan kasih sayang serta mawaddah.


Kedua, puan hendaklah melayan suami dengan sebaik mungkin dan tidak membiarkan tidur sendirian. Perbuatan sedemikian hanya mengundang perkara negatif lain seperti suami ingin berkahwin lain.


Islam mengajar bahawa kedua-dua suami isteri adalah teman hidup dan teman tidur. Segala persengketaan dan pertelingkahan hendaklah diselesaikan sebaik mungkin.


Ketiga, mengambil sikap bermaafan antara satu sama lain adalah asas keharmonian rumah tangga. Tiada seorang pun yang maksum daripada melakukan kesilapan melainkan nabi saja.


Keempat, ambillah pendekatan bersyukur dengan adanya suami dan anak serta bersabar dengan kerenah mereka. Kelima, apabila proses membaiki diri berjalan dengan baik, kita dapat membaiki orang lain sebaik mungkin.


Apabila berbuat demikian InsyaAllah rumah tangga menjadi aman dan bahagia. Suami menjadi taat kepada Allah dengan bersolat dan bertanggungjawab kepada anak dan isteri.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design