Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, July 27, 2009

Patin Gulai Tempoyak

Mengidam Ikan Patin




Inilah gambar ikan patin. Suami snap kan gambar ni masa beli ikan patin di Temerloh ni. Yang bawah tu gambar ikan talapia. Sekarang ni dah senang dah nak dapatkan ikan patin ke , ikan talapia ke, ikan keli ke, ikan kaloi. Ada dari Sungai Semantan, ada dari Sungai Pahang.

Teringat dulu masa hamil anak sulong, saya pernah mengidam ikan patin. Ikan patin pulak nak yang dari Temerloh. padahal tak pernah pun tahu akan keenakan ikan patin Temerloh ni.



Masa tu yang jadi mangsa tentulah rakan serumah. terutamanya Fiza dan Ida. Kelam kabut mereka carikan ikan patin masak tempoyak. Habis satu Bandar Kluang mereka round. nak ke Simpang rengam jauh sangat. Anak dara pulak tu. Jadi mereka cuma cari di sekitar bandar je lah. Sian mereka.

Kak Su housemate yang pernah belajar di IAIN Sumatera simpati dgn saya.

"Alahai, manalah akak nak carikan ikan tu ya. Kat sini manalah ada. kalau masa di IAIN dulu hari2 akak jumpa masakan Patin ni. Sampai naik jemu jadinya,"

Ida pagi itu terus jumpa makcik kantin. Minta makcik kantin carikan ikan patin Temerloh. Tapi, makcik kantin kata takde. Dia cuma ada patin kolam. dan yang pasti bukan dari Temerloh. tu pun seminggu sekali je menu patin tu. Ida tolong 'chop' patin masak tempoyak untuk saya. Alhamdulillah, makcik kantin STABK sedia amsak menu tu.

Terima kasih kawan-kawan...Bersusah payah membantu mak buyung yang seorang ini. Masing2 pun baru pertama kali menghadap karenah ibu mengandung di rumah bujang.

Walaupun patin tu bukan yang seperti diidamkan, saya kenalah bersyukur. Saya ajarkan diri supaya bersabar dan jangan nak meminta bukan-bukan. Nanti kesian kat kawan-kawan. Almaklumlah Perkahwinan Jarak jauh (PJJ).

Hajat saya hanya tercapai beberapa bulan selepas itu. Dalam masa beberapa hari sebelum bersalin, sempatlah suami bawa saya dari Kluang terus ke Temerloh semata-mata nak saya merasa ikan patin Bandar Temerloh masak tempoyak. sekarang, dah hari-hari dah tengok patin. Tak terasa pulak mcam masa mengidamkan patin Temerloh.

8 comments:

hai said...

Huh!!Memang best!janji ikan sungai tak kira la sangkar pun..tapi kalau kolam..sori!!
anak2 akak sekarang dah tak kisah kalo tak de tempoyak...buat masak stim...emmm....licin!!

ummu Masyitah said...

masak stim?lagi sodapp tu kak..lagi2 lah ikan sungai,lemak dan tak bau.paling best kat pipinya.

Mohd Sabar & Rafieah said...

kalau masuk MARSAH mesti jadi student saya ahaks ;) kak masyitah...akak duk kuantan ya? area mana ek?

NURA said...

huhuhu..nasib baik kena pindah temerloh kalau tak, tak pernah nak cuba ikan patin. Dulu masa kat kuantan tengok ikan tu cam semacam pulak. Hhehe marah pulak orang temerloh nanti.

Shais said...

salam ziarah,

anal-anak saya pun suka sangat ikan patin....selalunya beli yang dah masak.

ummu Masyitah said...

Ustazah Rafieah;
akak kat Temerloh.pernah dtg sini tak?

ummu Masyitah said...

Kak Nura;
oh ye ke kak? hi hi saya pun nasib baik kawen dgn org Pahang.klu x tau kelzatan Patin sungai.

ummu Masyitah said...

Shais,
zalam ziarah.terima ksih sudi tinggalkan jejak di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design