Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, September 08, 2009

Menjelang Peperiksaan


Menjelang Peperiksaan....


Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seorang yang gigih bekerja dan telah hampir menjadi warga emas. Terlupa juga, sewaktu saya call bonda adalah masa bertugasnya. maaf mencuri sedikit masa kerja bonda. Mujur saja waktu itu bonda free.

Kami hanya dapat berbicara sebentar. Sebenarnya hampir setiap hari atau seminggu 4 kali saya menelefon bonda. Bil Telefon? Saya tak kisah kerana dalam menghubungkan silatarrahim suami berpesan usah berkira. Nampaknya, bonda sibuk dalam membuat persiapan akhir. Persiapan apa bonda? Tanya saya.

"Esok UPSR, Kakak. Kami di sini sibuk mempersiapkan dewan dan pelajar dalam menghadapi UPSR esok ni. Berdebar-debar jugak hati mak ni, kak,"

"Ya Allah, sampai lupa kakak esok ada peperiksaan besar untuk murid-murid sekolah rendah," tutur saya.

"Kasihan kakak. Banyak yang kakak tak tahu tentang perkembangan pendidikan ya. Sabarlah ya kak,"kata bondaku.

Oklah. Itu sedikit perbualan saya dengan bonda tentang debaran, harapan dan impian seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan.

UPSR, PMR dan SPM….Istilah-istilahn ini begitu sinonim dengan anak-anak kita di bangku sekolah menengah. Apa tidaknya, setiap kali menjelang musim peperiksaan, anak-anak kita bertungkus-lumus membuat latihan, ulang kaji dan menghadiri kelas tuisyen intensif serta kelas tambahan, walaupun ada juga yang ebrsikap sambil lewa dan langsung tidak peduli. Ada ibubapa yang turut bimbang dan gemuruh menjelang musim peperiksaan anak masing-masing.
Biar apa pun, kita bertanggungjawab mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Di sini, saya tulis kembali catatan penulis Bangku Sekolah Anis, En. Mohd Hafiz Abdul Hamid memberikan beberapa tip untuk ibu bapa menjelang peperiksaan anak-anak anda.

1. KURANGKAN AKTIVITI LUAR

2. FAHAMI TEKANAN ANAK-ANAK

3. GANJARAN

4. JANGAN PAKSA ANAK

5. BERDOA UNTUK ANAK

9 comments:

silversarina said...

Anak yang exam , mak yang lebih risau, akak tahun ni anak akak ambik PMR, ni tengah trial, harapnya dapat result yang cemerlng.

Mohd Sabar & Rafieah said...

tak sabar nak nengok anak2 saya sekolah kak...insyaAllah kami nak sekolah kat mesia...

UmmiRosma said...

Salam Murni..

Oh ibu UmmuMasyitah seorang guru yea? Kalo kat sini peperiksaan PSR (kat Malaysia UPSR) akan bermula selepas hari raya nanti.

ummu said...

silversarina;

yalah kak.kita yang ajdi ibu ni yang risau lebih,saya anak saudara nak ambil UPSR.dia relax je.kita yang risau lebih.moga2 anak akak dapat result cemerlang.amin.nanti boleh guna result percubaan tu utk apply MRSM.

Ustazah;
Amin.semoga mereka dapat membesar dlm suasana budaya kita kan Ustazah.

ummu said...

UmmiRosma,
salam persahabatan kembali.
oh,begitu ya.dapatlah beraya dulu ya pelajar2 di sana.

sebetulnya,bondanya saya yang jadi guru untuk murid-murid UPSR Ummi Rosma.

Maiyah said...

salam ummu.. tip yg baik tuh bg ibu2 :)

Admin said...

Assalamualaikum wbt Ummu Masyitah,

Insya Alllah color semua tu ada lagi cuma saya kena cek size dia..nak size apa.Dan seluar hitam tu ialah seluar palazo

Maaf lambat balas...tak berapa sihat

The Ninja Boy said...

Salam Ramadhan, sentiasa berdoa kepada anak-anak rasa senang dihati skit. Salam

ummu said...

maiyah;
tq maiyah.rajin ke teratak saya nih.

admin;
oh patutlah..

The Ninja Boy;
waalaikumussalam.ye..doa ibubapa tu kan mustajab.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design