Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, July 30, 2009

Sehari di HOSHAS


(Madah di atas adalah madah Orang Mengkasar)


Sehari di HOSHAS



Alhamdulillah. lega rasanya dah settle temujanji hari ni. Ada beberapa perkara dan iktibar yang saya dapat semasa berada di sana.

1) Seorang bayi kecil dalam usia 3/4 bulan yang kedua-dua kakinya di simen.

ini kerana bayi itu memang sdh bermasalah pada kakinya sejak dlm kandungan ibunya. Jadi, ia perlu disimen. bayi itu digendong dengan penuh kasih oleh neneknya. Hadir bersama ialah petugas kesihatan yang mengiringi dan membawa mereka. Jururawat (SN) yang mengiringi keluarga adik ini. Mereka (pasukan perubatan) membawa beberapa lagi keluarga Orang Asal dari Kuala Tahan.

(Situasi di atas, memberi iktibar pada saya, sedangkan anak kecil kuat hadapi dugaan itu, takkan saya yang dah tua ni tak boleh? Selain itu, tntg kegigihan pasukan perubatan yg bersedia berkhidmat berbakti demi nusa dan bangsa walau di mana mereka berada. Ini mengingatkan saya pada satu ketika dahulu yg pernah berada di lingkungan Orang Asal).


2) Pertemuan dgn sahabat lama.

Kali terakhir bertemu, kira-kira 7 tahun dahulu. Alhamdulillah. Sahabat ini yang merupakan anak sahabat baik ibubapa saya semasa ibubapa saya belajar di sebuah institusi pendidikan. Ditakdirkan Allah, anak kawan baik ibubapa menjadi salah seorang classmate saya semasa belajar dahulu. Kini, sahabat saya ini pun tinggal di Temerloh juga. Sudah jodohnya dgn orang pantai timur. Masa kenduri kawinnya dulu, dia masih belajar lagi. Saya pun ada datang majlisnya. Maha Suci Allah. Betapa kecilnya dunia ini kan.

3) Berita H1N1.

Hmm...virus ini semakin merebak. Ia tidak mengenal siapa. Manakala adik saya yang berada di Politeknik Merlimau Melaka perlu dikuarantin selepas beberapa pelajar di politeknik tersebut disahkan tlh dijangkiti H1N1. PMM telah ditutup bagi mengelak penyebaran H1N1 (Selesema babi). walaupun adik tidak menunjukkan simptom H1N1 dan dia Alhamdulillah setakat ini sihat,tetapi dia pun perlu kuarintin kan dirinya. nampaknya, sekarang semua orang kena menjaga tahap kebersihan dan kesihatan diri masing2 dgn baik.

Virus ini adalah ujian untuk kita. Bagi orang beriman, setiap Musibah yang menimpanya dan diterima dengan Redha dan berlapang dada, insyaAllah, ada pahala untuknya.


4) Suamiku

maaf suamiku dan terima kasih suamiku. Maaf kerana menyusahkanmu. Sehingga dirimu terpaksa membatalkan menghadiri satu mesyuarat buat kali terakhir sebelum melangkah ke tempat baru. Saya sedih juga suami tidak dapat hadir. saya dah suruh suami pergi sahaja. InsyaAllah saya ok.

tetapi suami membatalkan jua saat-asaat akhir kala teman-teman sudah bersedia menjemputnya. semuanya kerana kasih dan cinta seorang suami kepada isterinya, walaupun dia tak mengatakannya demikian. Kerana risaukan keadaan isterinya,suami sanggup berkorban sesuatu yang disukainya. semoga Allah menyintaimu dunia akhirat

8 comments:

Webmaster@Echam said...

Salam...
Dah ada perubahan skin ni. Lebih ceria wehhhh....

Mohd Sabar & Rafieah said...

SUAMI...satu amanah dan anugerah yang tidak terhingga nilainya. semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga, amin...

Ya Allah sembuhkan sakit saudaraku ini, amin...

Nur Azila Yahaya said...

assalamualaikum

cantik blog br....
smg sihat n bahagia slalu

Atiqah Humaira said...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...assalamualaikum.

salam ziarah juge, buat ukhti ummu masyitah..menariknyer blog ukhti...

teringin ber"ukhuwwah" lebih lagi...

az@iriey said...

baik-baik aje. Cuma kebelakangan ini agak bz,sedang menokok tambah bahan-bahan tuk tadika. Banyak bahan sajian di blog anti and nice. Tahniah

Ms Diamond said...

Salam perkenalan, nice blog dan nice stories. Teruskan bercerita, sy suka baca :)

ummu Masyitah said...

Echam;
koi mintak hubby koi cat kan....

Usatazah Rafieah,

jazakillah hu khairan katsira atas doanya.

ummu Masyitah said...

Nur;
Alhamdulillah atas doanya.

Atiqah;
salam ukhuwah kembali.thankz sudi ziarah.

Az;
salam ukhuwah.tq sudi ziarah.

Ms Diamond;
salam perkenlan kembali.terima kasih sudi bertandang di teratak ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design