Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, August 07, 2009

Nasib Gadis OKU

Terbaca artikel tentang gadis sindrom down,yg di***** oleh pemuda terencat akal yg jga OKU di Metro 5 Ogos...perasaan bengang tu tak tahu nak cakap camne. Mujurlah gurunya peka dgn perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh gadis berkenaan.


Suatu ketika dahulu, semasa saya pernah bersama-sama insan-insan istimewa ini, sebenarnya anak-anak OKU mempunyai potensi untuk menguruskan diri mereka dan menjadi insan cemerlang jika kena caranya. Ada di antara mereka yang ditempatkan di kelas sesi pembelajaran biasa bersama anak-anak normal yang lain dan mampu mengambil peperiksaan PMR dan SPM dengan baik.


Sekolah untuk pelajar bekeperluan khas ini sudah semakin banyak diwujudkan. Contohnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor merupakan sekolah vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Manakala sekarang ini Sekolah Menengah Harian Program Integrasi sudah banyak diwujudkan termasuk di kawasan tanah rancangan.


Kadang-kala saya tidak mengerti mengapa anak-anak ini ada di antaranya yang tidak dilayan dengan baik oleh keluarganya sebagaimana anak-anak yang lain dalam keluarga tersebut. Sedangkan, anak-anak ini biasanya lebih prihatin dan cakna kepada sesuatu perkara yang dilihat dihadapannya. Contohnya, jika melihat guru mereka mengurut kepala yang pening, cepat-cepat meeka ambilkan minyak angin. Telatah mereka menghiburkan hati. Anak-anak ini membawa rahmat daripada Ilahi.


Tak kurang juga ada yang mengalami keadaan seperti kisah , "Bawang Putih, Bawang Merah" dan sebagainya. Cuma, mereka nak meluahkan perasaan dan isihati mereka agak sukar. Mereka selalunya sukar untuk berkongsi cerita dengan seseorang melainkan dengan individu yang benar-benar mereka percayai.

2 comments:

Anakkhas said...

sedihnya...

anak OKU perlu diawasi setiap masa...

ummu Masyitah said...

Cikgu;
terima kasih sudi bertandang ke teratak saya dah lama ini, memang kasihan dengan nasib anak-anak ini yang dianiaya.kdang-kadang anak2 ini lebih rapat dan bersedia berkongsi cerita dengan guru mereka.kadang-kadang perasaan ini dah bertukar empati jadi simpati...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design