Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, September 04, 2009

Ketupat


Ketupat-ketupat yang tinggal tunggu nak direbus..

Ketupat


Assalamualaikum kawan-kawan. Ni dia, saya dowload kan koleksi ketupat-ketupat yang dibuat oleh MIL saya. Gambar ni diambil pada Aidil Adha tahun lepas.

Saya tolong buat sikit je. Geram betul.Asyik jadi ketupat jantan je.



Ketupat jantan yang saya hasilkan,
(dari daun palas)


Dalam 10 percubaan, 1 atau 2 je jadi ketupat betina.


Ketupat betina


Apa pun, seronok mencuba membuat sarung ketupat dari daun palas ini. Ketupat jenis ini biasanya dimakan oleh penduduk-penduduk pantai timur dan utara Semenanjung.

Sudah berumahtangga dengan orang pantai Timur,kenalah usaha juga kan buat ketupat jenis ini. Sebenarnya saya dah cuba membuat ketupat daun palas ini sejak Tingkatan Satu. namun, asyik jadi ketupat jantan. Agaknya tangan saya ni keras dah kot.

Kalau ketupat dari daun kelapa, insyaAllah saya pandai. Tapi Ketupat sate je lah. ketupat pasar dan ketupat bawang tak berapa menjadi. Kalau di tempat saya, ketupat pasar dan ketupat bawang lah yang banyak dijual kerana ramai yang suka dengan ketupat itu.Tak leh cari makan lah erk saya ni?




18 comments:

maiyah said...

salam.. yelah yg buatnya.. org pompuan jadi serasi ler ngan ketupat jantan tu :D

maiyah said...

salam.. ketupat makan ngan rendang.. muler ler ingt makan jer :D

silversarina said...

Baru ni tau bentuk2 yang jantan dan betina, akak tau makan je sebab kat Kemaman ni banyak dijual, kalau balik raya mak akak selalu pesan suruh bawak balik ketupat (betina ) ni, sedap memang sedap.

ummu Masyitah said...

Maiyah;
waalaikumussalam.iye lah, tu gaknya tak jadi2 ketupa betina. sedap memang kalau dengan rendang.fuh,teringat makan ni...

Silversarina;
itulah saya pun baru tahu bila MIL cakap ketupat yang saya buat ketupat jantan, kalu dimasak, tak menjadi rasanya.

kembara™ said...

salam...
wush..bestnye ketupat...bile tgok ketupat tu..teringat lak kat mak n kakak saye.huwaaa...taun ni xleh beraya ngan diorang...huhu...

tempah ketupat 100 bijik boleh?hehehe=P

cekgu Eniey said...

saye tak reti pon nk menyulam ketupat ni..mcm mane ni..huk3~

ummu Masyitah said...

ustaz;
wah,dapatlah merasa beraya di Mesir erk?nanti kongsi cerita tau macam mana raya kat sana.

100 biji.wah,buanyak tu.ngeh ngeh

ummu Masyitah said...

Eniey;
hi hi..kena belajar juga tu eniey.

fanim08 said...

salam...sile2 link blog saye...salam ziarah n perkenalan...ketupat palas ittew mengingatkan saye pade kampung...huhuhu...

Amirah Tumin said...

erk...akak..ada ea ketupat tu 2 jenis..hehe

noorlara said...

kunjungbalas dan salam persahabatan. Zaman ni tak ramai yang pandai menganyam ketupat. kemahiran ini mesti diperturunkan kepada agenerasi kita. kalaupun ade ketupat segera mana nak sama yg asli

ummu Masyitah said...

Fanim08;
terima kasih ya.

Amirah;
iya,Mira. Akak pun baru tahu bila mertua yang ajarkan. Kalau ketupat jantan dimasak juga,nanti tak sesedap ketupat daun palas betina.

Noorlara;
iyerlah Noor.kalau dah kita generasi muda tak cuba membuatnya,walaupun ada ketupat segera tapi feel nya tak sama dgn yg orang2 tua buat.

fisa said...

uiksss x tau la plak...ketupat pun ader jantan betina nyer...hehehehe...alahai ketupat palas sure teringat aruah bapa mntua...:(

ummu Masyitah said...

fisa;
mertua Fisa orang pantai timur ya?
saya tahu ketupat ni ada jantan dan betinanya, pun lepas belajar dengan mertua. :)

fisa said...

mertua ku dr sabak bernam...ketupat palas tu aruah bapak slalu dok ajar p fisa slalu lupa camne nk wat...alamak sedey lak tetiba tringat kat aruah...

ummu Masyitah said...

Fisa;
pandainya aruah bapa mertua Fisa wat ketupat kan.alfatihah untuk aruah FIL Fisa ya.

azril said...

Salam,
Kalau kami kat Penang ketupat tu yang banyak dihasilkan ketupat jantan. Ketupat betina yang kat gambar kat bawah tu. Mungkin tersilap kot

ummu Masyitah said...

azril
terima kasih tas informasinya.
nanti akak tanya MIL akak balik.
my MIL suruh saya wat ketupat betina yg macam dalam gambar bawah sekali tu.klu saya terbuat yang jantan nyer,dia suruh betulkan balik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design