Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, August 01, 2012

BNM Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Awas BNM Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat smeua muslimin dan muslimat.

Ketika membaca mengenai 77 syarikat pelaburan yang tidak sah telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia. 



"KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain. 

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.
Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen."

77 syarikat pelaburan tidak sah

Ini boleh dijadikan panduan kepada semua agar tidak menjadi mangsa entiti/individu yang suka mengambil kesempatan.

Mesej Daripada Bank Negara Malaysia (BNM)
Peringatan kepada Semua Pengguna


Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?
Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:
  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.
Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Mengapakah pengguna harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia?

Kesannya:
  • Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
  • Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.
Oleh yang demikian, orang ramai DINASIHATKAN UNTUK TIDAK:
  • Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
  • Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
  • Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

Jualan langsung tidak dibenar kutip wang

KUALA LUMPUR 31 Julai - Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) mengingatkan orang ramai tentang penipuan oleh firma-firma yang kononnya mengendalikan perniagaan jualan langsung, dan berkata ahli-ahlinya hanya boleh menjual produk dan tidak dibenarkan memungut wang daripada pengedar mereka bagi pelaburan.

"Syarikat-syarikat jualan langsung yang sah tidak memerlukan pengedar-pengedar mereka melabur apa-apa jumlah wang dan menjanjikan pulangan pelaburan kewangan mereka," katanya merujuk kepada penipuan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia.

Dilaporkan bahawa penipuan itu menjejaskan pelaburan lebih 10,000 mangsa dan menyebabkan kerugian hingga berjuta-juta ringgit.

DSAM berkata, syarikat yang terlibat dalam penipuan pelaburan ini bukanlah sebuah syarikat jualan langsung berlesen pada ketika kesalahan itu dilakukan.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), lesen jualan langsung syarikat ini telah tamat pada tahun 2011 dan tidak diperbaharui oleh KPDNKK.

"Semua syarikat jualan langsung di Malaysia memerlukan lesen jualan langsung yang dikeluarkan oleh KPDNKK untuk beroperasi," katanya.

DSAM berkata, amalan tidak beretika ini, yang lazimnya berselindung di sebalik jualan langsung dianggap sebagai skim pelaburan dan skim piramid yang tidak sah di sisi undang-undang dan didorong oleh sikap tamak.

Persatuan itu berkata, pengedar menjana pendapatan mereka dalam jualan langsung melalui jualan peribadi dan kumpulan produk ini.

"Bayaran bonus atau lain-lain faedah yang diperolehi terutamanya melalui pengambilan atau pengenalan ahli baharu ke dalam operasi atau proses rantaian tidak dibenarkan," katanya.

"Orang ramai boleh menghubungi kami di no. telefon 03-7726 9232 atau emel pertanyaan kepada info@dsam.org.my," katanya. - BERNAMA

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Macam-macam cara nak untung sampai tak toleh kanan-kiri. Tak sah pun boleh nak terus business. Tak takut dunia dan akhiratlah nie..

Cik Rose said...

Salam perkenalan :)
selamat berpuasa.. Ros singgah sini..

robinzoro said...

If the 77 companies are operating illegally, what has the government do about it.
People are putting their life saving into Geneva(one of listed) and also affecting the country as a whole.
Can the government just publish or the law do something to this company
in particular from operating?

robinzoro said...

If Geneva is not approved by the BNM then why are they still operating?
Why the Government is NOT doing to stop them as many Malaysians are involved in this scheme with their life savings?
Best part of it is this company is Syariah compliance which affecting Muslim as a whole


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design