Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, February 02, 2013

Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat

Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat 


PROTON Saga FLX, model kereta sedan keluarga paling popular, diberikan tiga bintang dalam Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP).

PROTON Holdings Bhd dalam kenyataannya berkata, keputusan ujian perlanggaran bahagian depan NCAP ASEAN pertama diumumkan semalam pada Hari Terbuka NCAP ASEAN yang diadakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal pelanggaran di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.
 
 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd Khamil Jamil, berkata kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi tentang jenama PROTON, kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan dijual pada harga berpatutan. 
 
 


“Arah baru PROTON untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat, jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.

“Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta dan PROTON Saga adalah kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa NCAP ASEAN,” katanya.

Mohd Khamil berkata, PROTON Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri-ciri keselamatan, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.


BERNAMA, 2013/02/01 - 06:05:36 AM



0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design