Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, September 13, 2009

Kisah Yang Menyentuh hati

Kisah Yang menyentuh hatiku..
di akhir Ramadhan, masih dalam suasana
Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 52.


Kisah Makcik Mariam Johari yang terkandas di Korea dan pulang ke kampung halamannya di Plentong, Johor sekitar 2007 pernah mendapat liputan luas media. Berita tentang kematiannya di sebuah rumah perlindungan orang tua di Korea tersiar di akhbar. Boleh klik sini,klik sini, dan sini. Kasih sayang antara anak dan ibu yang terpisah membuatkan hati saya sayu. Mujurlah ada insan berjiwa murni, khabarnya seoranga rtis wanita tempatan, sanggup mengeluarkan biaya supaya jenazah makcik Mariam dapat dikebumikan di Malaysia.

Sebagai anak yang dilahirkan selepas merdeka, hati ini memang tersentuh. Rupanya di saat kita merasai nikmat kebebasan dalam sebuah negara yang aman merdeka, masih ada lagi jiwa yang sengsara akibat peperangan. Tragedi peperangan sungguh menyayat hati. Peperangan lebih banyak mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan. Peperangan telah memisahkan jiwa-jiwa yang saling menyayangi. Peperangan juga menuntut pengorbanan bukan sedikit. Peperangan jua menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan mangsa.

Sesiapa jua yang cintakan kedamaian pasti membenci peperangan. Zaman peperangan seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua dahulu, bukanlah dongengan. Allahyarham datuk dan allahyarhamah nenek serta allahyarham pakcik sering menceritakan keperitan zaman peperangan. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Cinta dan airmata zaman itu, zaman makan ubi kayu, yang sungguh meruntun jiwa saya. Cuma saya tak sempat merakamkan semua itu sebagai Sejarah Tradisi Lisan dalam matapelajaran Sejarah yang saya ambil. Ini disebabkan, saya perlu lebih menumpukan majour course yang juga memerlukan komitmen bukan sedikit.

Antara yang allahyarham datuk, (seorang bekas tentera Melayu) ceritakan ialah tentang Kisah Panglima Salleh (yang terkenal di Batu Pahat & Muar), Kisah zaman penjajahan Britih, cerita-cerita tentera Jepun dan Komunis. Juga peristiwa pilu "Jejak Kasih" di medan pertempuran, di saat masing-masing sudah berlumuran darah...saudara yang terpisah dan dicari bertahun-tahun ditemui dalam suasana yang tak dipinta. Rupanya yang ditembak ialah saudara sendiri semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia dulu. Berpeluk-pelukkan dan bertangis-tangisan atas pertemuan yang tak terduga, di saat-saat sakaratul maut semakin menjelang tiba.

Allahyarham datuk seorang pendiam tetapi bila diminta bercerita zaman peperangan, dia sanggup bercerita walaupun sedang sakit. Namun disebabkan saya masih kanak-kanak saya tak ambil kisah sangat tentang ceritanya hinggalah pensyarah berpesan, "Hargailah generasi tua sewaktu mereka ada. Mereka lah penyimpan memori sejarah negara kita. Sebelum mereka menutup mata, sila dokumentasikan pengalaman mereka".

Manakala sewaktu Menatap wajah-wajah pilu hari ini, di akhbar, klik sini, klik sini, hati ini juga turut tersentuh. Semoga keluarga kepada Allahyarham Mejar Zulkefli Hassan dan Allahyarham Mejar Mohd. Roszaini Mustapha tabah hadapi dugaan ini. Alfatihah untuk wira-wira tanahair tercinta.

3 comments:

Webmaster@Echam said...

Boleh akak ceritakan tentang kisah perjuangan 2 orang yang berpangkat mejar tu???

maiyah said...

salam.. tak dpt nak bygkan kalo terpisah ngan kuarga.. mintak dijauhkn :)

ummu Masyitah said...

Echam;
maaf, Echam. Akak pun tahu tentang Allahyarham Mejar Zulkefli Hassan dan Allahyarham Mejar Mohd. Roszaini Mustapha melalui media. Jadi, tak dapat akak ceritakan tentang mereka.

Maiyah;
waalaikumussalam. saya pun tak dapat bayangkan mcm mana.berpisah sekejap dgn anak bila dia kena tinggal dgn atuknya pun dah sedih...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design