Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, August 01, 2012

Tip Berpuasa Untuk Sihat Bagi Orang Sakit

Tip Berpuasa Untuk Sihat Bagi Orang Sakit

IBADAH puasa mempunyai pelbagai hikmah. Satu daripadanya ialah puasa mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Jadi, bukan alasan bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu untuk tidak menjalankan ibadah yang dituntut agama itu, kecualilah mereka yang dilarang doktor atas sebab ia boleh memudaratkan kesihatan khususnya penyakit yang memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan.

Antaranya, kencing manis. berdasarkan kajian Second National Health and Morbidity Survey pada 1996, kira-kira 8.3 peratus atau lebih 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes mellitus.

Penyakit itu disebabkan gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksida untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin. Kehadiran gula yang tidak dioksida itu semakin berkumpul menyebabkan kandungan gula dalam darah dan air kencing tinggi atau berlebihan.

Rawatan untuk kencing manis ialah pemakanan yang dikawal rapi iaitu cukup karbohidrat untuk keperluan tubuh bersama dengan suntikan insulin atau ubat yang diambil secara oral untuk menurunkan aras glukosa dalam darah atau membantu pankreas mengeluarkan insulin secara semula jadi.

Justeru, ramai pesakit kencing manis yang keliru dengan kedudukan mereka ketika tiba Ramadan kerana bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka.

MEMANG ramai orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan Islam mencuba kaedah berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit mereka. 

Secara analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu jugalah dengan organ perut manusia.

Setelah bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa. 

Antara peraturan penting yang perlu diikuti bagi pesakit diabetis yang hendak berpuasa : 
 
  • Mesti bersahur seperti biasa, melengahkan sahur dan makan dengan cukup (bukan berlebihan).
  • Tidak dibenarkan melambatkan berbuka puasa.
  • Minum cukup air, dinasihatkan jika bangun pada waktu malam untuk buang air, minum air.
  • Mengambil ubat dan insulin seperti yang disyorkan doktor ketika Ramadan.
  • Tidak makan berlebihan ketika berbuka puasa. Kurangkan makanan bergula seperti kuih-muih, manakala buah kurma adalah sekadar mengambil barakah atau mengikut sunah.
  • Harus berusaha untuk mengawasi penyakit kencing manis mereka dan menjaga kesihatan secara amnya.
  • Harus mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan kekurangan air. Apabila mengalami tanda berkenaan, segeralah berbuka.
  • Membuat perubahan kepada jadual pengambilan ubat atau insulin kerana apabila berpuasa, pesakit tidak makan atau minum untuk satu jangka masa yang panjang iaitu hampir 14 jam. Ubat dan insulin yang bertindak dalam jangka masa lama mungkin perlu ditukar kepada yang bertindak segera untuk mengelakkan hipoglisemia. Ada juga ubat dan insulin yang perlu ditukar kepada yang bertindak dalam jangka masa panjang untuk mengelakkan tahap gula atau glukos tinggi tinggi pada waktu petang sebelum berbuka puasa.
  • Mengenai senaman dan kegiatan harian boleh dijalankan seperti biasa. Pesakit kencing manis sering berhadapan dengan risiko diserang beberapa masalah seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan kekurangan air. Bagaimanapun, pesakit tidak perlu bimbang kerana terdapat beberapa tanda bagi memudahkan pesakit ataupun ahli keluarga untuk mengenali tanda serangan
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu berikut :
  • Sebelum bersahur
  • 3-4 jam kemudian
  • Sebelum berbuka puasa
  • 3-4 jam kemudian
Tanda hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) adalah :
  • Rasa gelisah dan tidak tentu arah.
  • Lemah
  • Teramat lapar
  • Berpeluh
  • Pucat
  • Berdebar-debar
  • Menggeletar
  • Nadi yang laju
  • Koma (tidak sedarkan diri)
Tanda hiperglisemia (ketinggian gula dalam darah) adalah :
  • Kekerapan membuang air kecil
  • Rasa terlalu dahaga
  • Keletihan
  • Suka kepada makanan dan minuman manis.
  • Kabur pandangan Nota: Beza di antara hipoglisemia dan hiperglisemia adalah tanda hipoglisemia lebih cepat berbanding hiperglisemia.
Tanda kekurangan air adalah :
  • Rasa terlalu dahaga
  • Kulit dan lidah menjadi kering
  • Fikiran terganggu
  • Rasa pitam apabila bangun
  • Berat badan turun lebih 3 peratus daripada berat asal 

    Nota: Jika ini berlaku, pesakit perlu berbuka puasa dengan segera dengan meminum air. 

    TIP BAGI PESAKIT KENCING MANIS:

1) Ada Alat Pengukur Tahap Gula Dalam Darah

Bagi pesakit kencing manis digalakkan mempunyai alat pengukur tahap gula dalam darah atau glucometer. Jika pesakit mempunyai sebarang tanda berkenaan dan ujian darah menunjukkan tahap gula terlalu rendah atau tinggi, maka hendaklah segera berbuka puasa.

Pesakit kencing manis juga digalakkan melakukan ujian mengesan tahap kandungan gula dalam darah sekerap mungkin terutama mereka yang sering diserang hipoglisemia kerana lama kelamaan badan akan mengubah suai fungsinya.

2) Kegiatan Fizikal

Pesakit kencing manis juga boleh melakukan kegiatan fizikal kerana terdapat beberapa kajian menunjukkan kegiatan fizikal yang ringan dan sederhana pada bulan puasa jika dilaksanakan dengan baik tidak akan memudaratkan pesakit kencing manis.

Pesakit yang bercadang untuk melakukan kegiatan fizikal haruslah membuat perubahan kepada pemakanan dan ubat pada waktu sahur agar tidak mengalami hipoglisemia.

3) kaedah diet Pemakanan yang Betul

Jika seseorang itu kurang menjaga pemakanan ketika berbuka puasa dan waktu malam dengan makan berlebihan atau "membayar balik" apa yang tidak dikecapi pada waktu siang terutama makanan berkarbohidrat serta berlemak boleh menyebabkan berat badan seseorang meningkat, sekali gus merumitkan kawalan penyakit kencing manis.

Sebagai pesakit kencing manis anda perlu mengawal pemakanan. Jangan makan berlebihan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Seeloknya bersederhana dan jangan amalkan konsep makan dengan banyak kononnya bagi menampung waktu makan pada sebelah siang.

4) Mendapatkan Nasihat Doktor

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor untuk mengubahsuai jadual dan jumlah dos pengambilan ubat," katanya.


Cuma apakah teknik atau cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat tubuh sihat dengan berpuasa? Dan bolehkah mengambil kesempatan mencapai hajat tersebut dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadan?

Berpuasa untuk sihat

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan berkata sebaiknya dalam kita berpuasa pastikan tubuh mendapat semua keperluan nutrien berpandukan piramid makanan di samping mengawal pengambilan kalori atau tenaga mengikut kepada kesesuaian badan kita.

"Sebagai contoh pengambilan nasi yang sepatutnya untuk orang yang sihat dengan kuantiti tiga senduk paras manakala bagi yang berlebihan berat badan pula dua senduk paras.
"Jangan tinggalkan sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan juga berbuka. Manakala pengambilan lauk-pauk juga perlu dikawal kuantitinya dan amalkan cara masakan yang sihat.

"Paling ideal kalau minum segelas susu pada waktu bersahur, jadi sementara tubuh berpuasa dan organ perut berehat, nutrisi yang dimakan pada waktu sahur akan memastikan tubuh pulih dan membekalkan tenaga pada kadar yang secukupnya sebelum waktu berbuka," jelasnya yang ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Menurut Rose Hanizan, selepas waktu Subuh hingga sebelum berbuka, organ perut memang akan berada dalam tempoh 'rehat'.

Apabila waktu berbuka ia sudah bersedia untuk 'bekerja' semula. 

"Waktu berpuasa ini juga adalah satu 'latihan' yang diajar pada perut untuk menjadi lebih efektif. Ketika berpuasa juga saiz perut akan berada dalam keadaan asal di mana ia tiada mengandungi makanan. 

"Jadi janganlah pula waktu berbuka terus mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih daripada apa yang badan perlukan. Maka sebab itu mengikut kepada sunnah Rasulullah S.A.W adalah sebaiknya untuk kita berbuka dengan tiga biji buah kurma berserta air. 

"Jenis makanan yang sebaiknya untuk memulihkan tubuh pada bulan puasa ini ialah digalakkan mengambil karbohidrat yang tinggi dengan serat.

"Selain itu lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat ringkas seperti gula dan susu pekat manis serta kurangkan makanan yang berlemak dan berkolesterol.

"Jika kita terlalu mengikut hawa nafsu makan dan tidak mengawal apa yang di makan akan timbul penyakit lain seperti gastrik, berlebihan berat badan atau obes, penyakit kencing manis dan lain-lain lagi" ujarnya.

Menurut Rose Hanizan lagi, individu yang obes sekiranya konsisten berpuasa dan mengikut rejim pemakanan yang betul serta berkhasiat ditambah dengan senaman ringan, pasti dapat mengurangkan berat badan sekali gus menyihatkan tubuh mereka.

"Apabila sahur dengan makanan seimbang dan berbuka juga seimbang dengan kuantiti yang betul, mana-mana tubuh yang tidak sihat pasti akan mendapat tak banyak sedikit manfaatnya," jelasnya.

Rose Hanizan turut berpesan, sebelum tidur digalakkan mengambil snek ringan yang berkhasiat seperti biskut rendah lemak, tinggi fiber bersama secawan air susu satu jam atau setengah jam sebelum tidur.

"Perlu diingatkan walaupun berpuasa pastikan kuantiti pengambilan air kosong lapan gelas sehari dicukupkan. Untuk menyihatkan tubuh ini memang penting, apatah lagi bagi mereka yang hendak menguruskan badan.

"Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa pengambilan air adalah salah satu cara yang efektif untuk ia berfungsi serta memberi kesegaran dan menyingkirkan sisa toksik makanan dari dalam tubuh," ujarnya mengakhiri bicara.

 




0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design